Wednesday, July 31, 2013

-::mUhASaBaH dIRi::-

Kadang-kadang kite selalu bertanya, kenapa segala dugaan ini hanya untuk kite. Kenapa mereka yang lain bahagia, gembira
& kenapa hanya kita

Percayalah, Hanya Allah yang tahu segalanya
Allah yang menentukan segalanya
& Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik utk kita kan

Jadi bergembiralah dengan semua kurniaan yang Allah berikan
Jangan menilai kebahagiaan orang dari kedudukannya
boleh jadi die juga dirundung duka di dalam hatinya

Setiap manusia tidak pernah terlepas dari segala dugaan

Walaupun perkara yang berlaku sekarang kita rasakan yang terburuk dalam hidup kita
Suatu hari nanti, kita akan bersyukur dengan nikmat dugaan itu

So, sahabat semua..
bergembiralah
sentiasa yakin yang Allah itu Maha Adil
Maha mengetahui atas segalanya
kerna
DIA yang lebih tahu...

:)

Monday, July 22, 2013

-::IsU PaNaS kt OfIs..BONUS::-

Hari nie genap 13 ramadhan 1434H
Sekejap jer ek..bila dah hampir 15 puasa, rasa makin laju pulak ramadhan tinggalkan kita
bagi parent..bila semakin dekat syawal, banyak pulak persiapan yang harus dibuat
Baju raya semestinya..
rasanya, kalau setakat duit gaji mungkin tak mencukupi untuk buat persiapan syawal
jadi kebanyakkan orang memang ternanti-nanti pengumuman bonus nie
:)
Ezan tak terkecuali
Walaupun belum diberi kesempatan utk menjadi ibu
tapi rasanya persiapan syawal tak kurang banyak dr yang bekeluarga besar

Erm, isu panas kat ofis nie, sejak dari awal ramadhan lagi
BONUS...'
rasanya semua orang ternanti2 pengumuman dari 'orang2 besar' nie
banyak keperluan yang dapat dibeli dari duit bonus nie
Ezan sendiri pun
duit bonus nie jugak dapat bantu utk raya
& kebetulan kereta pulak, banyak pulak yang kena ditukar
insurans+roadtax
:(

Adoiii
really hope duit bonus kali nie berbaloi2
walaupun Ezan sendiri tak pasti
berapa? bile masuknya?
rumours???
macam2 Ezan dengar

Malas dah nak dengar lagi
tawakal
InsyaAllah
rezeki tu ada utk kite

Amiin

Wednesday, July 17, 2013

-::MaCaM-MacAm JAdI LEr PULoK::-

Adei
kesabaran sangat diperlukan di bulan puasa nie
Macam-macam jadi
Hari nie datang lewat lagi
jam giler kat highway Elite tadi
Walaupun keluar macam biasa jer
Bulan nie 3 kali lewat, semuanya sebab JAMMMMMMM...


Malam tadi pulak
salah letak password sim phone
so handphone kena block
kena letak balik No. PUK
so sampai pagi nie, handphone masih tak dapat di buka
:(

Ya Allah berikan aku kekuatan, kesabaran
di bulan yang Mulia ini

Tersentuh hati melihat budak kecil ini berdoa

Wednesday, July 10, 2013

-::aHLAN wA-sAHLAN yA rAMAdHan::-

Alhamdulillah
Hari pertama ramadhan tahun 2013 nie
Rasa baru sgt tinggalkan ramadhan yang lepas
Alhamdulillah..kali ini berjumpa lagi
Semoga tahun ini, adalah tahun yang terbaik
InsyaAllah

Semoga diberi kekuatan, kesihatan
untuk diri ini menunaikan tanggung jawab sebagai hambaMu
mencari keredhaan
mencari Lailatul Qadar
mencari syurgaMu
Ya Allah

Amin

Friday, July 05, 2013

-::LePaK @ LEe gARdEn pLAZA hATYAi::-

huh

panjang betul entry jalan-jalan cari makan Hatyai nie huhu

Balik dari jalan2 kat Santisuk and YongDae market, kami terus ke hotel. Berkemas untuk check out. Ingtkan dapat check-out lewat tapi kena bayar pulak. Jimat punya pasal kami kuar jugak on time hehe

Kami naik tuk-tuk dari hotel ke Konsortium opis. tak larat nak jalan dah. Lagipun berat dok heret bag :) Sampai Konsortium opis kami tumpang letak beg. Don't worry dijamin tak hilang because memang ramai yang letak kat situ. Walaupun opis kecik jer tapi lengkap. Ada toilet (boleh mandi), surau & tempat menunggu.

