Tuesday, December 22, 2015

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 4::-

(Amaran: Ini adalah diary perjalanan bagpacker ke Tokyo. Diary ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis bersama sahabat sahaja. Perjalanan selama 6 hari 5 malam)

Hari Ke-4 kami di Tokyo..

Dah terbiasa kat Tokyo nie. Awal2 lagi kami dah keluar (tak nak rugi masa kata ko)  . Hari ni misi kami utk ke Tokyo Disneyland. Masih teringat2 lagi masa pergi Hong Kong Disneyland. Memang best lah. Satu hari kami kat Hong Kong Disneyland (dari Pagi sampai Malam). So plan kami di Tokyo Disneyland pun sama jugak. Bila lagi nak jadi kanak2 balik kan.

Masa di Malaysia lagi, kami dah beli online ticket Disneyland. Senang + pantas. FYI, kat sini ada 2 park..1) Tokyo Disneyland 2) Tokyo Disneysea. Korang boleh choose nak pergi yang mana. Park ticket Y6900 (for each park). Memang mahal oiiiiii..Tapi sebab nak jugak masuk kan. Berserah je lah haha...

Nak beli tiket online boleh terus ke sini https://reserve.tokyodisneyresort.jp/en/ticket/list/

Dari hotel kami (Kuramae Hotel) kami naik Toei Oedo Line dari (E11) terus ke Tsukishima (E16). Dari sini (Y21) kami transfer Tokyo Metro Yurakucho Line to Shinkiba (Y24). Dari sini kami ambik private line to Maihama.



Dari sini, jalan kaki utk ke pintu gerbang Tokyo Disneyland. Walaupun awal pagi kami sampai, orang punyalah ramai. Rasa nak menangis tengok orang punyalah ramai...Silap kami jugak, sebab pergi weekend kan. Tapi memang dah tak ada masa lain kan..






Masa ni tak nampak lagi kan. Nanti kjap lagi Ezan tnjuk k. Punyalah ramai orang huhu. Masuk nak masuk pun kami tak perlu change ticket, sebab Ezan dah print siap2 dari online. Cuma kertas A4 tu korang kena lipat 8 (untuk jadi saiz tiket biasa). Senang, tak payah nak Q beli tiket kan. Cuma tak dapatlah feel tiket disney ori kan ^_^. Masa kat kaunter untuk masuk, petugas2 disney akan check beg. Actually tak dibenarkan bawak masuk air & makanan kat dlm disney. Tapi kitorang alhamdulillah, lepas pulak. Kitorang  siap bawak masuk air, makanan kat dalam beg..



Orang dah start ramai huhu. kitorang terus masuk. Kat dalam Disneyland ada 6 park yang korang boleh pergi. Kitorang terus pergi utk dapatkan FassPass kat Tomorrowland. Tapi kitorang dah tersilap, ingatkan nak dapatkan FassPass untuk "Star Tours: The Adventure Continues", rupanya kitorang pergi kat machine FassPass "Lilo & Stich" . Aduiiii...Peringatan yer utk korang semua, next FassPass boleh dibuat selepas 2 jam selepas kita issue first FassPass. Adui dah terlepas. Di Tomorrowland, korang kena try Star Tour: The Adventure Continues.. memang best giler. 3D effect tu. Kami teruja nak try sebab ride nie tak ada kat Hong Kong Disneyland. Tengok review cam best. Alhamdulillah, kebetulan masa kami beratur orang tak ramai lagi. Beratur dalam setengah jam jugak. Tapi takpe, korang tak akan bosan punya, sebab sepanjang beratur boleh tengok robot2 Star Wars. Cuma, kat Disneyland Tokyo nie bahasa dalam setiap ride smua nyer in Japan. Kitorang buat2 paham jer hahaha. Tapi yg penting best. Korang kena pergi sini. Di Tomorrowland ada juga Space Mountain (ride paling seram, dah lah gelap), Buzz lightyear Astro Blaster (nie best boleh tembak2), Monster Inc, Starjets and Grand Circuits. Kitorang tak naik pun, sebab dah naik kat Tokyo Hong Kong. Lagipun kami tengok Q dah lebih sejam huhu.

Toontown, kami tak singgah pun. Sini park utk ambik gambar je. Bawak anak2 kecik bolehlah bawak ke park Toontown ni.

Fantasyland, kami terus ke sini. Plan kami nak naik ride Haunted Mansion. Kat sini lah kesabaran di perlukan yang amat sangat. Kitorang beratur sejam lebih. Nampak dari luar, nampak macam tak lama beratur, tapi rupanya 'berlingkar2' orang beratur kat dalam. Memang letih giler huhu. Geram pun ada jugak. Takut tak sempat nak tengok cartoon parade. So Ezan suggest untuk korang semua better ambik FassPass kat sini. Ezan tak dapat lagi nak ambik sebab tak cukup lagi 2 jam dari first Fass pass yg Ezan ambik.

Keluar dari Haunted Mansion, kami terus beratur nak tengok Parade pukul 1.20 pm (Happiness is Here). Kalau ikutkan orang2 Jepun dah ambik tempat masing2 sejak dari pukul 12 lagi tau. Diorang ada bawak tikar siap berkelah2 lagi. nasib baik ada jugak space untuk kitorang menyelit2 kat belakang. Korang kena tengok tau..Memang best ^_^























Best weiii, korang kena tengok parade nie tau. Jangan miss pulak. Habis tengok parade ni, kami terus Its small world kat Fantasyland. Kebetulan masa kami masuk, masa menunggu cuma 10 minit. Apa lagi berlari kami masuk kat situ. Layan je lah, naik bot pastu pusing tengok budak2 kecik (patung) menyanyi. Bolehlah haha.

Lepas tu kitorang lepak kat cinderella castle. Penat beratur tak habis lagi haha. Sambil tunggu untuk Christmas Parade (Disney Christmas Stories) pulak. Pun best jugak uolls.


cantik kan Cinderella Castle ^_^















Habis Parade weolls decide nak jalan2 dulu untuk cari souvenier kat dalam Disneyland nie. Jenuh kami cari kat World Bazaar.. mahal2 semuanya. Dulu masa kat Disneyland Hong Kong dapat juga kami sehelai baju Tshirt and FM. Tapi kat sini, semua mahal2 belaka. Kaki pulak dah tak larat nak berjalan. Rasa nak seret je kaki..At last kitorang decide nak balik jer. Tambah2 pulak perut dah lapar dengan orang yang terlampau ramai. Berlaga bahu tau.. Kat sini memang tak ada makanan halal..memang kelaparan kami. Harapkan bekal onigiri kami jer pagi tadi. Sebab kononya takut makanan kena buang masa nak masuk pagi tadi kan. Kami terus keluar.





Muka buat2 senyum...

Balik pun kami dah tak larat nak jalan ke Maihama. Kami naik Private Line Disney Resort untuk ke Maihama. Best jugak, sebab train nie bawak kita pusing2 di Disney Resort. Sampai di Maihama, kami transfer utk Shinkiba (Tokyo Metro Yurakucho line) terus Tsukishima. Dari sini kami tranfer Toei Oedo Line ke Daimon. Dari sini kami ambik Asakusa Line terus ke Kuramae..

Balik Hotel,,terus zzzzzzz


Fuh...End day 4



Thursday, December 10, 2015

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 3::-

(Amaran: Ini adalah diary perjalanan bagpacker ke Tokyo. Diary ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis bersama sahabat sahaja. Perjalanan selama 6 hari 5 malam)

Hari ketiga kami di Jepun :)

Lena betul kami tidur di Koe House. Ye lah kan, walaupun cuaca kat luar sejuk (8c) tapi bilik kami ada heater tau. Kalau ikutkan memang malas kami dah bangun pagi haha. Lepas siap2 semua, kami terus check out. Memang plan kami nak keluar awal untuk jalan2 sekitar Kawaguchiko ni.

Hari ni kami sengaja pakai baju kurung kat Jepun ni. Kebetulan pulak hari Jumaat kan..(saja nak tunjuk kat orang Jepun baju kebangsaan kita)  First skali mestilah g cari 7eleven dulu..cari makanan dulu..lapaq. lepas tu baru boleh jalan2 kan. Bus kami dari Kawaguchiko Station ke Shinjuku pukul 10.10 pagi nanti. Sempatlah nak round2 area Kawaguchiko ni.




Sempat jugak kitorang pusing kat rumah orang2 Jepun. Memang salute sangat dengan Jepun. area rumah diorang sangat bersih tau. 




Cantik sangat kan...Kalau ikutkan nak letak banyak lagi gmbar. Tapi korang bosan pulak nanti haha. 

