Tempat ke-3 kami
Pasaraya Big C
Ini tak termasuk dalam plan kami sebenarnya. Saje kami
singgah disini. Plan nak ke Cable Car. Kebetulan masa kami pegi nie, Cable Car
tutup pulak.. kami kat sini Rehat2 sementara menunggu ke Floating Market. Big C
macam Tesco kita kat Malaysia nie. Besar jugak. Tak jauh dari Floating Market.
Dalam 10 minit dah sampai ke Floating Market..
Floating Market
Pukul 2.30 petang kami bergerak ke Floating Market. Sebelum
kami sampai ke Floating Market, kita akan jumpa gerai2 di sepanjang jalan. Pastu
Kita kena menyeberang jambatan sebelum sampai ke Floating Market (FM). FM nie
dibuka pukul 4 petang sampai malam tau. Kawan2 kena datang awal tau. Boleh
dapat tempat duduk. Lagipun kat sini, kebanyakkan peniaga dah sampai awal pun.
Memang berbaloi2 tau datang sini.
Kat sini kena cuba SomTam diorang, air dalam buluh or bekas2
tanah yang sgt cute mute, jelly, kueh. Korang kena try semua makanan tau. Ezan
rs kebanyakkan peniaga kat sini Muslim. InsyaAllah Halal J
Atas Floating Market nie ada jugak kedai2 jualan. Ada jual
T-shirt Hatyai, kasut2, souvenier2 Thailand. Erm, Kawan2 boleh beli T-shirt
Hatyai (I love Thailand) kat sini. Murah klu nak dibandingkan kat town Hatyai.
Menyesal Ezan tak beli kat sini. Ingatkan kat sini lagi mahal.
Lame kami kat sini. Rasanya sampai kul 6 lebih. Nasib baik
Tuk-tuk kami memang sabar menunggu kami hehe. Kami terus balik hotel dari sini.
Aktiviti malam kami??? Kena tunggu next episode k
Jom layan gambar kami
Kite jumpa next entry k. Night Market Hatyai
No comments:
Post a Comment