Tuesday, September 15, 2015

-::Info tentang Jepun Part 2::-

Hari nie nak share tentang hotel pulak.
(Peringatan..ini adalah plan bagi yg bagpacker tau, pada sesiapa yg terlebih duit boleh jer duduk hotel 5 star) ^_^

Sekali lagi perlu diingat ini adalah hasil pembacaan Ezan di blog2 orang lain. InsyaAllah pengalaman sendiri akan diberitahu selepas balik dr Jepun nanti yer                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
Rasanya semua dah tahu kan..Ada banyak web yg boleh kita terjah untuk dapatkan hotel2 budget nie..korang boleh try survey utk harga murah kat Agoda , Booking.com , Trivago & Airbnb . Actually ada banyak lagi web2 utk dapatkan hotel2 dengan harga murah kan. Apa yg Ezan listkan nie, memang yg biasa Ezan gunakan :)

Ok back to cerita Jepun Ezan kan.. Untuk trip bagpacker Ezan nanti, kitorang akan stay di 3 hotel yg berlainan mengikut program itinerary kami nanti. Meh Ezan share hotel2 kitorang sepanjang di Jepun nanti.

1. Grand Park Hotel Panex Tokyo
Price : RM278 per night
Booking: Agoda
Stay: 1 Malam sahaja

Kenapa kitorang pilih hotel nie?? Ini adalah hotel pertama yg kitorang akan stay selepas sampai di airport Haneda nanti. Berdekatan dengan Kamata Railway Station. InsyaAllah, kitorang akan sampai di Haneda airport malam (10.30 malam). Memandangkan kami tidak mahu mengambil risiko pilih hotel yg jauh (seperti di Shinjuku) kerana kebanyakkan train habis awal, jadi kami memilih hotel nie (berdekatan dengan airport) . Untuk ke hotel nie, kami akan menaiki bus sahaja. Bas yg terakhir pada pukul 12.30 malam. Tiket berharga Y280 atau RM9 sahaja.



Korang hanya perlu menunggu turun ke 1/F dan tunggu di Platform 11. Tiket boleh dibeli di dalam bus yer kawan2.

Perlu diingat yer kawan2. Berdasarkan bacaan di blog2 mereka yg pernah sampai lewat dan stay di hotel yg jauh, mereka terpaksa menggunakan teksi dengan tambang RM600  untuk 30 minit perjalanan sahaja huhu.

Sampai sahaja di Kamata Railway Station, jalan straight and belok ke kanan. Dari jauh akan nmpk hotel nie.

(thanks info kepada kak Nori Ropongi di blog beliau http://touchdowntokyo.blogspot.my/  terima kasih kak ^_^)


2. Koe House (Lake Kawaguchiko)
Price : RM178.24 per night
Booking: Agoda
Stay: 1 Malam sahaja

Ok..nie hotel kedua kami. Untuk hari yg kedua :) Untuk hari kedua kami akan pergi Hakone untuk melihat Mt. Fuji. Mengikut perancangan kami akan Hakone, Gotemba Premium Outlet dan ke Kawaguchiko Station. Actually Koe House nie cuma 5 minit perjalanan dari Kawaguchiko station. Kami memang memilih untuk stay di hotel yg berdekatan dengan Kawaguchiko station sebab keesokkan harinya kami akan menaiki highway bus di Kawaguchiko station untuk pulang ke Shinjuku. Kali nie pilih bilik style bilik Jepun tau (Guna Tatami) .





Nampak cam best kan. Boleh nampak Mt. Fuji dari Koe House and Kawaguchiko station tu. Ezan berdoa sangat hopefully dapatlah kitorang jumpa Mt. Fuji nanti hehe.

3. Hotel Kuramae 
Price : RM211.28 per night (total : RM633.84)
Booking: Agoda
Stay: 3 Malam 

Ok, nie hotel yg terakhir kitorang akan stay sepanjang di Tokyo. 3 malam kitorang duduk sini. Sebab pilih hotel nie, of coz sebab sangat dekat subway station. hotel nie cuma 1-3 minit perjalanan ke Kuramae Station. Asakusa Line (Exit A0). Kat tepi2 hotel nie jugak banyak kedai 24 hours tau (Convenient Store) . Nak bergerak2 kemana2 pun senang nanti hehe.

Ezan baca review jugak, Hotel Kuramae ada bagi Yukata utk kita pakai...iolls tak sabar nak try :) poyo jer kan..Diorang bagi utk pakai tido jer pun haha.

So total lost untuk hotel sepanjang di Tokyo nanti RM1090. Bahagi utk 2 orang so dalam RM 545 (6 hari 5 malam) kami di Tokyo nanti.

Mahal ke idok....

Mungkin mahal dan mungkin juga murah. Tapi percayalah korang, Ezan pilih hotel2 nie semua utk bagpacker tau..Dah habis budget punya haha


3 comments:

Nori Roppongi said...

Assalamualaikum,

Amboi bukan main lagi berkobar2 nak pi Jepun yer.

Di Kawaguchiko kalau awak nak explore area di situ boleh ajer beli pass utk menaiki retro bus http://bus-en.fujikyu.co.jp/heritage-tour/detail/id/1/
Bu nih akan stop di beberapa tempat2 menarik di situ.

Kalau nak ganas sikit lagi awak boleh cuba pi sampai ke 5th station Mount Fuji. Awak boleh try half day tour atau full day tour. http://mtfujitour.com/

Apa pun, akak nasihatkan awak pi Kawaguchiko ini awal pagi dari Tokyo, letak bag di hotel dan explore banyak tempat di situ. Sedaq tak sedaq masa berlalu punya cepat. Takut tak ter-cover semua tempat yg nak pi.

Dan bila nak balik awak boleh request hotel untuk booking tiket bus balik ke Tokyo dari Kawaguchiko Station. Nanti dorang akan call utk reservation. Kemudian pihak hotel akan tulis nama awak & masa utk bertolak (in Japanese) dan bila sampai di station awak pi ke counter dan tunjukkan booking yg telah dibuat. Akak dulu pi dorang buat camnih kerana takut tiket bus pada waktu yg kita nak balik tu kehabisan.

Nurulaizanhusin said...

Waalaikumsalam kak,

Terima kasih kak, bnyk info akak bagi ^_^ sy akan ambik wat peringatan. Penting nie...blogger tegar ke jepun yang bagi nie hehe

Itu lah, klu ikutkan memang nak sumbat smua plan nak g tempat best2 dlm itinerary nie. InsyaAllah sy akan follow advise akak

again, terima kasih kak

post card said...

flight deals
www.bangkokcheapsflights.com