Friday, February 28, 2014

-::Day 1 Bercuti Ke Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong Episode 2::-

Sambungan daripada SINI k

Kami sampai di Kowloon/ Hung Hom station dalam kul 4.30pm. Dari jauh kami dah nampak travel agent. Betul2 sebelah kaunter customer services. Mula-mula kitorang just survey jer tiket untuk ke The Peak, Madame Tussauds, Disneyland kat sini. Mula2 eksyen tak nak beli terus walaupun dah dapat tiket murah hehe. Lepas survey harga tiket, kitorang terus beli octopus card HKD 150. Jangan risau, if tak habis guna korang boleh change back to Cash nanti. Cuma kena charge HKD 9 jer. Rupa card nie ala-ala macam TnG kite jer

Hong Kong MTR Map, Jenuh wei study Map Metro nie ^_^

Dari Hung Hom kami naik Metro ke East Tsim Sha Tsui (West Rail Line) untuk ke Nathan Road. Hotel kami dalam Chungkin Mansion. Kami duduk kat Safari Guesthouse. Block C. Sampai jer di East Tsim Sha Tsui korang terus exit arah ke Nathan Road. Memang dah dekat sangat dengan Chungkin Mansion.

Safari Guest House nie just enough untuk bagpacker. Dalam Chungkin Mansion nie memang banyak guesthouse untuk bagpacker. Rate dalam RM150-200 semalam. Paling murah hookey..korang boleh survey sendiri kat Agoda, Booking.com untuk rate hotel kat Hong Kong. Semua nyer mahal2 belaka huhu. Untuk sekadar nak tido, bolehlah. Tapi siyes memang kecik wei..Untuk kami berdua alhamdulillah. Kami dapat bilik utk 3 orang, dapatlah luas sikit. Mungkin rezeki kami ^_^

Sampai jer di hotel kami terus mandi (selepas seharian tak mandi), solat Jamak siap2, makan (which menu utamanya nasi+telur rebus, serunding, kari ayam dlm tin) sedap wooo. korang tengok menu kitorang mesti dah tahu sebab aper beg kitorang dah berat dr awl kan :P

Ok, first stop kitorang malam nie nak ke The Peak (naik Peak Tram) and Madame Tussauds. Untuk pergi ke The Peak, korang kena naik Metro from stesen Tsim Sha Tsui (Line merah 'Tsuen Wan Line') and stop kat stesen Central. Dari sini korang jalan kaki ikut signboard utk ke The Peak. Dah namanya The Peak, so memang korang kena banyak berjalan untuk sampai kat sini. Jauh jugak lah..ada dalam 20 minit lebih kot. Sampai jer, korang boleh beli tiket. Usually diorang ada buat promotion naik 2x Tram (return)+ tiket masuk ke Madame Tussauds. Kitorang dapat HKD 250 per person. Masa nie menyesal sungguh rasa tak beli kat Travel agent siang tadi huhu. Masa nak beratur naik Tram pun jenuh jugak. Ramai pulak orang, tapi jangan rsau Tram nie kira cepat jugak, tak lama pun tunggu. Lagipun boleh sumbat ramai2 hehe. Best giler naik malam2, boleh tengok seluruh Hong Kong waktu malam, lampu2.

1st stop before sampai ke The Peak, korang akan jmpa this landmark. 
Sorry gambar blur sikit sbb ms nie angin kuat betul ^_^

Purpose ambik gambar nie sebab nak tunjukkan harga tiket :)

Sampai kat Madame Tussauds, bermulalah aktiviti meng'gedik' ambik gambar ^_^ . Banyak giler patung lilin artis2 kat dalam nie. Dari artis Hong Kong, Hollywood, personality (icon), sport man, Cartoon (Ionman, Spiderman & banyak lagi lah). Tak larat nak ambik gmbr semua...mana yang best (mana yng kenal jer) jer hehe. Inilah hasilnya yer....




& paling best sekali

Hehe..bukan main kan bergambar. Banyak lagi wei gmbar2 kat dalam nie. Ezan tunjukkan yang nie jer lah ^_^ (padahal over exposed)

Lupa plak nak bgth, kalau korang berminat nak tengok full Hong Kong kat The Peak 360, korang kena beli tiket lagi kat atas nie. Ezan tak beli pun, sebab malam tue berkabus so rasa macam rugi jer beli tiket utk tengok kan (or sebenarnya kedekut hehe)

Kat atas nie sempat jugak kami beli FM, keychain sikit2. Tak berani nak beli bnyk, sebab memang plan nak gi Ladies market pulak mlm esok, sure lagi murah kot hehe. Puas bergambar kami turun balik naik Tram sampai ke bawah.

Gambar dalam tram ambik pun. orang ramai giler wei hehe

Dari sini, Terus balik hotel and tido hehe.

Next episode lagi best..tunggu :)

2 comments:

Jari Manis said...

The Peak mmg BEST kalau ke HK tak pegi the PEAK mmg tak lengkap kan Ezan :-)

Nurulaizanhusin said...

yes correct dear :)

wajib kena pegi hehe
klu tak tak lengkap ar klu g HK