Tuesday, August 27, 2013

-::sUsUN & bUAng::-


Hehe..
Minta maaf yer kawan2. Ini entry tanpa gambar :P 

Sekarang dalam mood untuk mengemas rumah ^_^ . Especially almari baju saya & En Hubby. Konon-kononnyer nak buat 5S lah kat rumah nie. Lagipun almari baju kami nie dah 'termuntah' keluar isi perutnya. Macam biasa 90% baju/barang-barang dalam almari ini adalah barang Ezan jer haha.
Untuk 2 orang, kami hanya menggunakan 1 almari saje (memang tak muatlah kan). Dalam almari nie lah Ezan simpan baju, tuala, telekung, cadar, tudung etc. Korang tengok betapa banyaknyer barang2  yang Ezan sumbat kat sini.

Perancangannya...

1. Membeli container/ box yang ada tutup tu uolls. Alah yang banyak jual kat Giant, Tesco tue. Kalau time sales tue boleh dapat less than RM12 per box. Each box kite buat label. Senang kalau nak cari barang-barang nie balik
2. Bekas2 kecik boleh dibeli dari Daiso jer. Murah, mudah and practical tau. Boleh simpan benda2 yang kecik-kecik nie
3. Plastic Vacuum bag. Juga boleh dibeli dari Daiso sj. Untuk satu plastic bag, uolls boleh simpan 1 comforter tau. So korang boleh agak lah saiz die kan.
4. Rak/ Shelving unit. Ini jenuh Ezan mengoogle hookey. Initial plan sebab Ezan nak beli rak nie sebab senang nak organize barang. Boleh letak barang barang and space. Kat Ikea banyak sangat rak-rak macam nie. Less than RM100 pun uolss boleh dapat tau.
5. Devider untuk laci. Erm, praktikal jugak kan. Tapi tak tahu nak cari kat mana? Idea?

Pengasingan...

Ini bab yang paling berat skali. Sebab kena keluarkan smua barang2. Kemudian buat pengasingan. Maksudnya, kena pilih mana yang nak pakai/ simpan, buang or diberi kepada orang :) Untuk semua ini, Ezan cuma baru keluarkan 10% barang-barang dalam almari nie.

1. Box 1-Telekung dah tuala
2. Box 2- Cadar and Baju tidur
3. Box 3-Handbag (uish macam bnyk jer kan haha). Sayang wei, beli mahal2..ceh mahal ker :P
4. Box 4-Tudung

Vacuum bag - Untuk semua comforter2. Ezan memang suka kumpul comforter set nie (+bedsheet skali). Skang dah ada 5 set. beli ms Jusco day, dapatlah murah sikit kan.
Perasan tak, pengasingan nie belum masuk segala baju2 tau. Adui, itu memang jenuh nak kemas tue. Kena buat step2 by step jugak nie.

1. Baju keje
2. Baju blous @ baju jalan2.
3. Baju kurung
4. T-shirt
5. Baju yang dah tak muat. Sure berlambak2 nie..
6. baju kecik (malu nak sebut)...awwww

Okey..ini semua initial plan Ezan utk 5s nie. Honestly, sekarang baru Box ke-2 yang Ezan buat. Malam tadi, Ezan dah sorting tudung, cuma belum sempat nak masukkan dalam box. Sebab tak sempat nak beli box lagi. Will share the status dengan uolls semua k.

Tuesday, August 20, 2013

-::Sy Sudah RaYa UoLLs::-

Alhamdulillah
Hari nie Ezan dah raya dah ^_^
hari nie last Puasa enam
nie semua berkat ajakan dari En Hubby
Terima Kasih yer En Hubby

Erm, sekarang mood masak-memasak kembali semula
hehe
sebab selalunya malasnyer nak masak
semalam berbuka, dengan bersemangatnya Ezan masak
Gigih tu uolls
Pegi kedai, masak pulak lagi

Masak asam pedas ikan pari tau
uish, teringat2 lauk semalam
ada lagi balance
hari nie ingat nak buat lempeng cicah kuah asam pedas
uish terangkat

ada ker nak resepi???  ^_^

sajelah Ezan letakkan, manalah tahu ada orang nak buat

Resepi Asam Pedas ikan Pari Melaka
Sumber: Mak Mertua punya resepi

6 keping ikan pari (yang sudah dipotong)
2 tangkai daun kesum
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 cm lengkuas *
2 cm halia *
2 cm kunyit hidup *
15 tangkai cili kering *
2 batang serai
1 biji tomota
15 biji bendi (terpulang nak letak berapa bnyk pun ^_^)
asam keping

Cara-cara memasak

1. Blend semua yang bertanda *
2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan blend tadi bersama serai
3. Bile dah naik minyak, masukkan asam keping, ikan pari.
4. masukkan garam, sedikit gula. Ikut rasa masing2 k
5. last sekali masukkan daun kesum, tomato, bendi

SIAP



Friday, August 16, 2013

-::BerAtNYa kAkI nAK mELAnGkAh::-

Hari nie...last day Ezan kat Group Finance nie
:(
Hari nie permulaan untuk segalanya, percaturan baru
Journey untuk segalanya
Rasa tak berdaya kaki ini nak melangkah
Walaupun sayang, beribu sayang
tapi langkah harus diteruskan

Ezan percaya ketentuan yang Allah dah tetapkan
Allah dah lorongkan rezeki Ezan di tempat baru nanti
InsyaAllah, walaupun payah, mungkin ini yang terbaik
Allah tahu yang terbaik untuk kita
Hanya yang terbaik

Untuk sahabat (u know who you are)

Jumpa Lagi
Sy tetap ada...
Kite tetap sahabat dunia akhirat
^_^

Ezan akan rindukan semua yang ada kat sini
kakak2, adik2
bos2
Ezan minta halalkan semuanya
ilmu, nasihat
Hanya Allah yang dapat membalasnya

                                   

                                     
Jumpa Lagi
Doakan yang terbaik, semoga Ezan dipermudahkan segalanya

Hanya Allah yang tahu segalanya..

                                                             

-::hEpI bIrTHdAy uTk DIrI sENdIRi::-

Ini kira entri tak malu lah yer ^_^
hehehe
                                       

Message Hari Lahir untuk diri sendiri
Umoq pun dah tua jugak
31 dah pun (tapi still maintain cantikk)

Moga tahun nie dan tahun2 yang akan datang akan sentiasa membawa kebahagiaan, kegembiraan
Dipermudahkan segala urusan, diluaskan lagi rezeki
Moga diri ini terus kuat utk melangkah..
bersama orang-orang yang sentiasa menyanyangi diri ini

Ezan juga berdoa
Moga satu hari nanti
Ezan & suami dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah
pelengkap perkahwinan kami
dunia akhirat

Aminn

Terima Kasih Ya Allah
untuk semua kebahagiaan ini

Love

Ezan/ Aizan/ Intan



Monday, August 12, 2013

-::RaYa KE-5 sUdAh BeKERjA::-

Tension kan, bila orang lain cuti beraya. Pagi nie boleh makan kuih raya lagi, tgk tv, makan lemang+ketupat (erm ada lagi ker :P), tido...
tapi kita kat opis, buat keje

siyes JELES tahap gaban :)

erm, kat opis nie pun ramai lagi sambung cuti. Kalau ramai pun maybe besok. Jalan n parking pagi nie clear jer. Best woooo :)

Alhamdulillah jugak hari nie 3 hari dah puasa sunat syawal cum ganti puasa. Thanks to En Hubby kerana berjaya memujuk isterinya berpuasa awal haha.

oklah, nanti sambung cerita yer. Bos dah jeling2 tue haha  

Pagi raya with my SIL..theme: Hijau