Tepat kul 10 kitorang dah terpacak tunggu bas utk ke Shinjuku. Macam yg Ezan dah bagitahu, bas kat sini sngt punctual tau. Jangan pulak korang lewat. Sebelum tu kitorang sempat jugak shopping souvenier kat Kawaguchiko Station ni. Perjalanan kami ke Shinjuku selama 1 jam 45 minit. Ezan bantai tidur je dalam bas. Penat semalam tak habis lagi. Sempat jugak snap Mt. Fuji dari bas..Tapi berkabus huhu


Sampai di Shinjuku pukul 11.55 tengahari. Plan kami untuk terus ke Tokyo Camii (Masjid Tokyo). Sempat jugak kami tengok 'keadaan' bag kami yang disimpan kat Coin locker tu. Plan asal nak bawak terus beg deuter kami ke Tokyo Camii. Tapi kami dah melebihi had satu hari (Y800) yang ditetapkan. Jadinya kalau kami nak ambil beg yang disimpan, kami harus masukkan another Y800. So kami buat decision untuk biar saja beg disitu sementara kami ke Tokyo Camii. Alang2 kan hehe

Macamana kami pergi ke Tokyo Camii? Tokyo Camii nie berdekatan dengan station Yoyogi Uehara. dari sini korang kena berjalan kami utk ke Tokyo Camii. Since kami ada traveller pass utk Tokyo Metro and Toei, kami gunakan jalan yg jauh sedikit berbanding recommendation by Hyperdia. Ye lah kalau tak kami tak boleh guna Traveller pass nie. The shortest way recommendation by Hyperdia is using JR sahaja. Senang je korang, yang penting korang kena tahu station yang korang patut berhenti. Ikut je map Tokyo metro. InsyaAllah tak akan sesat hehe. Dari Yoyogi Uehara korang exit North and jalan terus ke depan and belok ke kanan. InsyaAllah korang boleh nampak kubah Tokyo Camii dari jauh lagi.

Masa kami sampai ni, baru habis solat Jumaat. Di sini, diorang sediakan makanan2 utk disedekahkan kepada semua yang solat Jumaat. Allah.. murahnya hati mereka kan. Tokyo Camii tidaklah sebesar masjid di Malaysia, tapi masjidnya sangat cantik. Ramai jugak pengunjung2 luar yang singgah di sini. Ezan diberitahu, masjid ini di jaga oleh orang Turki.






Alhamdulillah..sempat kami solat jama' zohor asar di sini. Kemudian kami patah balik ke Shinjuku, ambik beg & terus ke hotel kami. Kami dah pun booked tru Agoda di Hotel Kuramae untuk 3 hari. Hotel kami betul2 di Kuramae Station. Paling dekat kalau korang guna Asakusa Line dan exit A0. beberapa langkah je dah sampai :) 24hours mart/ shop pun banyak. Memang puas hati betul.

Kami check in dalam pukul 3 lebih. 'bermalasan' dulu kat hotel sebelum plan malam nak ke Tokyo Sky Tree hehe. Dalam bilik ada disediakan Yukata, towel, mini kettle & ada fridge jugak..bilik pun just nice utk kami berdua. selesa. Nak solat pun senang :) setiap hari ada orang kemas bilik. Mmg recommended utk sapa2 nak jalan2 kat Tokyo.







Dalam kul 6 kami terus ke Tokyo Sky Tree. Dekat je actually dari hotel kami. Ezan hanya perlu naik Toei Asakusa line ke Oshiage (Sky Tree Station). Kami beli tiket ke Tembo Deck Y2060 per person. Mahal jugak tiket utk naik kan. Tapi memang berbaloi tau. Kitorang pergi pun dah malam jadi view sangat cantik. Boleh nampak seluruh Tokyo. Memang sangat recommended utk korang pergi. Kalau bawak kamera DSLR/ Go Pro sure lagi cantik gambar. Kitorang guna henpon cap ayam jer, jadi view ambik dr kamera phone tak berapa adoooo...Takper yang penting kenangan tu kan (wah ayat jiwang pulak). Kat bawah Tokyo Sky Tree ada jugak kedai2 souvenier..ada mahal & murah. Kn pandai cari :)








Dah habis kami tawaf Tokyo Sky Tree kami terus balik ke Hotel. Besok banyak nak guna kaki hehe...we're going to Disneyland ^_^

End Day 3