Showing posts with label Bercuti ke Kuching. Show all posts
Showing posts with label Bercuti ke Kuching. Show all posts

Friday, July 11, 2014

-::FaMily VacatIoN @ KucHinG 16-19 May 2014 (Last Day)::-

Fuh..hari nie marathon update blog haha. Gelak keji sangat...sebab malas nak bekerja yer. Hari nie plk suasana redup2 gitew. Mengantuk habis huhu

19 May 2014
Hari nie flight kami balik ke Kuala Lumpur kul 5.45 petang. Jadinya memang hari nie kami hnya nak ke Kampung Budaya & ambik kek kami kat Dayang Salhah jer.

Masa kami ke Kg Budaya..Hujan lebat sngt. Kami keluar2 dari persembahan tarian rakyat Sarawk memang dah hujan lebat. Lansung kami lunch kat situ jugak. sedap jugak makanan kat cafe Kg. Budaya. Oklah harge die. Kami tggu hujan reda sikit baru nak jalan lagi. Rugi wooo tak habiskan semua. RM60 tau masuk seorang.

(Info: Jangan terlepas Persembahan kebudayaan diadakan 2 kali sehari : 11:30 -12:15 tghari dan pukul 4:30-5:15 petang)

Usually klu masuk sini korang akan diberi pass/ passport. Tujuannyer supaya setiap kali korang masuk/ melawat ke rumah2 Sarawak nie bolehlah ambik cop yg disediakan. Tanda korang dah sampai situ kan ^_^ Ezan & adik2 Ezan gigih tue nak masuk situ hehe. Mls cite banyak meh layan gmbr.






 Opps...seksi U ^_^











Kuar dari Kg Budaya, kami cepat2 ke kedai Dayang Salhah ambik kek lapis yang kami dah tempah first day sampai Kuching hari tue. Sempat lagi tambah kek lapis lor. Dari situ rushing terus ke airport. Punyalah rushing kan tapi smpi airport rupanya flight kami delay sejam. Sementara tggu tue kami sempat makan, solat jama' siap.

Overall, Kuching best sngt. InsyaAllah ada rezeki boleh repeat lagi kan.

Good Bye Sarawak.

Till we meet again :)

End Journey to Sarawak

-::FaMily VacatIoN @ KucHinG 16-19 May 2014 (DaY 3)::-

Warh lama entry nie tertunggak huhu. Semuanya gara2 blog Ezan kn block lor. Pastu dengan tahap kemalasan yang sangat menebal pulak tue. ish..ish. (lempang skali huhuhu)

Sambung balik entry bercuti ke Sarawak nie. (Tak tahu ade lagi tak orang nak follow cite basi nie). Gambar2 pun tak sempat nak edit..bolehlah ek ^_^

18 May 2014
Hari nie kami pagi2 lagi dah gerak ke Semenggoh Wildlife Center (Pusat Penjagaan Orang Utan, Semenggoh) kenapa kami pergi pagi?? of coz lah sbb nak tengok Orang Utan yer ^_^ usually Orang Utan akan muncul pd waktu makan. Waktu makan diorang nie pada pukul 9-10 pagi and 3 - 3.30 petang. Jadi kalau korang nak datang make sure korang datang time makan k. Hari tue kami beruntung sangat dapat tgk orang Utan, especially the eldest female Orang Utan. Sayu pulak tengok Orang Utan nie. Nampak sgt die sayang kat anak die. Dah banyak berubah dari first time Ezan sampai sini dulu. Dulu2 kite akan dbawa masuk ke dalam hutan tue utk tengok orang utan nie. Skang dah tak boleh pun huhu. Tiket masuk pun murah jer RM5 per person. Wajib singgah sini tau. Kat dalam nie pun ade jugak mini zoo. boleh jugak klu nak jalan2 tngk binatang lain. so kesimpulannyer..Uolls kena datang sini k









Dari Semenggoh kami ke Jong's Crocodile Farm & Zoo. Tiket RM16 per person. Agak pricey tapi berbaloi korang. Ezan agaklah maybe sbb tempat ini individual (private) sebab tue mahal sikit kan. Best korang..sebab boleh tengok semua buaya2 live okey ^_^ siap ada persembahan lagi. Pun same, korang kena  datang time makan buaya2 nie. Sbb ada persembahan (boleh cakap persembahan ke ek) Sebenarnya kite tengok buaya2 nie makan jer. Tapi nak bg stunt sikit, staff2 sini dah gantung2 makanan2 buaya nie. Jadi uolls semua boleh nmpk buaya2 nie melompat  nk dapatkan makanan2 tue. reallll...Kat dalam Jong's nie jugak semua buaya2 dikumpul..ada yang korang nampak mcm tunggul kayu lama jer...tapi sebenarnya buayyyya...Tengkorang buaya senang pun ade huhu. Besar giler.....









Baru perasan hari nie dok nengok binatang jer haha..dari Jong's baru kami g makan n wat solat Jama' skali. senang hehe. Minta ampun Ezan mmg lupa lansung nama2 restoran2 nie. Semuanya driver kami yg bawak. Yup untungnye klu g dgn driver, tak yah nak pikir..100% die yg tentukan. (selalu pergi backpacker jer huhu)

Lepas dah kenyang kami ker Tugu Kuching. Kena lah singgah sini kan ^_^ kang org kata tak sampai Kuching pulak hehe. Masa nie tgh panas terik betul. Ambik gmbr pun bkn nampak paper. Silau haha. Gmbar cantik kat adik Ezan. Ezan gn phone jer nie


 Nie gmbr blkg Tugu Kuching hehe


(Gambar Tugu Kuching non-ado ^_^ kat kamera adik agaknyer)

Pastu ape lagi kami g melepak kat Waterfront. Again lor...shopping last kat Waterfront. Erm, adik2 lelaki Ezan dok sibuk beli gelang. Ezan sibuk cari baju T-Shirt nak balik jer. Mmg suka beli baju T-shirt konon2 wat hadiah sendiri.

