Entry sebelum sila klik SINl
(amboi ko, bukan main panjang lagi entry untuk hari ke-2 kan, ber 'part-part' haha, sorilah kengkawan kalau bosan baca entri ni yer)
Sampai di Ubako, kami di kehendaki naik Hakone Tozan Bus sekali lagi untuk ke Sounzan. Sedih pulak kan, tak dapat naik Hakone Ropeway untuk ke Owakudani. Takpelah kan..Safety first. Percaya, perancangan Allah much2 better from us. Sementara tunggu Hakone Tozan Bus nie datang, kami pun ambik gambar lah.
Sekali lagi, kami buat perangai 'Orang Malaysia' yang jakun haha. Orang lain semua tunggu bus kat dalam Ubako station nie, kitorang melilau ambik gambar (walhal sejuk sebenarnye) ^_^ Rugilah kalau tak ambik gambar kan. Kat luar Ubako nie ada replika the old Hakone Ropeway. Kecik je, mungkin muat dalam 4 orang or less. Hakone Ropeway skang muat sampai 8 orang tau, besar and InsyaAllah tak gayat hehe. Disebabkan sejuk sangat kat luar nie, dalam Ubako station ada disediakan "Pendiang Api' elektrik. Semua orang dok pakat2 kumpul dekat situ.
Dari sini sampai ke Sounzan dalam 30 minute jugak. Jangan risau, untuk naik bas nie, both Hakone Free Pass and Fuji Hakone Free Pass boleh naik bus nie.
Sampai di Sounzan, kami naik Hakone Cable Car sampai ke Gora station. Besar tul Cable Car nie, boleh naik ramai2. Tak yah risau kalau ramai orang. Kalau nak berdiri pun selesa jer. Sepanjang nak ke Gora Station nie, memang cantik sangat pemandangan. Ada juga station2 kecil sebelum sampai ke Gora. Boleh jer kalau korang nak turun ambik gambar pastu tunggu another cable car kan. Tapi kitorang tak buat pun. Actually boleh jugak kalau nak turun and pergi ke kawasan attraction sekitar Gora nie. Tapi kitorang tak buat pun, sebab kitorang berkejar untuk ke Gotemba Premium Outlet pulak lepas ni ^_^
Nak pergi ke Gotemba Premium Outlet, boleh tunggu bas logo S nie (kat Platform 2). Tapi perlu diingat yer, tak semua bas logo S pergi ke Gotemba Premium Outlet. Ada certain time sahaja ^_^. Bus last ke Gotemba Premium Outlet pukul 5.27 pm. Korang ikut jer schedule die (refer picture atas nie yer). Kitorang sempat naik bas pukul 4.20 pm ke Gotemba Premium Outlet. Bus nie juga termasuk dalam package Fuji Hakone Free pass/ Hakone Free Pass tau.
Sampai di Gotemba Premium Outlet, hari dah gelap pun. Mood nak
End for day trip ke Hakone. Kalau ikut plan kami, dari Gotemba Premium Outlet kami sepatutnya boleh naik bas dari sini terus ke Kawaguchiko Station. Tapi sebab bas last dari GPO ke Kawaguchiko pukul 5:45pm, kami terlepas waktu tu sbb sibuk window shopping hehe. Tapi don't worry, dari GPO ada disediakan bas transit (Free) ke Gotemba. Dari Gotemba kami akan naik bas terus ke Kawaguchiko Station.
Ok, Tapi in paper nmpk senang kan. Tapi sebenarnya tidak haha. Sesat barat kami. Sebabnya kami tersilap turun jer. Dari GPO sepatutnya kami turun kat Gotemba. Disebabkan 'kepandaian' kami, kami tersilap turun station huhu. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan utk kami..Ada 2 org remaja jepun nie (actually couple hehe sebab diorang mengaku) tolong kami utk ke Gotemba. Siap hntar lagi kami smpi ke tempat tunggu bus lagi. Ya Allah jujur sangat diorang nie. Tak sempat kami nak say Thank you huhu. Sempat diorang ambikkan gambar kitorang lagi. Sampai sekarang teringat2 lagi muka couple nie. Hensem + cute couple nie :)
Sampai di Gotemba station, kami di duga lagi huhu. Rupanya di Gotemba nie ada 2 side tempat menunggu bus. Punya lah lama kami tunggu bus, bus tak datang2 jugak. Bila kami tnya information counter, die tunjuk tangan jer. Kami assume betullah kan. Seriously kami pelik betul, sebab bile waktu yang sepatutnya, bas still tak sampai2. Jepun kan punctual. Sngt2 ok. korang tak payah risau pasal waktu. Ikut jer jadual masa yg ditetapkan. Rupanya kami tunggu kat tempat yang salah. Bas dari Gotemba ke Kawaguchiko station kena tggu di other side (menghadap jalan raya) & bukan dalam kawasan Gotemba station. Masa tu kami dah berpeluh jugak, sebab bas last ke kawaguchiko station pukul 8.10 malam huhu. Masa tu dah pukul 7 lebih dah. Fuh..berpeluh ko hahaha..Tapi Alhamdulillah, kami sempat naik bas terakhir ke Kawaguchiko station. (8.10 malam sampai di Kawaguchiko pukul 9.20 malam).
Lega.....
Hotel kami Koe House, cuma jalan dalam 5 minit dari Kawaguchiko station. Review utk Hotel nanti Ezan buat tau.
End Day 2 ^_^
Total Expenses: Ticket Shinagawa to Shinjuku: Y310 (RM11.13) + Fuji Hakone Free Pass (inclusive highway bus Kawaguchiko to Shinjuku) Y7400 (RM265.66) + Romance Car Y890 (RM32) + Coin locker Y800 (RM28.72) + Ticket Gotemba to Kawaguchiko Y1510 (RM54.21) + Hotel Koe House Kawaguchiko RM178.24 (RM89.12 per pax) = RM480.84
(Total expenses merujuk kepada Ground Expenses (tiket sahaja) tidak termasuk makan & minum)
2 comments:
Kan dah khabaq. Akak serik sangat masa terkandas kat Gora tu. Kecut perut naik bas, rasa mcm tak akan sampai ke Kawaguchiko Stn. Dlm bas tu, dari ramai penumpang tinggal kami berempat ajer. Pada hal time tu baru dlm pukul 7.30pm tapi rasa mcm kol 1 pagi.
Pengalaman yg tak boleh lupa. Tapi bila dikenang balik rasa kelakor pun ada hehe.
Btul kak..memang pengalaman tak boleh lupa haha. Kelako pulak bila ingat kan.
Post a Comment