Thursday, December 10, 2015

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 3::-

(Amaran: Ini adalah diary perjalanan bagpacker ke Tokyo. Diary ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis bersama sahabat sahaja. Perjalanan selama 6 hari 5 malam)

Hari ketiga kami di Jepun :)

Lena betul kami tidur di Koe House. Ye lah kan, walaupun cuaca kat luar sejuk (8c) tapi bilik kami ada heater tau. Kalau ikutkan memang malas kami dah bangun pagi haha. Lepas siap2 semua, kami terus check out. Memang plan kami nak keluar awal untuk jalan2 sekitar Kawaguchiko ni.

Hari ni kami sengaja pakai baju kurung kat Jepun ni. Kebetulan pulak hari Jumaat kan..(saja nak tunjuk kat orang Jepun baju kebangsaan kita)  First skali mestilah g cari 7eleven dulu..cari makanan dulu..lapaq. lepas tu baru boleh jalan2 kan. Bus kami dari Kawaguchiko Station ke Shinjuku pukul 10.10 pagi nanti. Sempatlah nak round2 area Kawaguchiko ni.




Sempat jugak kitorang pusing kat rumah orang2 Jepun. Memang salute sangat dengan Jepun. area rumah diorang sangat bersih tau. 




Cantik sangat kan...Kalau ikutkan nak letak banyak lagi gmbar. Tapi korang bosan pulak nanti haha. 

Tepat kul 10 kitorang dah terpacak tunggu bas utk ke Shinjuku. Macam yg Ezan dah bagitahu, bas kat sini sngt punctual tau. Jangan pulak korang lewat. Sebelum tu kitorang sempat jugak shopping souvenier kat Kawaguchiko Station ni. Perjalanan kami ke Shinjuku selama 1 jam 45 minit. Ezan bantai tidur je dalam bas. Penat semalam tak habis lagi. Sempat jugak snap Mt. Fuji dari bas..Tapi berkabus huhu


Sampai di Shinjuku pukul 11.55 tengahari. Plan kami untuk terus ke Tokyo Camii (Masjid Tokyo). Sempat jugak kami tengok 'keadaan' bag kami yang disimpan kat Coin locker tu. Plan asal nak bawak terus beg deuter kami ke Tokyo Camii. Tapi kami dah melebihi had satu hari (Y800) yang ditetapkan. Jadinya kalau kami nak ambil beg yang disimpan, kami harus masukkan another Y800. So kami buat decision untuk biar saja beg disitu sementara kami ke Tokyo Camii. Alang2 kan hehe

Macamana kami pergi ke Tokyo Camii? Tokyo Camii nie berdekatan dengan station Yoyogi Uehara. dari sini korang kena berjalan kami utk ke Tokyo Camii. Since kami ada traveller pass utk Tokyo Metro and Toei, kami gunakan jalan yg jauh sedikit berbanding recommendation by Hyperdia. Ye lah kalau tak kami tak boleh guna Traveller pass nie. The shortest way recommendation by Hyperdia is using JR sahaja. Senang je korang, yang penting korang kena tahu station yang korang patut berhenti. Ikut je map Tokyo metro. InsyaAllah tak akan sesat hehe. Dari Yoyogi Uehara korang exit North and jalan terus ke depan and belok ke kanan. InsyaAllah korang boleh nampak kubah Tokyo Camii dari jauh lagi.

Masa kami sampai ni, baru habis solat Jumaat. Di sini, diorang sediakan makanan2 utk disedekahkan kepada semua yang solat Jumaat. Allah.. murahnya hati mereka kan. Tokyo Camii tidaklah sebesar masjid di Malaysia, tapi masjidnya sangat cantik. Ramai jugak pengunjung2 luar yang singgah di sini. Ezan diberitahu, masjid ini di jaga oleh orang Turki.






Alhamdulillah..sempat kami solat jama' zohor asar di sini. Kemudian kami patah balik ke Shinjuku, ambik beg & terus ke hotel kami. Kami dah pun booked tru Agoda di Hotel Kuramae untuk 3 hari. Hotel kami betul2 di Kuramae Station. Paling dekat kalau korang guna Asakusa Line dan exit A0. beberapa langkah je dah sampai :) 24hours mart/ shop pun banyak. Memang puas hati betul.

Kami check in dalam pukul 3 lebih. 'bermalasan' dulu kat hotel sebelum plan malam nak ke Tokyo Sky Tree hehe. Dalam bilik ada disediakan Yukata, towel, mini kettle & ada fridge jugak..bilik pun just nice utk kami berdua. selesa. Nak solat pun senang :) setiap hari ada orang kemas bilik. Mmg recommended utk sapa2 nak jalan2 kat Tokyo.







Dalam kul 6 kami terus ke Tokyo Sky Tree. Dekat je actually dari hotel kami. Ezan hanya perlu naik Toei Asakusa line ke Oshiage (Sky Tree Station). Kami beli tiket ke Tembo Deck Y2060 per person. Mahal jugak tiket utk naik kan. Tapi memang berbaloi tau. Kitorang pergi pun dah malam jadi view sangat cantik. Boleh nampak seluruh Tokyo. Memang sangat recommended utk korang pergi. Kalau bawak kamera DSLR/ Go Pro sure lagi cantik gambar. Kitorang guna henpon cap ayam jer, jadi view ambik dr kamera phone tak berapa adoooo...Takper yang penting kenangan tu kan (wah ayat jiwang pulak). Kat bawah Tokyo Sky Tree ada jugak kedai2 souvenier..ada mahal & murah. Kn pandai cari :)








Dah habis kami tawaf Tokyo Sky Tree kami terus balik ke Hotel. Besok banyak nak guna kaki hehe...we're going to Disneyland ^_^

End Day 3


1 comment:

Unknown said...

Koe House tu ok tak? Shower rooms dia ada berapa eh? Risau jugak nak beratur panjang untuk mandi pagi. Hehe.