Kami check out pukul 10 pagi. Kami minta kebenaran dari receptionist utk tinggal barang kat hotel. Malas kami nak angkut beg gedabak besar tu hehe. Lagipun hari nie banyak jugak plan kami.
Sebelum kuar hotel sempat kami ambik gmbr hotel. Mana lah tahu ada sapa2 yang nak duduk hotel nie. senang cari nanti hehe. Ok 1st stop kami adalah ke Shinjuku Gyoen National Garden (SGNG) Tokyo Largest Most Popular Park. Memang cantik sngt taman nie. Sambil jalan2 hirup udara segar korang boleh juga berhenti ambik gambar. Memang banyak sangat port utk korang ambik gambar. Ni kalau musim sakura/ cheery blossom memang penuh orang.. Orang2 Jepun nie suka berkelah bawah pokok2 sakura ni. Masa kami pergi ni tak ramai orang..dah hujung autumn pun, sejuk banget..sesekali bile angin tiup, mahu menggigil ko. memang cantik sangat utk. Disebabkan taman nie besar sangat, banyak jugak kami buat jalan shortcut sendiri haha. penat wei kalau nak pusing 1 taman. Lagipun nak kena kejar masa kan.
(hehe,, gigih nak ambik gmbr pokok. Yg kat atas tu pulak saki baki bunga sakura kot)
Ok, dari sini kami terus ke Harajuku pulak. Tujuan kami nak ke Takeshita Street Kat sini memang happening. Kalau nak tengok fashion street remaja jepun, memang kena singgah. Kat sini jugak korang kena try Creepe jugak tau. Memang sedap..Tapi nasihat Ezan, korang jangan tamak pulak, creepe nie portion besar tau. Boleh share jer. Baju2 hipster pun bersepah ok kat sini...kasut2 but2 cantik pun banyak. Dekat sini jugak, Ezan beli coklat kit kat pelbagai perisa. Betul2 selepas korang lalu signboard/arch pintu utama Takeshita Street. Kedai farmasi sebelah kiri. Memang murah tau...Kat sini pun ada Daiso besar (3-4 tingkat). Kalau nak shopping souvenier boleh jugak. Tapi ada logo Daiso lah hehe. Ezan beli jugak chopstik chomel2 buat kenangan (entah2 ada kat Daiso Malaysia). Takpelah yg penting niat tu kan. Nak bagi souvenier kat orang ^_^
Teringat2 creepe nie. Bila lah lagi dapat rasa huhu
Dah habis melantak kami ke Odaiba pulak. Haruslah kena singgah sini kan. Misi nak ambik gambar kat Robot Gundam besar, Statue Liberty and Rainbow Bridge. Masa kami sampai kat sini hari dah gelap pun (dalam pukul 4 lebih). Masa ni pun kaki dah lenguh habis huhu). Tapi misi kena settlekan jugak kan. Kami heret jugak kaki. Alhamdulillah tercapai jugak impian haha
Mission accomplished haha. Puas hati Den ^_^. Actually klu ikut plan kami nak singgah ke Ginza. Saja jalan2 kan. Tapi masa dah suntuk sangat pulak. Dari Odaiba kami terus patah balik ke Hotel Kuramae untuk ambik balik beg gedabak kami dan terus ke airport. Kami naik Subway je..mudah & senang.
straight to Haneda Airport |
-From Kuramae station take Toei Asakusa Line (station A17) and straight to Sengakuji station (A7) |
-From Sengakuji station take Keikyu Main line to Haneda International Airport |
Alhamdulillah. dipermudahkan perjalanan. Kami terus ke airport. Flight kami pukul 11.45 malam. Ezan nak ingatkan kwn2 kalau boleh datanglah awal kat airport tau. Sebab kat sini sgt cerewet. Sgt leceh. Staff airasia yg jg kaunter (mostly org Jepun) nie sgt tegas ok. Die akan check luggage korang. Muatan beg. Beg yang naik atas pun diorang akan tgk jugak. Diorang akan makesure muatan tak lebih 7kg. Satu lagi Q untuk check in memang ramai...masa tu lah baru kita jumpa ramai pulak orang melayu dtg sama masa dengan kita. Tapi sepanjang Ezan jalan2 kat jepun nie boleh dikira berapa kali je jumpa orang melayu hehe. Masa Ezan pergi hari tue ada satu family nie muatan diorang dah lebih. Staff airasia ni suruh diorang bukak beg and kurangkan muatan. kesian & malu diorang...semua nmpk kot. Terpaksalah diorang bukak beb & agih2kan dekat anak beranak...jenuh wei. Nasihat Ezan tak payahlah kedekut nak beli luggage kat bawah tu. Untuk keselamatan jugak...jgn pentingkan diri.
Satu lagi, kat airport haneda nie mmg susah nak dapat makanan halal. Memang ada disediakan makanan berasaskan seafood. Kalau yakin, bolehlah makan. Ezan tak makan pun. Kitorang beli sushi jer. Sambil2 tu kami shopping sikit kat airport ni. habiskan duit syiling jepun hehe. Bawak balik pun bukan boleh tukar kat Malaysia pun..Kalau nak simpan buat kenangan pun ambik 1-2 jelah kan
Last sekali, nak share toilet Bidet kat Jepun (orang lain share, Ezan pun nak share jugak lah haha)
Habis sudah travelogue bagpacker Ezan & sahabat kat Tokyo nie. Nanti kalau rajin Ezan share lagi tip2 sepanjang kat Jepun nie k. hotel and perbelanjaan kami kat Jepun. Siapa kata mahal...tak mahal wei :) kalau korang bagpacker lah kan.
Nanti Ezan cite pergi Sabah pulak ek.. Jalan2 dengan family pulak.
No comments:
Post a Comment