Hari terakhir di tahun 2013 ^_^ sekejap jer rasa tahun nie meninggalkan kita kan.
Terlampau banyak kenangan Ezan di tahun 2013 nie..suka, duka. Pernah hampir2 'tersungkur' dek kerana perasaan. Allah Maha besar..Allah maha mengetahui segalanya. Segala perkara baik dan buruk.
"Bersyukurlah, sesungguhnya, jika hari ini kita merasakan sesuatu perkara itu buruk, boleh jadi di masa hadapan sesuatu yg buruk itu barangkali adalah yang terbaik utk kalian"
Alhamdulillah, syukur kepada kurniaanNYA..untuk semua kebahagiaan, kasih sayang, kejayaan yang telah diberi. Ezan bersyukur kerana dipertemukan dengan insan2 yang menyayangi diri ini. Terima kasih sahabat..Untuk suami, semoga kasih sayang ini akan berkekalan hingga ke Jannah..^_^
Utk emak, adik2, keluarga mertua yang sentiasa di sisi, yang sudi menemani...Terima Kasih kalian.
Tahun nie jugak, Ezan diberi peluang mempunyai anak buah yang sangat comel..penyeri untuk kami sekeluarga. Semoga Afif membesar menjadi anak yang soleh.
Master hubby jugak dah nak habis..InsyaAllah bulan 6 tahun depan :) Ezan jadi supporter dari jauh...Semoga kejayaan sentiasa di sisi B. amiin
Sejak 3 bulan lepas, Ezan bersama Group Risk. Alhamdulillah, kawan2 opis dapat terima diri Ezan :) and paling best diorang semua sekepala hehe.
Ye betul, tidak semua perkara Ezan sharekan di blog ini. Biarlah sesetengah perkara, Ezan simpan untuk kenangan Ezan sendiri..Ezan harap kawan2 paham k :)
Alhamdulillah utk semuanya..
Ahlan Wa Sahlan 2014..semoga kebahagiaan sentiasa bersama diri ini, hubby and utk semua yang menyayangi diri ini..dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki..dan semoga Ezan & hubby diberi kebahagiaan menjadi ibu & ayah buat zuriat2 kami nanti
^_^
Good Bye 2013...
Welcome 2014
2 comments:
bestnya opismate semua sekepala :)
Niza,
Alhamdulillah..baru seronok rs nak keje kan :)
Post a Comment