Hari Ke-4 kami di Tokyo..
Dah terbiasa kat Tokyo nie. Awal2 lagi kami dah keluar
Masa di Malaysia lagi, kami dah beli online ticket Disneyland. Senang + pantas. FYI, kat sini ada 2 park..1) Tokyo Disneyland 2) Tokyo Disneysea. Korang boleh choose nak pergi yang mana. Park ticket Y6900 (for each park). Memang mahal oiiiiii..Tapi sebab nak jugak masuk kan. Berserah je lah haha...
Nak beli tiket online boleh terus ke sini https://reserve.tokyodisneyresort.jp/en/ticket/list/
Dari hotel kami (Kuramae Hotel) kami naik Toei Oedo Line dari (E11) terus ke Tsukishima (E16). Dari sini (Y21) kami transfer Tokyo Metro Yurakucho Line to Shinkiba (Y24). Dari sini kami ambik private line to Maihama.
Dari sini, jalan kaki utk ke pintu gerbang Tokyo Disneyland. Walaupun awal pagi kami sampai, orang punyalah ramai. Rasa nak menangis tengok orang punyalah ramai...Silap kami jugak, sebab pergi weekend kan. Tapi memang dah tak ada masa lain kan..
Masa ni tak nampak lagi kan. Nanti kjap lagi Ezan tnjuk k. Punyalah ramai orang huhu. Masuk nak masuk pun kami tak perlu change ticket, sebab Ezan dah print siap2 dari online. Cuma kertas A4 tu korang kena lipat 8 (untuk jadi saiz tiket biasa). Senang, tak payah nak Q beli tiket kan. Cuma tak dapatlah feel tiket disney ori kan ^_^. Masa kat kaunter untuk masuk, petugas2 disney akan check beg. Actually tak dibenarkan bawak masuk air & makanan kat dlm disney. Tapi kitorang alhamdulillah, lepas pulak. Kitorang siap bawak masuk air, makanan kat dalam beg..
Orang dah start ramai huhu. kitorang terus masuk. Kat dalam Disneyland ada 6 park yang korang boleh pergi. Kitorang terus pergi utk dapatkan FassPass kat Tomorrowland. Tapi kitorang dah tersilap, ingatkan nak dapatkan FassPass untuk "Star Tours: The Adventure Continues", rupanya kitorang pergi kat machine FassPass "Lilo & Stich" . Aduiiii...Peringatan yer utk korang semua, next FassPass boleh dibuat selepas 2 jam selepas kita issue first FassPass. Adui dah terlepas. Di Tomorrowland, korang kena try Star Tour: The Adventure Continues.. memang best giler. 3D effect tu. Kami teruja nak try sebab ride nie tak ada kat Hong Kong Disneyland. Tengok review cam best. Alhamdulillah, kebetulan masa kami beratur orang tak ramai lagi. Beratur dalam setengah jam jugak. Tapi takpe, korang tak akan bosan punya, sebab sepanjang beratur boleh tengok robot2 Star Wars. Cuma, kat Disneyland Tokyo nie bahasa dalam setiap ride smua nyer in Japan. Kitorang buat2 paham jer hahaha. Tapi yg penting best. Korang kena pergi sini. Di Tomorrowland ada juga Space Mountain (ride paling seram, dah lah gelap), Buzz lightyear Astro Blaster (nie best boleh tembak2), Monster Inc, Starjets and Grand Circuits. Kitorang tak naik pun, sebab dah naik kat Tokyo Hong Kong. Lagipun kami tengok Q dah lebih sejam huhu.
Toontown, kami tak singgah pun. Sini park utk ambik gambar je. Bawak anak2 kecik bolehlah bawak ke park Toontown ni.
Fantasyland, kami terus ke sini. Plan kami nak naik ride Haunted Mansion. Kat sini lah kesabaran di perlukan yang amat sangat. Kitorang beratur sejam lebih. Nampak dari luar, nampak macam tak lama beratur, tapi rupanya 'berlingkar2' orang beratur kat dalam. Memang letih giler huhu. Geram pun ada jugak. Takut tak sempat nak tengok cartoon parade. So Ezan suggest untuk korang semua better ambik FassPass kat sini. Ezan tak dapat lagi nak ambik sebab tak cukup lagi 2 jam dari first Fass pass yg Ezan ambik.
Keluar dari Haunted Mansion, kami terus beratur nak tengok Parade pukul 1.20 pm (Happiness is Here). Kalau ikutkan orang2 Jepun dah ambik tempat masing2 sejak dari pukul 12 lagi tau. Diorang ada bawak tikar siap berkelah2 lagi. nasib baik ada jugak space untuk kitorang menyelit2 kat belakang. Korang kena tengok tau..Memang best ^_^
Best weiii, korang kena tengok parade nie tau. Jangan miss pulak. Habis tengok parade ni, kami terus Its small world kat Fantasyland. Kebetulan masa kami masuk, masa menunggu cuma 10 minit. Apa lagi berlari kami masuk kat situ. Layan je lah, naik bot pastu pusing tengok budak2 kecik (patung) menyanyi. Bolehlah haha.
Lepas tu kitorang lepak kat cinderella castle. Penat beratur tak habis lagi haha. Sambil tunggu untuk Christmas Parade (Disney Christmas Stories) pulak. Pun best jugak uolls.
cantik kan Cinderella Castle ^_^
Habis Parade weolls decide nak jalan2 dulu untuk cari souvenier kat dalam Disneyland nie. Jenuh kami cari kat World Bazaar.. mahal2 semuanya. Dulu masa kat Disneyland Hong Kong dapat juga kami sehelai baju Tshirt and FM. Tapi kat sini, semua mahal2 belaka. Kaki pulak dah tak larat nak berjalan. Rasa nak seret je kaki..At last kitorang decide nak balik jer. Tambah2 pulak perut dah lapar dengan orang yang terlampau ramai. Berlaga bahu tau.. Kat sini memang tak ada makanan halal..memang kelaparan kami. Harapkan bekal onigiri kami jer pagi tadi. Sebab kononya takut makanan kena buang masa nak masuk pagi tadi kan. Kami terus keluar.
Muka buat2 senyum...
Balik pun kami dah tak larat nak jalan ke Maihama. Kami naik Private Line Disney Resort untuk ke Maihama. Best jugak, sebab train nie bawak kita pusing2 di Disney Resort. Sampai di Maihama, kami transfer utk Shinkiba (Tokyo Metro Yurakucho line) terus Tsukishima. Dari sini kami tranfer Toei Oedo Line ke Daimon. Dari sini kami ambik Asakusa Line terus ke Kuramae..
Balik Hotel,,terus zzzzzzz
Fuh...End day 4
3 comments:
bestnya jejalan kat Jepun... :)
memang best dear amiys :) tapi penatnyer jangan ckp haha
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment