Tuesday, May 23, 2017

-::Medina's development so far::-

Masih bercerita pasal anak..
blog ni memang dah kena spam dengan cerita Medina je lah yer :)

well..Medina sekarang dah 7 bulan 22 hari (waktu Ezan type this entry) specific date kan. Kate masih lagi sindrom mak-mak kan haha. Tapi siyeslah kan, memang sekejap sangat..cepat sangat Medina membesar. rindu nak cium bau baby2 nie #sukabaubaby haha

Alhamdulillah, Medina dah start makan bubur nasi. Penerimaan dia..alhamdulillah, dia boleh terima. so no more puree2, sebab Ezan dah start buat bubur nasi no salt. Ezan letak carrot sikit, daun celery, kentang and ayam utk bagi perasa. Ezan still kena blend semua kecuali ayam, sebab takut pulak nak bagi die makanan yang pejal lagi. So yes utk 7 month nie, Ezan memang dah start bagi blend bubur.

Pekembangan die..huhu now dah lasak sangat. Kena monitor selalu. merangkak ke depan belakang semua dah laju dah. Duduk masih goyang2 lagi. Now dah pandai berdiri sendiri. Kalau dia nampak dinding, kepala katil, sofa..laju jer die berdiri. Risau jer takut die jatuh huhu.

Membebel..dah pandai. Banyak nak bercakap..tapi ibu dan ayah tak paham Medina. Sebab awak masih guna bahasa alien lagi hehe

Nak tidur, nak pakai baju..semua macam nak berperang jer haha. mengamuk2..kalau kita paksa tidur nanti mengamuk+menangis sekuat hati lah dia. Memang kena tunggu betul2 die mengantuk. Pakai baju pulak tak boleh lambat, kalau tak menangis lah die..bukan sikit2 tau :)

Oh hari tue, first time bawak Medina pegi wedding cousin sebelah hubby. Sangat behave yer Medina..suka die tengok orang kot. Dah pernah jugak bawak balik Kuala Terengganu, alhamdulillah dalam kereta pun ok jer..

Sekarang bila tengok orang pregnant, dapat bayi...u know how it's feel. Rasa rindu nak lalui semua2 tu...Macam baru jer Ezan lalui semua tu. Now Medina dah 7 bulan lebih dah..rasa semalam wei haha. Actually masa yang terindah adalah time pregnant lah wei..u don't bother what people talk about your body size haha...asyik makan..makan dan makan. En hubby pun layankan jer..

now dah mood nak puasa pulak, so perangai emak2 nie sibuk nak cari baju raya pulak..(puasa pun belum dah sibuk cari baju raya  haha) nanti kita cerita pasal cari baju raya pulak yer :)


#duaorangkesayanganibu :)











1 comment:

Fukusyima Azmira Fesal said...

Lama tak menjenguk. Izan ada baby dah ye. Congrats. Comel sangat Medina. :)