Thursday, December 03, 2015

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 2 (Part I)::-


(Amaran: Ini adalah diary perjalanan bagpacker ke Tokyo. Diary ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis bersama sahabat sahaja. Perjalanan selama 6 hari 5 malam)

Hari kedua di Jepun

19 November 2015.

Awal pagi lagi kami dah check out hotel.  Sempat breakfast dulu kat hotel. Pukul 6.30 pg (waktu Malaysia) kami dah keluar hotel.  Tapi yang kelakarnya kami boleh sesat lagi masa keluar hotel. Aduhai...berpusing2  kami  cari jalan ke Kamata Station. Walaupun kami dah tahu jalan ke Kamata Station tapi sebab kami sibuk follow orang2 Jepun nie, kami sesat lagi haha.

Sebelum tu nak share gmbr hotel dulu kat korang semua. Semalam waktu sampai dah tak larat nak ambik gmbr. Lapar punya pasal..Pagi nie masa nak check out baru sempat nak ambik gambar.




Of coz lah, toilet jenis Bidet kan ^_^

Itulah mini kettle tu..sekali masak bolehlah utk rendam meggi satu

Katil pun nak kata Queen size pun bukan..kecik sikit dr Queen size



Posing dulu kat Kamata Station.



Kamata Station ini adalah JR station tau kengkawan. Jadinya sebab kami tak beli Pasmo or Suica Card, so kami terpaksa beli tiket di kaunter. Almaklumlah, hari first berjalan guna JR tak pandai lagi beli tiket kat mesin ^_^. Misi kami adalah hendak ke Shinjuku Station. So perjalanan kami dari Kamata Station ke Shinjuku Station:



Lebih kurang 31 minit dari Kamata ke Shinjuku Station. Dari Kamata Station korang kena naik JR Keihin-Tohoku to Shinagawa. Pastu korang kena exchange train naik JR Yamanote Line to Shinjuku (JR).  Senang  jer uolls ^_^. Tapi malangnyer, sebab kami keluar waktu orang keluar pergi kerja, jadinya JR train nie tersangatlah padat. Dah lah kami nie bawa beg besar gedabak nie. Aduhai memang terseksa sungguh huhu.

Tip
Hari first berjalan nie juga, kami banyak belajar pasal org Jepun. Naik escalator, if you are not rush then you should stand at the left side. Bagi peluang orang yang nak cepat gunakan laluan kanan. Orang Jepun sangat mementingkan masa yer kawan2.
Oh ya, sebelum naik train korang kena beratur. Jangan pulak buat perangai kita cam kat Malaysia pulak yer.  Dalam train memang ada seat khas utk OKU, orang tua, pregnant ladies..jadi utk korang yang sihat jangan pulak memandai2 duduk yer ^_^

Arrived at Shinjuku (JR) station, first sekali kami hendak ke Odakyu Sightseeing Service Center  (OSSC) nak beli Fuji Hakone Pass. OSSC kedudukan dia betul2 sebelah kanan lepas korang naik escalator kat Shinjuku JR ni. Tapi korang jangan risau, banyak signage Odakyu ni. Yang penting korang kena berada kat Shinjuku (JR) station, jangan pergi kat Shinjuku Metro or Toei pulak. Sesat barat dah tu. Kami terus Q utk beli Hakone Free Pass ni. Ingtkan kami dah awal dah..Tapi dah ramai yang Q. Target kami untuk naik Romance Car pukul 09.27 am, tapi disebabkan Q yang ramai, kami terlepas time tu. Kenalah tunggu train pukul 10 pagi. Lagipun kami kena simpan beg gedabak nie kat Coin locker pulak lepas nie.

Di OSSC nie korang boleh beli either Hakone Free Pass or Fuji Hakone Free Pass. Actually kami pun dah tersilap beli huhu. Sepatutnya kami beli tiket untuk Hakone free Pass sahaja instead of Fuji Hakone Free Pass. Membazir jer..dekat Y510 jugak tue. Sebab masa kami suntuk sangat pun. Kalau korang banyak masa kat Kawaguchiko tu, Ezan suggest korang beli Fuji Hakone Pass. Sbb korang boleh pergi visit 5 lakes kat Kawaguchiko.



Train time Shinjuku-Hakone- Yumoto (Romance Car)
07:00 am --> 08:40 am
07:27 am --> 09:01 am
08:53 am --> 10:35 am
09:27 am --> 11:05 am
10:00 am --> 11:23 am
10:40 am --> 12:10 am


Apa Hakone Free Pass nie??? Bawah ni ayat cedok dari website Odakyu. Korang boleh refer kat sini utk detail k http://www.odakyu.jp/english/deels/freepass/hakone/

" Hakone, one of Japan´s most famous hot spring (onsen) areas and rich in unspoiled nature, is within easy traveling distance of Tokyo. The Hakone Freepass is a discount excursion ticket offering full coverage of the popular sightseeing destinations in Hakone. Hakone Freepass allows you to get on and off freely within a specified area, as well as providing discount admission to various attractions in the area, and also includes return transportation on the Odakyu Line. Validity is for 2 or 3 days. With Hakone Freepass, you can also ride on 8 different types of transport in the area, such as the Hakone Tozan Line and the Hakone Ropeway, allowing you the freedom to thoroughly explore Hakone. Enjoy your trip to Hakone with the convenient and economical Hakone Freepass" 




Senang kata, misi kami ke Hakone nie adalah melihat Mt. Fuji secara dekat. Ada 2 tempat yang boleh utk kita lihat Mt. Fuji secara dekat iaitu di Hakone & Lake Kawaguchiko.

Ok, nak share harga tiket utk Fuji Hakone Free Pass nie (Per Pax)

Fuji Hakone Free Pass (2 days validity) + Highway Bus (Kawaguchiko to Shinjuku) : Y7400
Romance Car : Y890
TOTAL         : Y8290

(Note: Ticket highway bus berharga Y1750 per pax. Korang boleh buat reservation kat sini https://www.highwaybus.com/rs-web01-prd-rel/gp/foreign/frgSelectLine?lang=en 1 month before expected departure)

Lepas dah beli Fuji Hakone Pass nie, kami bekejar pulak nak cari coin locker. Berpusing jugak kami cari. At last terpaksa jugak minta tolong orang. Terima kasih banyak2 auntie. So untuk korang kalau nak simpan beg cari Exit A13 nie. Kat sini untuk simpan Large coin locker Y800 (1 day). Besar wei, nmpk jer kecik. Boleh muat 2 beg deuter besar tu. Bayar pun tru mesin jer. Yang penting kena pakai coins tau.




So pengembaraan kami ke Hakone, cuma bawak 'beg sekolah' jer. Tak payah nak angkut beg besar tu ^_^ . Lepas settle kami terus ke tempat menunggu Romance Car tu. Jangan risau, bile kite beli Romance Car ni, memang dah reserved seat. Korang ikut je no seat kat tiket tu yer
\

Mula2 ingat nak tidur je dalam train nie. Sbb perjalanan akan ambik masa dekat 1 jam setengah. Tapi rasa sayang pulak kan. Cantik wei permandangan kat luar. Auntum lah katakan. Daun2 banyak dah tukar kaler dah.

Oklah kt sambung Part II pulak lah. Dah panjang sangat nie haha

Untuk entry sebelum, sila klik di Day 1

2 comments:

Nori Roppongi said...

Salam,

Ehhh bila baca cerita awak, sejak mula sampai di Haneda, pi Kamata dgn bas, dok di Grand Panex Hotel, pi Shinjuku dan kemudian beli tiket Hakone Free Pass macam saling tak tumpah seperti perjalanan akak ke Japan tahun 2013 dulu. Hehehe

Nurulaizanhusin said...

Salam K'Nori..Memang boleh kata 80% ke 90% itinerary saya follow akak punya itinerary akak. Jenuh saya khatam kan baca blog akak :) alhamdulillah, memang niat saya kalau dah habis buat travellog nie, memang nak ada satu entry bagitahu blog2 yg saya refer (termasuk blog akak). Nmpknya akak dah nampak dulu ^_^..BTW, terima kasih banyak2 kak. smoga Allah yg dapat membalasnye...

P/s..lepas nie nak follow entry saporro pulak lah :)