Thursday, December 29, 2016

-::Journey of AJ Junior::-

 This is entry yg dah lama duduk kat Draft..Hari nie br nak keluar :)
..........................................................................................................................

Alhamdulillah, akhirnya hari nie tiba jua. This is considered a formal announcement of MY PREGNANCY =) alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana telah menghadiahkan Ezan & Hubby satu precious present, zuriat in my tummy and soon insyaAllah we will meet him or her...Nikmat kesabaran yang tidak ternilai.Ye hanya mereka yang merasai sahaja akan mengerti perasaan Ezan & hubby.

It is already 5 months now ...alhamdulillah..syukur

Journey of Aizan Jaafar Junior (AJ Junior) =)

Rezeki berganda Ezan untuk tahun ni (2016). Awal bulan January yg lepas, Ezan mendapat offer untuk bekerja di tempat baru dan dihujung bulan February 2016, Ezan disahkan pregnant which already 8 weeks in my tummy. Allah, besar sungguh nikmat yang Allah berikan pada Ezan & hubby. Memang betullah kata orang...rezeki baby.

How it started...

Gambar yang Ezan ambil bersama ofismate membuka segalanya. Kebetulan opismate post picture yg kami ambil di IG and another friend/ opismate yang kebetulan tengah berpantang said that my face look like I'm pregnant. which masa tu i tak tahu pun.

Kebetulan masa dekat ofis, Ezan rasa lesu sangat. Asyik nak tidur jer. Rasa tak sedap badan sangat. Boleh kata hari2 Ezan akan tidur di ofis sekejap untuk hilangkan mengantuk.

& really the 'big' sign iyelah, Ezan punya period pun  tak teratur dari bulan 1 sampailah ke bulan 2. Not like my normal period. Mula2 Ezan ingatkan Ezan terlampau penat sangat sebab dari bulan 11 2015 Ezan tak berhenti2 berjalan (Jepun - Terengganu - Sabah - Johor) tambahan pulak banyak keje ofis yang perlu diselesaikan before my notice period end March. En Hubby pun suruh Ezan check dengan Doc.

Atas nasihat Hubby, kawan2 ofis (specifically K'Emi)..22 February 2016, Ezan pergi berjumpa Doc (Klinik Noor Hajar) nak minta her consultation. Mula2 Doc minta Ezan buat urine test and Doc terus buat scan (selepas Ezan bercerita panjang lebar dgn dia). Thats the beginning for everything..Masa mula2 scan perut Ezan tak nampak apa2 (or maybe i'm too blur)..tapi lepas doc check tru 'bawah' ...it show everything....You can see the 'kantung' and something inside =) and even the heartbeat. Subhanallah...pertama kali dalam hidup Ezan..and in my tummy. Rasa nak menangis sangat masa tu. Hanya Allah yg tahu perasaan Ezan. Dalam hati tak putus2 Ezan bersyukur..

Doc bagi ubat untuk kuatkan rahim, acid folic and obimin.

Keluar dari klinik terus bgtahu En Hubby...Dia pun terkejut+ happy..alhamdulillah, besar sungguh nikmat yg Allah berikan kepada kami berdua. 7 tahun penantian kami..Ya Allah indah sungguh pernantian kesabaran kami. Benar janji Allah itu pasti. Hanya Allah yang tahu waktu & masa yang sesuai yg Allah akan berikan kepada kita.

Buat kawan2 yang masih menantikan kehadiran zuriat..InsyaAllah, dan jangan putus berharap kepada Allah SWT. Teruskan berdoa kepadaNYA. Ezan juga turut berdoa kamu semua juga akan diberikan nikmat sepertimana yg Ezan rasakan sekarang. Amiin...

This is picture of AJ Junior (8 weeks)



No comments: