Tuesday, December 31, 2013

-::SeLaMat TiNggAL 2013::-

Hari terakhir di tahun 2013 ^_^ sekejap jer rasa tahun nie meninggalkan kita kan.

Terlampau banyak kenangan Ezan di tahun 2013 nie..suka, duka. Pernah hampir2 'tersungkur' dek kerana perasaan. Allah Maha besar..Allah maha mengetahui segalanya. Segala perkara baik dan buruk.

"Bersyukurlah, sesungguhnya, jika hari ini kita merasakan sesuatu perkara itu buruk, boleh jadi di masa hadapan sesuatu yg buruk itu barangkali adalah yang terbaik utk kalian"

Alhamdulillah, syukur kepada kurniaanNYA..untuk semua kebahagiaan, kasih sayang, kejayaan yang telah diberi. Ezan bersyukur kerana dipertemukan dengan insan2 yang menyayangi diri ini. Terima kasih sahabat..Untuk suami, semoga kasih sayang ini akan berkekalan hingga ke Jannah..^_^

Utk emak, adik2, keluarga mertua yang sentiasa di sisi, yang sudi menemani...Terima Kasih kalian.

Tahun nie jugak, Ezan diberi peluang mempunyai anak buah yang sangat comel..penyeri untuk kami sekeluarga. Semoga Afif membesar menjadi anak yang soleh.

Master hubby jugak dah nak habis..InsyaAllah bulan 6 tahun depan :) Ezan jadi supporter dari jauh...Semoga kejayaan sentiasa di sisi B. amiin

Sejak 3 bulan lepas, Ezan bersama Group Risk. Alhamdulillah, kawan2 opis dapat terima diri Ezan :) and paling best diorang semua sekepala hehe.

Ye betul, tidak semua perkara Ezan sharekan di blog ini. Biarlah sesetengah perkara, Ezan simpan untuk kenangan Ezan sendiri..Ezan harap kawan2 paham k :)

Alhamdulillah utk semuanya..

Ahlan Wa Sahlan 2014..semoga kebahagiaan sentiasa bersama diri ini, hubby and utk semua yang menyayangi diri ini..dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki..dan semoga Ezan & hubby diberi kebahagiaan menjadi ibu & ayah buat zuriat2 kami nanti

^_^


Good Bye 2013...
Welcome 2014

-::ToMaZ ShoeS::-

Actually nie sambungan dari last week event yer ^_^

Korang pernah dengar Tomaz Shoes
Ezan pun baru jer tahu pasal Tomaz shoes nie
semuannya angkara my bro yang nak sangat beli leather shoes kat Tomaz Shoes nie..korang sure tahu punya lah..kasut ala-ala 'Wak Doyok"..macam kat bawah nie

Jenuh betul..Mula2 kami ke IOI Mall Puchong..sebab Tomaz shoes ada bukak booth, tapi my bro tak jumpa pulak kasut yang die cari. Then kitorang terus google search HQ utk Tomaz Shoes..nasib baik cuma dekat Taipan USJ jer..so kami straight ke situ.

Besar jugak outlet dekat USJ nie. Rambang jugak mata :P Ezan yang pada mulanya nak meneman my bro, terus tersangkut jugak beli kasut kat sini hehe..terus sambar 2 pasang hehe. Murah wei...2 pasang, Ezan boleh dapat RM78 jer hehe..bolehlah buat kasut jenjalan kan :)

Nie kasut yang Ezan dapat ^_^



Yer..kaki Ezan mmg panjang + besar hehe.. Tapi kasut merah pink tue chomel kan. Rasa cam princess pulak (perasan) 

So kengkawan kalau nak tahu pasal Tomaz Shoes, korang boleh click link nie Tomaz Shoes. And i would suggest u all pergi terus jer ke HQ Outlet kat Taipan USJ (Sebelah CIMB Bank) ..lagi rambang mata tau.

