Tuesday, August 25, 2015

-::Info tentang Jepun/Tokyo Part 1::-

(Entry ini akan sentiasa berupdate yer ^_^)

Assalamualaikum..selamat pagi korang2 semua. Ezan doakan korang sihat, insyaAllah..
Pagi lagi dah singgah sini..hari nie free sikit, so bolehlah mengular jap haha

Errrm, insyaAllah lagi 2 bulan lagi trip Ezan ke Jepun/ Tokyo. Tahun nie, selain bercuti dalam negara, ini satu jer trip over the sea Ezan. Itupun booked tiket nie awal tahun hari tu. Pergi pun tak dapat lame. Cuti non-adooo hehe (tapi sibuk nak berjalan) . So untuk trip kali nie cuma 6 hari 5 malam jer sob...sob sedih. tak dapat nak round bnyk tempat.

berapa harga tiket Ezan dapat??? RM 935..mahal ke? Tapi nie dah inclusive luggage pergi n balik. Balik kitorang ambik 25 kg each (RM99). Harga luggage berbeza tau utk Airasia & Airasia X. Airasia X mahal sikit huhu.. Masa pergi jer kitorang share utk 25 kg (share). Harga tiket without luggage cuma RM786 jer :)

Ok, meh nak share apa yg Ezan dah prepare untuk ke Tokyo nie. Nie Ezan dah prepare sejak dari bulan 2 lagi.. Basic information yg kite kena tahu.

(Peringatan: Info ini adalah hasil terjahan2 kat blog2 lain, saya belum sampai lagi di Jepun yer ^_^, InsyaAllah will update dengan pengalaman sendiri lepas balik dr jepun nnti k)

1. Di Jepun ada 4 musim (Untuk Asian countries, hanya Korea & Jepun mengalami 4 musim nie)

Jepun bermula dengan musim panas (sekitar bulan June)

Picture ehsan: En Google :)

Kemudian Musim Luruh (sekitar akhir September hingga November). 
InsyaAllah masa Ezan pergi nanti Ezan akan jumpa Autumn season nie. Based on review dari blogger2 lain yang pernah sampai sini, Autumn season nie sangat cantik. Masa nie kita akan nampak daun2 pokok berwarna kekuningan kemerahan. Dan yang paling Ezan teruja, Waktu Autumn season nie adalah waktu terbaik untuk lihat Mt. Fuji secara jelas. Tak semua orang berpeluang lihat Mt. Fuji tau..selalunya dilitupi kabus jer. Hanya Autum and Winter season adalah waktu yang terbaik. Melawat kt Mt. Fuji memang termasuk dari itinerary Ezan nanti....wahhhhh tak sabarnyer

Picture ehsan: Mr. Google
Subhanallah...cantiknyer


Diikuti oleh musim sejuk/ Winter (bermula bulan Disember)
Time nie pun adalah waktu yang best utk datang melancong ke Jepun. Untuk sesiapa yg nak tgk salji bolehlah datang time season winter nie. Snow akan turun di penghujung januari. Waktu winter ini juga Mt. Fuji juga akan jelas kelihatan. Subhanallah....

Picture ehsan: Mr. Google


Musim terakhir di Jepun..Musim Bunga
Untuk sahabat2 yang nak lihat bunga sakura, bolehlah datang ketika musim bunga nie. Pokok sakura akan mula merimbun sekitar bulan April. Tapi perlu diingat pohon sakura nie tak lama yer..cuma sekitar 3 minggu jer. Selepas itu semua pokok akan berwarna hijau dan bermula semula musim panas di Jepun :)


Picture Ehsan: Mr. google

2. Weather forecast 
Ok now Ezan dah tahu, waktu Ezan pergi nanti adalah Autumn season. Ezan pergi nanti dah nak penghujung musim luruh nie. Waktu nie Jepun dah nak start musim sejuk jugak nie. Klu ikut weather forecast


korang boleh check weather forecast kat SINI
Cer korang tengok suhu kat Tokyo nie. Suhu dah start drop dari Mid November tau huhu..Suhu nie lebih kurang masa Ezan pergi Hong Kong & China tahun lepas. Sejuk weiii...klu pergi waktu winter sure lagi sejuk. suhu drop to minus 1

3. Waktu Solat di Tokyo
Pergi mana pun, solat jgn lupa k (Pesanan utk diri sendiri jugak nie). Komen dari blogger2 yang pernah sampai, Jepun/ Tokyo sangat menghormati orang muslim. Semua airport di jepun ada sediakn surau utk solat. Alhamdulillah..


Korang boleh check waktu solat kat SINI k
FYI, beza waktu Jepun & Malaysia 1 jam jer tau. So tak yah nak risau betul2 kan jam k. Cumanya, bila waktu musim sejuk, waktu solat awal. Sebab gelap awal kan. Jangan terlajak pulak k :)

4. Pengangkutan di Tokyo
Nie part paling mencabar yang paling kite semua kena study before sampai ke sana. Cer korang sistem Tokyo Metro subway nie. Berselirat kan hehe. Ezan mula2 dulu pun pening kepala jugak nak belajar map subway diorang nie. Tapi alhamdulillah pengalaman semasa di Hong Kong & China bnyk sangat membantu. Yang penting korang kena tahu, nama tempat yang korang plan nak pergi, Lepas tu korang kn tahu jugak station subway yang paling dekat. Pening ek..

Satu lagi korang kena tahu..Selain Metro Subway nie, ada jugak pengangkutan lain..Contohnya Private rail/ JR Rail (yang warna kelabu) and JR Yamanote Line. Memang kena tahu betul2 cara nak baca map diorang nie hehe.


Gambar lagi clear korang boleh download dari SINI
Kat Jepun diorang sediakan card utk kita naik all the transportation kat sana. Nie ala-ala card TnG lah klu kat Malaysia nie. Boleh topup2 everyday. Machine top up ada di setiap station. Card nie mmg untuk traveller2 lah (short term period in Japan) ..Boleh beli card SUICA Card or PASMO card. Jangan risau if ada balance masa kite nak pulangkan kad, diorang akan pulangkan balik balance card. Rupa card cam kat bawah nie



Lagi info pasal Pasmo card cthnye kat mana nak beli, cara2 nak topup, penggunaan & etc korang boleh klink SINI

Ok, next entry kite cite pasal penginapan k


2 comments:

Jari Manis said...

murah tu harga tiket yg Ezan dapat!!! argh nak repeat Jepun....nak repeat...ohh...duit di mana ko duit

kiranya ni trip Autumn lah eh Ezan?

yes...susah nk nampak mount fuji dgn jelas...nasib JM baik kerana dapat lihat dgn jelas semasa trip on Spring season

wahh...ezan...well prepared tu...enjoy your holiday nanti

Nurulaizanhusin said...

Thanks dear JM yg cantik manis :)

lame jugak wat preparation nie..habis katam baca blog2 org. termasuklah blog JM tu hehe
hopefully dapatlah Ezan tgk Mt. Fuji tu cam JM jgk

thanks sis