Sambungan from last episode..Jgn muntah darah pulak baca
travelog Ezan nie k
Selesai beli tiket, kami breakfast kat Hamid Restaurant. Penuh orang Malaysia jer dalam nie. Makanan
Sedap jugak..tapi harga die boleh tahan wei. Nasi Goreng RM7 tau/ 70THB. Air
coffee..RM3. Breakfast utk sorang RM10 hengget tau..Hari2 mau bangkrap nie hehe
Settle makan, kami cari hotel pulak. Color Hotel. Adui..berpusing2 kami cari hotel nie. Tanya orang
pun tak tahu. Masalah orang Thai nie, diorang tak pandai English hookey. Kalau
nasib baik, boleh jumpa orang Thai yang pandai cakap melayu sikit2. Tapi
English mmg out diorang nie. At last kitorang Tanya driver Tuk-tuk sebab dah
tak larat berpusing2 kat dalam Pekan Hatyai. Rasanya dah puas kami tawaf haha.
Kebetulan driver Tuk-tuk nie boleh ckp melayu sikit-sikit.
& die tahu pulak hotel nie. Mmg jauh sikit dr kawasan central Hatyai (area
Lee Garden hotel). Kami terima jer, sebab dh beli tru Agoda. Kami dapat RM90
semalam. Boleh lah ek. Selesai urusan check-in kami terus masuk, mandi, bersiap
utk keluar pulak. Pasal hotel nie, nanti Ezan wat entry khas untuk review k
Ice Dome Hatyai
Kami book Tuk-tuk 800THB untuk perjalan kami hari tue. Itupun
setelah adegan pujuk memujuk berlaku yer. Dari 1500THB, kami dapat 800THB
huhu..
Tempat pertama, kami ke Ice Dome. Serius best wei..jangan
tak pergi hookey. Ticket masuk 300THB. Tapi berbaloi. Macam2 ada dalam nie,
semuanya dibuat dari Ice. Sebelum masuk korang akan diberi jacket & glove. Itupun
tak cukup lagi..sejuk giler dalam tue huhu. Recommended utk korang masuk k.
Jangan lupa beli souvenier kat luar. Kami beli gambar yang diorang ambik tue. saju buat kenang2an
Jom
layan gambar dulu
Tempat Kedua kami..
Chang Puak Camp ..
Kat sini, kiranya tempat untuk Kem gajah2 lah kengkawan.
Kat sini jugak, u all boleh ‘menunggang gajah’ eh..eh betul
ke word nie ek. Lantaklah lah kan haha. Kat sini jugak u all boleh ambik gambar
dengan gajah , macam kami lah tue haha. Disebabkan percutian kali nie adalah
berkonsepkan budget jadi kami takdelah naik gajah tue. Lagipun masa kami kat
sini, memang tengahari buta yer. Memang tak sanggup lah naik..Tapi rasa cam
rugi pulak kan tak naik. Erm takpelah maybe next time hehehe. Tunggu makcik
Kayo dulu haha
Erm, recommended jugak utk pegi yer :)
Meh layan gambar dulu
Erm, panjang pulak entry. kite sambung next episod lah k. Tunggu.....
No comments:
Post a Comment