Ok Chow :P

Monday, December 30, 2013

-::SePuPu KawIn + Jalan2 @ Melaka::-

Fuh....Hectic week dari Jumaat till Ahad lepas ^_^

Sepupu kawin kat Melaka, but i'm not joining during the Nikah day, keje wei, hari Jumaat plak tue...so Ezan join utk Majlis bersanding jer. Balik keje Friday, macam lipas kudung Ezan bersiap..Sebab malam tue plan nak kena gerak gi Melaka.. Kami (with my bro) bergerak dari Putra Height dalam kul 11 malam and sampai rumah makcik di Cheng dalam 12 lebih kot (jalan clear jer bile waktu malam). Before tido, sempat lagi layan running man, padahal mata rs dah tak boleh nak bukak dah haha

Sabtu 28 Dec, Majlis bersanding sepupu Ezan, Epul..Nama wife die, tak hingat lansung haha. Meriah sangat. Orang Melaka punya preparation kira meriah jugak :P Macam2 ado..Photo booth, dessert booth, karaoke & games..layan jugaklah hehe. erm, pelamin dioramg pun sgt cantik, sweet sgt :) Meh tgk gmbr sepupu Ezan kawin






Ok, itu baru gambar pengantin kan, meh tengok gambar dayang2 pulak haha (nak jugak interprem)








Balik dari kenduri kawin Epul, kami berjalan ke Bandar Hilir pulak. Yes, with my baju kurung tue yer..malas nak tukar2 baju. Tapi korang, jalan kat Melaka jammm giler hookey. nasib baik bwk, sepupu Ezan yang tggl  kt Melaka nie, bolehlah die jadi tour guide + GPS bergerak..

Mula2, kami pekena Cendol sedap kat bandar Hilir nie. Korang mesti kena try tau..booth kecik jer, tapi orang beratur nak makan kat situ..cendol special with aiskrim. Memang terbaik !!!! ada mcm2 flavour..candol durian, pulut, jagung etc.


Kali nie kitorang cuma berjalan kat tepi sungai Melaka jer..ambik2 gambar. Tempat2 lain dah banyak kali pergi kot hehe. Dalam kul 7 kitorang g naik River Cruise pulak (which ini pun dah kali ke-3) and sambung makan ikan bakar di Kampung Alai pulak. without stop smpi kul 12 huhu. Balik rumah makcik and bersiap sikit2, kami gerak balik ke Putra Height. Mak terus balik ke Batang Kali. Ahad ada event lain pulak. Nanti Ezan share k, tak larat nak taip pulak :)




and last tuan rumah nak iterprem sikit hehe



Wednesday, December 18, 2013

-::Big bAd wOLF 2013::

(Entry lame, yang baru nak publish hehe)

Sangat teruja Big Bad Wolf 2013 kali ini
Sebab iolls..pergi sampai 2 kali tau ^_^ itu kira terujalah kan (Agaknya, kalau pergi tiap2 hari kite panggil apa ek haha)

Big Bad Wolf kali nie, Ezan pergi dengan kawan2 jer. Kalau En Hubby ada, sure ajak die :)  and yang most memorable lah sangat2, tahun nie Ezan pergi dari malam sampai ke pagi yer kengkawan. First time pergi (10 Dec) kami sampai kul 10.30 malam sampai pukul 3 pagi. 2nd time (13 Dec) pergi dari kul 2 pagi sampai 4 pagi. Tapi korang walaupun tgh malam sampai ke pagi, tapi orang ramai giler kot. Masa tue baru terasa orang Malaysia nie rajin2 membaca rupanya (or suka beli buku2 murah) hehe. Tak kisahlah apa alasan pun kan, tapi its show a positive way kan. Ezan tengok ada jugak family yang bawak anak2 diorang. Oklah kan, untuk menanam minat membaca kan.

Me as usual, kononnya banyak membeli buku- buku self help nie (which i don't know bila boleh katam semua buku) plus adalah2 beli buku novel sikit..sikit jer tau :P (sebab beli yang dulu pun tak habis baca hehe)

Pada kawan2 yang tak tahu, Big Bad Wolf ini adalah Jualan buku (mostly English book) yang sangat murah, discount up to 75% -95%. So kat sini boleh dapat buku start from RM1 tau. Even hard cover pun you still can get cheap price. Serious wei. Semua buku ada kat sini, from children book, self help, fiction, non-fiction, cooking, travel, automotive, etc. Kiranya satu family boleh shopping buku kat sini je lah ^_^

Oklah, jom layan gambar that day, korang mesti tak percaya ini waktu pagi tau :P








Oh sebenarnya nak share dengan kawan2, buku2 yang Ezan beli. Gambar dalam tab lah pulak. Lain kali k :) Gambar ni pun sumbangan ikhlas dari Airin. terima kasih ek Airin hehe.

Update hasil tangkapan utk Big Bad Wold 2013





Ok Da ~~

Monday, December 09, 2013

-::HepI bEsDaY uTK eN. huBbY::-

Selamat Hari Lahir utk En B sayer ^_^
Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberkati Allah dalam segala pekerjaan..amin

Syg sayang B dunia akhirat



Terima Kasih Ya Allah..Kehadiran En B, adalah kurniaan yang terbaik dan terindah untuk diri ini

Semoga kasih sayang ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah

(mode: Jiwang geli geleman)

Friday, December 06, 2013

-::BiG BaD wOLF 2013::-


Ezan nak pergi kat BBW nie
Tapi tahun nie tak de sapa nak bawak huhu
selalu pergi dgn kawan2..
tahun nie semua sibuk pulak 

Tahun nie buat kat MIECC @ The Mines
Rasanya dah 2-3 tahun buat kat sini
sebelum tue kat Serdang
The best part
this event is non-stop
24 HOURS
kengkawan boleh click this link
siyes best 
buku2 semua murah2
kalau kat luar harga RM60-70
you can get RM10 at BBW ^_^

warh
I loikeee

Sapa nak temankan Ezan nie 
huhu

Wednesday, December 04, 2013

-::KeNduRI AkiKah aFiF IrSYAduDDiN::-


Me with Afif ^_^

Masa cuti Deepavali (3/11/2013) yang lepas, my sis buat kenduri akikah untuk anak die
Afif Irsyaduddin
Anak buah Ezan yang pertama
Kehadiran yang sgt dinanti buat kami sekeluarga
Alhamdulillah..buat penyeri
InsyaAllah, dengan izin Allah, satu hari nanti anak Ezan pulak kan
Amin...

Since Afif nie cucu sulung
lelaki pulak tue, preparation utk kenduri akikah Afif nie kira 'sibuk' jugak
dari mencari kambing (2 ekor kambing)
buaian berendoi - Sekarang buaian berendoi pun macam sewa pelamin tau..
khemah - nie penting, sbb karang jemputan nak makan kat mana pulak kan
marhaban - Nasib baik, sebab mak memang ahli marhaban. Panggil kumpulan mak jer hehe
tukang masak - Pun nasib baik jugak, menggunakan khidmat Pakcik & makcik Ezan jer

uish rasa macam kenduri kawin pulak :) baru jer tahun lepas buat kenduri kawin utk emaknya. Alhamdulillah, tahun nie rezeki utk kenduri Afif pulak kan.

Family Ezan jugak decide utk buat kenduri tahlil arwah Abah selepas Zohor. Jadinya kenduri nie dari Pagi sampai ke Petang. memang penat giler. Pagi buat marhaban + akikah, Makan tengahari, kenduri tahlil, makan tengahari utk jemputan kenduri pulak.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. meriah habis hehe. Menu kami hari tue Kari kambing, ayam goreng rempah, acar jelatah, gulai lemak nangka, bubur kacang, kuih muih, limau sunkist. Ramai yang puji kari kambing sgt sedap, daging sgt lembut and tak berbau lansung.  Alhamdulillah..mula2 kami ingtkan lauk kari kambing tak habis, almaklumlah 2 ekor kan. Tapi rupanya licin ^_^...syukur. Nasi pun sampai habis. Kami masak lagi 2 periuk besar utk topup...Terima kasih kepada tukang2 masak i.e Mak Lang, Mak De, Mak Uda, Pak Uda, Mak Ngah, Mak Long, K'Zah & suami...terima kasih banyak2. Air tangan anda sgt sedap tau :P

Jom layan gambar Kenduri Akikah Afif ^_^


















hehe
gambar Mak Long mestilah special...kat atas sekali kan
ooo BTW Afif kena panggil Ezan, Umi tau :)

Da~~~~

Assalamualaikum