Kami berjalan2 kat shopping complex area Pekan Hatyai nie sampai lah Lee garden Plaza. best woo rupanya dalam nie :) harga?? lebih kurang same jer dengan Malaysia. Cuma yang best kat dalam nie because of suasana, design kat dalam nie. Kami...mcm biasa ambik gambar je lah hehe.

Lepas bergambar, kami lepak kat McD sementara menunggu tiket bas balik kami. Rasanya ada sejam lebih jugak kami lepak sn. Oh ya, McD sini tak halal ek. Kami pun makan fillet ikan jer..










cukuplah kot entry pasal Hatyai. jenuh dah menaip nie. kite cite psal lain pulak yer..

-::2nd DaY JourNey @ HatyaI::-

2nd day @ Hatyai

Salma  Restaurant

Pagi nie kami breakfast di Salma Restaurant. Actually Salma restaurant nie dekat jer dengan Hamit Restaurant. Saje nak try tempat lain pulak. Landmark untuk Salma Restaurant, rest. Nie kat corner jalan & ada traffic light skali dalam restaurant die J

Review utk makanan…bagi Ezan, Hamit Restaurant punya makanan lagi sedap compared dgn Salma. Yes, harga makanan di Salma lagi murah. Tapi lain tekak, lain rasa kan..so korang boleh try jugak makanan kat sini

Salma restaurant nie kecik sikit compared dengan Hamit Restaurant. Jadinya kalau penuh, kite kenalah tunggu kat luar. Dalam restaurant sgtlah kecik..

Sj nak cite dengan u all kan..erm, masa kami tgh tunggu untuk meja kosong, ada satu family nie (of coz lah Malaysia kan) selamba jer masuk. Pastu siap berdiri2 depan guest yang tgh makan2 tue..takde adab betul kan. Kesian kitorang tengok family yang tgh makan tue. Mestilah u all tak selesa kan, ada orang
tggu u all makan.. besides family yang berdiri nie agak tidak beradap sebab bukannyer diorang tak Nampak kami tunggu luar nie…buat malu orang Malaysia and orang Melayu hokeee..

Santisuk & YongDae Market

Habis breakfast, kami meneruskan perjalanan ker Santisuk and YongDae Market. Actually adalah gerai2 ditepi2 jalan and depan shop lot. Sepanjang kaki lima tue u all akan jumpa gerai2 jual segala jajan, kacang, tshirt, buah2an, senjata (pisau, pistol pun ada jugak) dannnnnnnnnnnnnnnnn segala CD, DVD lu$@#..berleluasa okey. Alat mainan s%6s pun senang jer dapat. Malu makcik nengoknya huhuhu


Oh kt sini jugak ada jugak gerai2 jual sutera Thailand..erm, kalau korang berminat boleh beli. Ezan n kengkawan tak beli pun. Kacang2 botak yang mcm2 perisa pun ada. Tapi Ezan suggest u all beli kat dalam shopping complex jer lagi murah. Kalau kat gerai2 diorang jual RM5-5.50. Kami beli kat dalam shoping complex. Dapatlah RM4 lebih jer









Puas shopping kitorang terus balik hotel, berkemas nak check-out pulak. Lepas nie ada jalan lagi. tunggu next episod k

Thursday, July 04, 2013

-::HatyAI nIGhT mARkEt..mUST go::-

Erm, sambungan episode yang lepas huhu

Balik dr Floating Market, kami terus balik hotel. Tidur smpi tak ingat dunia lah, kepenatan. Sedar2 dah kul 8 lebih dah. Bersiap ala kadar jer, kami berjalan kaki ke Hatyai Night Market (HNM). HNM nie ‘berpusat’ di Lee Garden Plaza, sepanjang jalan ke Lee Garden Plaza, memang ada banyak gerai2 jualan. Ada jual T-shirt Hatyai, souvenier, makanan, beg, buah2an & etc

Best woo..mesti kena pergi tau. Tapi, ramainya manusia..majoritinya pelancong Malaysia ler huhu. Rasanya orang Thailand Cuma peniaga2 jer. Kat sini korang mesti kena try pulut mangga and pulut durian diorang. Marveles wei..Wajib kena try. Pastu, beli Nasi lemak & the tarik Hatyai..pun sedap jugak. Ada banyak lagi makanan yang u all boleh try. Cuma kat sini kebanyakkan nyer dah fixed harga. Peniaga2 nie pun dah cerdik dah..kalau korang boleh dapat diskaun lagi memang hebat ar..kitorang pun hampir2 bergaduh jer dgn peniaga2 nie.

