Wednesday, July 03, 2013

-::bERcUTi hATyaI..D bEgInNiNg::-

Shah Alam - Hatyai
Kami bergerak ke Hatyai menaiki bas Konsortium pukul 10:30 malam. Best woo naik bas nie. Sangat selesa, luas. & paling best ada pramugara tau untuk bagi selimut. Hehe..actually memang betul tau, diorang ada sediakan selimut. Cuma tak cukup wei..still sejuk giler
(pramugara : sila read as assistant driver)

Bas akan singgah di Pudu untuk ambil penumpang lain. Kiranya bergerak dari KL – Hatyai pukul 12 lah jugak. Sepanjang jalan, Ezan tak dapat nak tidur sangat pun, sejuk sangat huhu (walaupun sebenarnya dah pakai sweater, stoking, selimut)

Changlun
Sebelum sampai Hatyai, bas akan berhenti di Changlun. Kami sampai kat sini pukul 5:15 pagi. Dekat sini driver akan minta passport. Don’t worry pihak Konsortium akan uruskan untuk border pass. Kite semua relax jer. Dekat sejam jugak kat sini. Pada sapa2 nak minum, tukar duit..semua ada kat sini. Money Changer dibuka dari pukul 5 pagi tau.

Imigresen Malaysia & Thailand
Dari Changlun ke imigresen Kayu Hitam ambil masa sejam. Ramai wei, ada setengah jam jugak kat sini. Dari imigeresen Malaysia – ke Imigeresen Thailand dalam 10 minit. Macam biasa bile sampai imigresen Thailand we all kena turun bawak beg sekali tau. Kat Malaysia lenggang kangkung bawak passport jer.

Dari imigresen Thailand ke pekan Hatyai, ada dalam sejam jugak. Sempat tertido jugak kat sini haha.

Hatyai
Sampai di Pekan Hatyai, bas akan berhenti betul2 depan Konsortium ofis. Kat sini we all beli tiket balik ke S.Alam. Cuma tiket balik ke S.Alam Cuma ada pagi jer. Jadi kami ambil balik tiket terus ke Klang, pukul 6 petang (waktu Thailand)

(note: Thailand lewat sejam dari Malaysia)

No comments: