Showing posts with label Dayang Salhah. Show all posts
Showing posts with label Dayang Salhah. Show all posts

Friday, July 11, 2014

-::FaMily VacatIoN @ KucHinG 16-19 May 2014 (Last Day)::-

Fuh..hari nie marathon update blog haha. Gelak keji sangat...sebab malas nak bekerja yer. Hari nie plk suasana redup2 gitew. Mengantuk habis huhu

19 May 2014
Hari nie flight kami balik ke Kuala Lumpur kul 5.45 petang. Jadinya memang hari nie kami hnya nak ke Kampung Budaya & ambik kek kami kat Dayang Salhah jer.

Masa kami ke Kg Budaya..Hujan lebat sngt. Kami keluar2 dari persembahan tarian rakyat Sarawk memang dah hujan lebat. Lansung kami lunch kat situ jugak. sedap jugak makanan kat cafe Kg. Budaya. Oklah harge die. Kami tggu hujan reda sikit baru nak jalan lagi. Rugi wooo tak habiskan semua. RM60 tau masuk seorang.

(Info: Jangan terlepas Persembahan kebudayaan diadakan 2 kali sehari : 11:30 -12:15 tghari dan pukul 4:30-5:15 petang)

Usually klu masuk sini korang akan diberi pass/ passport. Tujuannyer supaya setiap kali korang masuk/ melawat ke rumah2 Sarawak nie bolehlah ambik cop yg disediakan. Tanda korang dah sampai situ kan ^_^ Ezan & adik2 Ezan gigih tue nak masuk situ hehe. Mls cite banyak meh layan gmbr.






 Opps...seksi U ^_^











Kuar dari Kg Budaya, kami cepat2 ke kedai Dayang Salhah ambik kek lapis yang kami dah tempah first day sampai Kuching hari tue. Sempat lagi tambah kek lapis lor. Dari situ rushing terus ke airport. Punyalah rushing kan tapi smpi airport rupanya flight kami delay sejam. Sementara tggu tue kami sempat makan, solat jama' siap.

Overall, Kuching best sngt. InsyaAllah ada rezeki boleh repeat lagi kan.

Good Bye Sarawak.

Till we meet again :)

End Journey to Sarawak

Thursday, June 12, 2014

-::FaMily VacatIoN @ KucHinG 16-19 May 2014 (DaY 1)::-

Erm, satu lagi cite bertangguh hehe
kire throwback nyer citer lah nie haha

Nie kira percutian kami sekeluarga ke Kuching. Dapat ticket murah lah kan. setahun peram hehe..tapi berbaloi sebab kami dapat tiket RM50 return tau (utk seorang). Infant (less than 2 years) charge die mahal sikit RM100 (seorang)

Flight kami kul 9.45 naik di KLIA 2. Siyes cantik betul KLIA 2 nie. Bile kat KLIA 2 nie sure korang tak rasa nak naik kapal terbang, rasa macam nak gi shopping jer haha. En hubby and adik Ezan no 4 tak dapat join sebab tuntutan kerja. So cuma kami bertujuh sajer termasuk baby :) Kami semua bergerak daripada Putra Height kul 6.30 pagi (Malam sebelum mak & adik2 dah datang tido rumah Ezan di Putra Height)




Muka excited nak naik belon hehe. dekat KLIA 2 nie ada disediakan ruang legar utk lepak2 kat luar, ambik gambar macam kami nie lah hehe. Kami sempat breakfast jugak kat KLIA 2 nie. McD lah apa lagi kan. Peringatan juga utk sahabat2 semua dari kaunter check in ke Gate menunggu tue agak jauh di KLIA 2 nie. so better gerak ke Gate menunggu tue awal sikit k.

Dekat KLIA 2 nie convenient sikit, dari gate menunggu ke kapal terbang (boarding) mcm kite naik kat KLIA jugak. kirenya terus masuk kapal terbang lah ^_^ tak perlu nak berjalan jauh mcm kat LCCT dl tue hehe.

Kami sampai di airport kuching kul 11.30 am. Driver kami (Fadhirol) dah menunggu kami. Ezan dah booked for homestay+transport+driver RM1*** untuk 4 hari 3 malam kami di Kuching. Sangat berbaloi utk rumah yg sgt cantik dan bersih. transport kami Van Kia Pregio (utk 10 seater) Driver kami Fadhirol juga sgt bagus. Menjaga solat dan sgt peramah. Berminat boleh contact EN RIZHAN 012-884 8490 (recommended)

1st stop kami, makan tengahari di restoran Kopi O Conner. macam2 kami order termasuklah MEE KOLOK. Utk first time rasa, kitorang adik beradik termasuk mak agree yg MEE KOLOK nie sedap hookey. korang kena try tau ^_^ erm, cumanya kat sini mahal sikit tapi ok, sbb bnyk pilihan. Klu bagi rating boleh bagi 3/5 hehe


 My bro order ape ntah nie...sedap jugak huhu


Winner of the day..MEE KOLOK

Sementara kami makan, Fadhirol (driver kami) gi solat Jumaat dulu. Bagus kan..settle makan kami ke Muzium Kuching. Tapi kat sini mengecewakan jer..Rasanya kat sini lebih kepada pameran lukisan and hasil kreatif. Not real pasal sejarah kuching pun huhu. Lagipun Ezan pernah dtg kat sini dulu. Sj bawak mak n adik2 melawat ^_^ utk info Muzium Kuching kat Dewan Bandaraya Kuching Utara tau

Kemudian kami ke Dayang Salhah. Kat sini kami booking kek lapis siap2. Nnti datang collect masa nak fly balik nanti. Kat sini bestnyer korang boleh makan semua sample2 kek lapis. Sedap wei..sampai kenyang2 kitorang makan haha

Nie baru separuh k..ade satu lagi meja hehe

Dah melantak kek lapis barulah kami check in ke homestay kami. owner yg same utk transport kami. Siyes korang akan rs macam rumah sendiri. sangat selesa. Dapur lengkap, katil, tuala pun diorang bg..memang best lah :) tak jauh pun dari town. Dalam 10 minit plus jer kot

Lepas maghrib kami keluar makan kat Restoran Tom Yam (Lp dah nama rstoran tue)..bolehlah tapi terkena jugak huhu. Mahal giler wei. Maybe sebab kat Kuching tak banyak restoran Tom Yam hehe. Malam tue Ezan & adik2 lelaki wat keje gile g tengok cite GODZILLA lak. Buat macam tempat sendiri pulak hehe. Kitorang ambik tiket kul 10:30 malam. Yang bagusnya Fadhirol nie siap temankan kami pergi manalah tahu tiket habis kan. Bile dah dapat tiket baru die balik...itupun die dah siap deal dgn pakcik taxi utk ambil kami balik. Habis tengok movie, uncle taxi dah tggu kami pun..senang haha

End of Day 1