Baju T-shirt Hatyai..sangatlah mahal ok. Ikut saiz. Klu saiz L & XL boleh cecah RM18 sehelai. Saiz S & M RM12..adui menyesal tak beli masa kat Floating Market. Lebih murah tau huhu
Rasanya semua lorong pasar malam tue kami masuk. Dari plan nak beli makanan, kami Berjaya menghabiskan duit beli beg, baju, jajan…

Tapi really worth it..


Must Go






-::MAkaN-mAkAN @ FLoATiNG mARkET::-

Tempat ke-3 kami

Pasaraya Big C

Ini tak termasuk dalam plan kami sebenarnya. Saje kami singgah disini. Plan nak ke Cable Car. Kebetulan masa kami pegi nie, Cable Car tutup pulak.. kami kat sini Rehat2 sementara menunggu ke Floating Market. Big C macam Tesco kita kat Malaysia nie. Besar jugak. Tak jauh dari Floating Market. Dalam 10 minit dah sampai ke Floating Market..

Floating Market

Pukul 2.30 petang kami bergerak ke Floating Market. Sebelum kami sampai ke Floating Market, kita akan jumpa gerai2 di sepanjang jalan. Pastu Kita kena menyeberang jambatan sebelum sampai ke Floating Market (FM). FM nie dibuka pukul 4 petang sampai malam tau. Kawan2 kena datang awal tau. Boleh dapat tempat duduk. Lagipun kat sini, kebanyakkan peniaga dah sampai awal pun. Memang berbaloi2 tau datang sini.

Kat sini kena cuba SomTam diorang, air dalam buluh or bekas2 tanah yang sgt cute mute, jelly, kueh. Korang kena try semua makanan tau. Ezan rs kebanyakkan peniaga kat sini Muslim. InsyaAllah Halal J
Atas Floating Market nie ada jugak kedai2 jualan. Ada jual T-shirt Hatyai, kasut2, souvenier2 Thailand. Erm, Kawan2 boleh beli T-shirt Hatyai (I love Thailand) kat sini. Murah klu nak dibandingkan kat town Hatyai. Menyesal Ezan tak beli kat sini. Ingatkan kat sini lagi mahal.

Lame kami kat sini. Rasanya sampai kul 6 lebih. Nasib baik Tuk-tuk kami memang sabar menunggu kami hehe. Kami terus balik hotel dari sini. Aktiviti malam kami??? Kena tunggu next episode k

Jom layan gambar kami








Kite jumpa next entry k. Night Market Hatyai

Wednesday, July 03, 2013

-::JournEY BEgiN, 1sT dAY tRIP hATyAI::-

Journey begin
Sambungan from last episode..Jgn muntah darah pulak baca travelog Ezan nie k

Selesai beli tiket, kami breakfast kat Hamid Restaurant. Penuh orang Malaysia jer dalam nie. Makanan Sedap jugak..tapi harga die boleh tahan wei. Nasi Goreng RM7 tau/ 70THB. Air coffee..RM3. Breakfast utk sorang RM10 hengget tau..Hari2 mau bangkrap nie hehe

Settle makan, kami cari hotel pulak. Color Hotel. Adui..berpusing2 kami cari hotel nie. Tanya orang pun tak tahu. Masalah orang Thai nie, diorang tak pandai English hookey. Kalau nasib baik, boleh jumpa orang Thai yang pandai cakap melayu sikit2. Tapi English mmg out diorang nie. At last kitorang Tanya driver Tuk-tuk sebab dah tak larat berpusing2 kat dalam Pekan Hatyai. Rasanya dah puas kami tawaf haha.
Kebetulan driver Tuk-tuk nie boleh ckp melayu sikit-sikit. & die tahu pulak hotel nie. Mmg jauh sikit dr kawasan central Hatyai (area Lee Garden hotel). Kami terima jer, sebab dh beli tru Agoda. Kami dapat RM90 semalam. Boleh lah ek. Selesai urusan check-in kami terus masuk, mandi, bersiap utk keluar pulak. Pasal hotel nie, nanti Ezan wat entry khas untuk review k

Ice Dome Hatyai
Kami book Tuk-tuk 800THB untuk perjalan kami hari tue. Itupun setelah adegan pujuk memujuk berlaku yer. Dari 1500THB, kami dapat 800THB huhu..

Tempat pertama, kami ke Ice Dome. Serius best wei..jangan tak pergi hookey. Ticket masuk 300THB. Tapi berbaloi. Macam2 ada dalam nie, semuanya dibuat dari Ice. Sebelum masuk korang akan diberi jacket & glove. Itupun tak cukup lagi..sejuk giler dalam tue huhu. Recommended utk korang masuk k.

Jangan lupa beli souvenier kat luar. Kami beli gambar yang diorang ambik tue. saju buat kenang2an

Jom layan gambar dulu







Tempat Kedua kami..

Chang Puak Camp ..

Kat sini, kiranya tempat untuk Kem gajah2 lah kengkawan.

Kat sini jugak, u all boleh ‘menunggang gajah’ eh..eh betul ke word nie ek. Lantaklah lah kan haha. Kat sini jugak u all boleh ambik gambar dengan gajah , macam kami lah tue haha. Disebabkan percutian kali nie adalah berkonsepkan budget jadi kami takdelah naik gajah tue. Lagipun masa kami kat sini, memang tengahari buta yer. Memang tak sanggup lah naik..Tapi rasa cam rugi pulak kan tak naik. Erm takpelah maybe next time hehehe. Tunggu makcik Kayo dulu haha

Erm, recommended jugak utk pegi yer :)


Meh layan gambar dulu






Erm, panjang pulak entry. kite sambung next episod lah k. Tunggu.....

-::bERcUTi hATyaI..D bEgInNiNg::-

Shah Alam - Hatyai
Kami bergerak ke Hatyai menaiki bas Konsortium pukul 10:30 malam. Best woo naik bas nie. Sangat selesa, luas. & paling best ada pramugara tau untuk bagi selimut. Hehe..actually memang betul tau, diorang ada sediakan selimut. Cuma tak cukup wei..still sejuk giler
(pramugara : sila read as assistant driver)

Bas akan singgah di Pudu untuk ambil penumpang lain. Kiranya bergerak dari KL – Hatyai pukul 12 lah jugak. Sepanjang jalan, Ezan tak dapat nak tidur sangat pun, sejuk sangat huhu (walaupun sebenarnya dah pakai sweater, stoking, selimut)

Changlun
Sebelum sampai Hatyai, bas akan berhenti di Changlun. Kami sampai kat sini pukul 5:15 pagi. Dekat sini driver akan minta passport. Don’t worry pihak Konsortium akan uruskan untuk border pass. Kite semua relax jer. Dekat sejam jugak kat sini. Pada sapa2 nak minum, tukar duit..semua ada kat sini. Money Changer dibuka dari pukul 5 pagi tau.

Imigresen Malaysia & Thailand
Dari Changlun ke imigresen Kayu Hitam ambil masa sejam. Ramai wei, ada setengah jam jugak kat sini. Dari imigeresen Malaysia – ke Imigeresen Thailand dalam 10 minit. Macam biasa bile sampai imigresen Thailand we all kena turun bawak beg sekali tau. Kat Malaysia lenggang kangkung bawak passport jer.

Dari imigresen Thailand ke pekan Hatyai, ada dalam sejam jugak. Sempat tertido jugak kat sini haha.

Hatyai
Sampai di Pekan Hatyai, bas akan berhenti betul2 depan Konsortium ofis. Kat sini we all beli tiket balik ke S.Alam. Cuma tiket balik ke S.Alam Cuma ada pagi jer. Jadi kami ambil balik tiket terus ke Klang, pukul 6 petang (waktu Thailand)

(note: Thailand lewat sejam dari Malaysia)

Monday, July 01, 2013

-::boN vOyAgE To LUvLY bOss::-

last Friday, we all kat opis buat sambutan meraikan birthday & last day utk Pn Zau. even sambutan meriah sgt, tapi sebenarnya semua orang sedih. Pn. Zau very good person, humble, caring dgn all staff..
Ezan sendiri, banyak sangat kenangan bekerja dgn Pn Zau..7 tahun bekerja, walaupun bertukar2 bos, but dengan Pn Zau yang paling  best. Siyess..terasa sgt kehilangan die.








Untuk Pn Zau

Terima kasih untuk segala nasihat, tunjuk ajar kepada saya selama ini
Hanya Allah yang dapat membalasnya
Sayang Pn Zau
Muah...muah :)