Tuesday, March 01, 2016

-::Another Challenging Year...Sayonara Proton::-

(Entry ini tiada niat untuk menunjuk, sebagai rujukan, ingatan kenangan di ms hadapan..minta maaf jika ada yang terasa)

Tiba2 feeling2 nak update something pulak hari nie ^_^ . Actually nak cerita pasal date hari nie 1st March 2016. Yelah, mungkin bagi orang lain hari nie biasa je. Tapi bagi Ezan sendiri, hari nie sangat2 bermakna.

Korang...hari nie sebenarnya genap 10 tahun Ezan bekerja dengan Proton. Alhamdulillah, selama 10 tahun ni, kat sini lah tempat Ezan mencari rezeki. Belum konvo lagi Ezan dah bekerja dengan Proton. 1st March 2006. Ezan ingat lagi proses interview Ezan bermula daripada bulan Dec'15 lagi (1st interview) and 2nd interview pada bulan Feb'06. Ye memang lama proses interview di Proton tetapi sangat2 berbaloi. Rasa bersyukur sangat2 bila Ezan ditawarkan kerja di Proton. Ezan ditawarkan sebagai Executive Trainee masa tu (sebab zaman gawat) . Kami sebagai Executive Trainee diberikan kontrak selama 2 tahun sahaja. Proton hanya akan mengambil kami sebagai Executive (Permanent) jikalau kami lulus peperiksaan IQ Test. Alhamdulillah, Ezan antara yang lulus dan terus ditawarkan sebagai Executive. Memang ada kawan2 yang tidak berjaya diorang terus berhenti dari Proton (sebab dah tahu kontrak cuma 2 sahaja). Yup, I still believe Proton have their own reasons for doing this. Alhamdulillah, memang sudah ditakdirkan rezeki Ezan bersama Proton.

So start my journey with Proton. Pahit, manis, suka, duka bersama . Banyak sangat yang Ezan belajar. & untill now Ezan still belajar. Sepanjang 10 tahun di sini, Ezan sempat bersama 3 division di Proton. Alhamdulillah, Ezan dipertemukan dgn bos2 yang baik hati, kwn2...Dari single sampailah berkahwin. Dengan duit gaji Proton juga Ezan berjaya beli kereta, rumah and paling penting dengan gaji di Proton Ezan dapat bagi duit bulanan kat mak. Betul kata orang tua, duit yang kita beri kepada parent kita memang berkat. Walaupun gaji kita tak sebesar mana, tapi alhamdulillah masih cukup hingga ke akhir bulan. Ye kadang2 ada ms sesak, tapi masih ada rezeki di hujung2 bulan.

Kami di Proton turut didedahkan dengan ilmu agama. Setiap bulan akan diadakan ceramah agama. Sepanjang bulan puasa pula setiap hari akan diadakan ceramah pada waktu lunch. Begitu juga hari2 keagamaan..Maulidur rasul, nisfu sya'ban, awal muharram & hari2 kebesaran Islam. Sebelum memulakan kerja juga akan ada seorang yang akan membacakan doa.

Ye, kadang2 sedih dengar, baca komen2 kat media2 sosial pasal Proton. Diorang lupa agaknya apa yang diorang kata tu melibatkan beberapa ribu pekerja2 & majoriti nya Islam. Ye mmg tidak dinafikan ada kerosakan kecil/ besar pada kereta2 Proton. Tapi tidak semua..& bukan sahaja Proton, other manufacturers too. Pengalaman kawan2, adik beradik, sedara mara sendiri yang memiliki kereta jenama lain.Tapi bila melibatkan Proton, semua macam melompat utk berkata2. Pengalaman Ezan sendiri, memiliki & memandu kereta Proton selama 9 tahun. Proton Gen. 2. Alhamdulillah, kereta Ezan tidak pernah ada major problem. Percayalah as long uolls service mengikut masa, menggunakan parts (original)..insyaAllah kereta korang akan ok. Dan sampai sekarang Ezan masih menggunakan kereta Ezan.

Cuma, setelah 10 tahun bersama Proton sudah sampai masanya Ezan mencari pengalaman baru for my career development & future benefit. Just the right time for me to 'walk out' fr. Proton. Yup, my last date working with Proton is on 16th March 2016 (after 10 years and 16 days). After 10 years mencari ilmu, manabur bakti di sini. Terima kasih Proton...InsyaAllah, Ezan yakin sangat satu hari nanti Proton akan berjaya. I'm not going to other car manufacturer/ automotive but to other sector. Totally different from what i'm doing now.

Mungkin itu saja cara utk Ezan buktikan 'sayang' Ezan with Proton.

InsyaAllah, there will be a 'glory' time for Proton.

I still believe..

Terima Kasih Proton.

2 comments:

Anonymous said...

Serious! Bestlah baca.blog ni esp part u bercuti... thanks for info & all the tips..btw semoga u akn lebih success d tempat baru... zue

MyShima said...

Hi assalam..
bleh dptkan contact you utk brtanya pasal trip ke Jepun 2016.