Wednesday, January 13, 2016

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 5:-

Adui jenuh jugak nak menghabiskan cite samarinda ke Jepun nie hehe (ada ke yang baca oiii)

Hari ke 5 kami di Jepun..

Hari ni pagi2 lagi kami dah terpacak kat Sensoji Temple & Nakamise Shopping Street. Satu tempat pun. Masa kami sampai orang tak ramai lagi. Smpat jugak kami round kedai2 kat sini. Survey utk souvenier. Banyak jugak yang berkenan kat hati hehe. Nak sampai di Sensoji Temple nie memang korang kena lalu pun kedai2 nie. Kami tak masuk pun kat dalam, cuma tengok dari luar je ^_^ sempatlah tengok adat budaya agama di Jepun nie. By the time kami nak patah balik, orang dah start ramai. Nasib baik kami dah aim tempat2 nak beli souvenier. Alhamdulillah kami dapat harga bargain. memang boleh kata 70% kitorang shopping kat sini.

Bile sampai di Tokyo, korang kena singgah sini. Senang jer wei nak pegi sini pun

* Fr. Kuramae Station take Asakusa Line A17 to Asakusa Station A18.
* Sensoji Temple boleh jalan kaki dari Asakusa station. Korang follow je signage











Dari sini kami terus ke Ueno Park

Actually Ueno Park ni kawasan nyer sangat besar tau. Kat sini ada macam2 attraction tau. Ada zoo, museum (ada lebih kurang 5 museum kat sini) & paling penting kat sini adalah tempat orang berpicnic masa musim Sakura/ cherry blossom. Tapi memandang masa Ezan pergi nie musim luruh, jadi kami hanya dapat lihat daun2 musim luruh jer...daun2 pokok kebanyakkan nyer sudah bertukar dari kaler kuning ke Orange. Cantik sangat. Kami juga sempat singgah di National Science Museum (Ezan memang sgt recommend utk singgah kat Museum nie) siap ada tayangan 3D tau. Memang berbaloi sangat2. Sempat juga kami singgah di Saigo Takamori Statue, Kiyomizu Kannon Temple . Nie semua kat Ueno Park sahaja tau.Kami malas nak masuk tempat2 yang lain sebab nak kejar masa punya pasal hehe. Kami juga sempat singgah makan Matcha Ice cream (Green tea Ice cream) di Ueno Park. Kalau korang rajin (sempat), boleh juga singgah di Ameyayokocho market. Dari blogger2 review di Ameyayokocho nie ala2 Petaling Street. Bolehlah kalau nak cuci2 mata beli souvenier kan.








 Orang kata this is the real Hachiko (selepas diawetkan)

Matcha Ice Cream


Lepas dari Ueno Park, kami singgah di Akihabara pulak. Center of electronic shop. Saja lah nak tengok harga barang2 elektrik kan. Dulu sebelum sampai kat Jepun orang kata barang2 elektrik kat Jepun diorang jual lelong lah, separuh harga kononnyer because of rapid changing of the technology development. Tapi hakikatnye uolls, same jer harga kalau kita convert to RM, same jer harganye hehe. Tapi Ezan & sahabat memang tak ada plan nak beli apa2 pun. Saje jalan2 jer :)

Kemudian kami ke Shibuya. Kami excited nak ke sini, first nak tengok Hachiko statue & the large intersection in the world ^_^ Nak shopping pun iya jugak haha. Ya Allah punyalah ramai umat manusia. Mana taknya kat Shibuya sahaja ada banyak shopping place boleh korang pergi i.e HnM, Uniqlo memang murah kat sini. Sempat juga kami jengah kat sini..Kata nak shopping kan


Hachiko Statue

 Orang kata port baik nak ambik gmbr cross intersection nie dari Starbuck tu ^_^

Tokyu Plaza


Kaki dah tak larat jalan. Dari Shibuya kami terus balik ke hotel. Habis dah pusing satu hari nie, besok last day kami kat Tokyo huhu. sedihnya..

2 comments:

Nori Roppongi said...

Aikk kata ada shopping barang2 dan souvenir, mai lah tunjuk sat hehehe

Nurulaizanhusin said...

nanti kt share ek Kak Nori :)