Around kul 7 kami dah gerak ker TopSpot. Of coz lah nak makan seafood kan. Pun tempat wajib kena pergi ok. Korang kena try kat gerai no.25 Bukit Mata Seafood (Halal). Macam2 kitorang order..Ikan, ketam, udang, sayur, kerang...klu kat semenanjung mahu 200 lebih kot. tapi kitorang satu family baru RM150 lebih jerk...murah dan sedap. Sampai skang teringat2 lauk kat situ. Warh....nak g Kuching lagi......


(Masa nie pun separuh lagi tak sampai lor) ^_^

Ok..end of Day 3 Ezan kat Kuching. Tggu last entry di Kuching k

Da~~



Monday, June 16, 2014

-::FaMily VacatIoN @ KucHinG 16-19 May 2014 (DaY 2)::-

Episod bersambung cuti-cuti Malaysia di Sarawak ^_^

17 May 2014
Tempat pertama yg kami pergi hari ini ke Sarikin @ Pasar Sarikin. Sempadan Malaysia & Indonesia. Kebanyakan barang2 yang dijual pun mmg barang2 dari Indonesia pun mcm telekung, kain pasang, kain sulam. Brg2 lain pun ade jugak mcm buah2an, makanan, alas meja, kain batik sarawak etc. Tp kitorang tak beli sgt pun. Panas huhu...utk korang2 yg berhajat nak pergi sn make sure datang awl pagi sebab Pasar Sarikin nie betul2 di Garisan Khatulistiwa. Sebab itu panas sgt kat sini. Kul 9 panasnya dah macam tengahari. Kami cuma sempat membeli kain batik sarawak (corak Sarawak yg sgt cantik), baju (sbb nak pakai balik), buah2an..itu jer. Malas nak beli baju pasang sbb baju psg kat rumah ade bnyk lg tak hntr huhu.



Balik dari Sarikin kami singgah kat Fairy Cave (Gua Pari-Pari) . Ezan tak masuk pun, adik2 lelaki jer yang masuk (Malas nak panjat tangga hehe). Ezan dok sibuk ambik gmbr kat luar jer. Dari situ kami ke Wind Cave (Gua Angin). Best sangat kat sini. Masuk kena bayar RM1 kot, tapi disebabkan gelap sgt kat dlm tue korang boleh sewa torchlight RM3 kat kaunter pendaftaran. Ezan join adik2 lelaki masuk. Subhanallah cantik sgt kat dlm tue..Jangan risau kat dlm tue ade disediakan trail, insyaAllah tak sesat. Cuma kat dlm tue bnyk sgt kelawar, bau tahi kelawar pun mmg kuatlah hehe. Dah berpeluh2 kat dlm tue, Fadirol bwk kami g lunch. Pnyalah kebuloq hehe..lapar takdelah sgt, haus yg lebih :P
Dari lunch kami terus ke masjid wat solat jamak siap2.




Dah makan & solat semua kami bergerak ke Kilang Pasu Sarawak Yong Huat Heng. Korang boleh tengok macamane diorang wat pasu..Dari raw sampai siap. Klu berminat boleh jer try buat. Rsnya kena charge dlm RM10 kot. Klu berminat :) Tapi kami tak buat pun. Dari tempat buat pasu (raw) kami masuk ke kedai lah pulak. Bnyk wei pasu2 sarawak nie. Klu tak memikirkan naik kapal terbang pastu nak bawak balik agak susah, sure Ezan dah beli bnyk haha (Duit pun sgt penting ok)




Dari kilang pasu kami ke Kedai borong tikar Sarawak. Memang cantik rupanya tikar Sarawak ni. Bnyk gred tau. Nak yg halus atau tak. Dengar explanation dari owner tue sampai terlupa nak ambik gmbr. Kat sini pun kami tak beli aper2. Tapi kami ade ambik kad dr die..manalah tahu satu hari nnti leh ambik dari die. cantik wei...

Settle kat sini kat kedai borong tikar Sarawak, kami terus ke Waterfront. lepak2...ambik angin smbil dengar baskin. best wooo suara mamat Sarawak. Kitorang siap suh die masuk AF lagi tau haha. Dah bosan kat situ, Ezan bwk mak & adik2 ke Kg Boyan...menyeberang bot/ sampan Sarawak. Mak n adik2 takut naik sampan nie hehe..Padahal tak sampai 5 minit pun naik ^_^ ..RM1 jer setiap passenger. Lupa nak bgth kat Kg Boyan tue ada Foodcourt..korang boleh lepak2 sambil minum petang hehe..dari foodcourt tue boleh jalan kaki ke kedai kek lapis Dayang Salhah.



Last stop kami utk 2nd day kami ke Kubah Ria (Medan Niaga Satok). FYI, Pasar minggu Satok dah tak ade. Semuanya telah berpindah kat sini. Tapi kan, memang tak se best mcm Pasar Minggu Satok :( kami sempat beli ikan terubuk masin jer kat sini. Mak n adik perempuan dok sibuk nak shopping barang basah, nak masak kat umah. sebab kaki dah tak larat nak jalan dah. Ezan apa lagi pening kepala lah kan..



Sampai umah, tak sempat wat aper..terus ttdo. Kesian mak masak sensorang. Bangun2 semua mak dah siapkan hehe.


End of Day 2