Perjalanan kami menggunakan Fuji Hakone Free Pass bermula dengan menaiki Romance Car daripada Shinjuku ke Hakone-Yumoto. Korang memang serious cantik sangat pemandangan sepanjang naik Romance Car nie. Untuk kenangan ada kami rakam video sikit. Jadilah kan dari takde hehe
Sampai di Hakone-Yumoto kami kena ambik Hakone Tozan Bus untuk ke Motohakone-ko. Kena tunggu kat platform 2. Sempat jugak kami singgak ambik gambar kat sini sementara tunggu bas sampai kan. Kat sini dah start rasa sejuk dah.
Hehe..cukuplah sikit2 kan. kang orang kata syok sendiri pulak post gambar banyak2 haha
Macam Ezan bagitahu, dari sini kitorang naik Hakone Tozan Bus ke Motohakone-ko (lebih kurang 40 minit ride). Pun same, sepanjang naik bas nie memang cantik sangat pemandangan. Ya Allah sampai sekarang teringat2 sangat pengalaman sepanjang kat Hakone nie :)
Sampai di Motohakone-ko, kena jalan sikit nak ke Jeti Motohakone-Ko. Dari sini kena Cruise untuk pusing Lake Ashi. Dari jauh kami nampak Cruise yang kami naik dah pergi. Aduhai..teringat pengalaman K'Nori ( http://touchdowntokyo.blogspot.my/ ) sekeluarga pun terlepas Cruise jugak. Hehe samalah kite kak :) Tapi takpelah, sementara menunggu tu, kami sempat ambik gambar, makan2 dulu. Kat sini sejuk giler wei..dah kena pkai glove. Tapi bile tengok orang lain xde pun beriya pakai glove macam kami :)
Ok dari sini kami akan naik Cruise sampai Togendai-Ko (40 minit jugak ride). Cruise nie ala2 pirate cruise lah uolls. Sejuk tahap Gaban punya. Orang lain pun sampai deck atas. Kitorang selamba jer haha
Macam gitulah rupa Cruise yang kami naik
Dalam happy2 kami sebenarnya kami sedih (kecewa) tak dapat pun tengok Mt. Fuji. Masa hari kami pergi nie, hujan sikit ditambah pulak kabus tebal. Memang tersorok lansung Mt. Fuji. Jeles kami dengan blogger2 yang dapat tgk Mt. Fuji. rezeki masing2 kan. Mungkin nak suruh datang lagi kot.
Dari Togendai-Ko, kalau ikut plan, dari sini kami akan naik Hakone Ropeway sampai ke Sounzan. Sebelum sampai ke Sounzan, Kami juga akan singgah di Owakudani (The Hell Valley). Tapi perancangan Allah lebih tepat kan. Kami diberitahu area Owakudani tidak boleh masuk (for safety purpose). Disebabkan itu, kami hanya boleh naik Hakone Ropeway till Ubako sahaja. Sekali lagi kami xdapat nak lihat Mt. Fuji lebih dekat. Memang nak kena repeat lagi ke sini ni ^_^
Adalah sikit ambik gambar kat Hakone Ropeway :) Dari Togendai-Ko ke Ubako
Adui, kita sambung part III boleh tak ^_^
Entry sebelum kat SINI
2 comments:
Naik Hakone Tozan Bus tu tak pening kepala sampai nak muntah ker. Jalan nak naik ke atas tu berpusing2, muat2 dua kenderaan ajer.
p/s : kalau awak bercadang nak ke Sapporo, akak suggest pi Winter Season, sejuk mmg sejuk tapi scenery dia mmg amat memukau sekali. Tambah pulak kalau pi awal February - dorang ada buat Snow Festival. Banyak benda boleh buat tanpa keluar duit yg banyak.
Salam K'Nori :) Naik Hakone Tozan Bus mmg seram sikit kan..sebab kecik je jalan die. Tapi alhamdulillah kitorang ok plk. siap wat video jugak atas bus hehe
Tuelah, ingt nak jgk try g jepun waktu winter. Haruslah ikut akak punya itinerary :)
kan, sebenarnya kalau ikut saya lah Jepun takdelah 'semahal' yg kita sangkakan, klu kita bijak planning dari awal lagi.
Thanks kak :)
Post a Comment