Monday, June 16, 2014

-::FaMily VacatIoN @ KucHinG 16-19 May 2014 (DaY 2)::-

Episod bersambung cuti-cuti Malaysia di Sarawak ^_^

17 May 2014
Tempat pertama yg kami pergi hari ini ke Sarikin @ Pasar Sarikin. Sempadan Malaysia & Indonesia. Kebanyakan barang2 yang dijual pun mmg barang2 dari Indonesia pun mcm telekung, kain pasang, kain sulam. Brg2 lain pun ade jugak mcm buah2an, makanan, alas meja, kain batik sarawak etc. Tp kitorang tak beli sgt pun. Panas huhu...utk korang2 yg berhajat nak pergi sn make sure datang awl pagi sebab Pasar Sarikin nie betul2 di Garisan Khatulistiwa. Sebab itu panas sgt kat sini. Kul 9 panasnya dah macam tengahari. Kami cuma sempat membeli kain batik sarawak (corak Sarawak yg sgt cantik), baju (sbb nak pakai balik), buah2an..itu jer. Malas nak beli baju pasang sbb baju psg kat rumah ade bnyk lg tak hntr huhu.



Balik dari Sarikin kami singgah kat Fairy Cave (Gua Pari-Pari) . Ezan tak masuk pun, adik2 lelaki jer yang masuk (Malas nak panjat tangga hehe). Ezan dok sibuk ambik gmbr kat luar jer. Dari situ kami ke Wind Cave (Gua Angin). Best sangat kat sini. Masuk kena bayar RM1 kot, tapi disebabkan gelap sgt kat dlm tue korang boleh sewa torchlight RM3 kat kaunter pendaftaran. Ezan join adik2 lelaki masuk. Subhanallah cantik sgt kat dlm tue..Jangan risau kat dlm tue ade disediakan trail, insyaAllah tak sesat. Cuma kat dlm tue bnyk sgt kelawar, bau tahi kelawar pun mmg kuatlah hehe. Dah berpeluh2 kat dlm tue, Fadirol bwk kami g lunch. Pnyalah kebuloq hehe..lapar takdelah sgt, haus yg lebih :P
Dari lunch kami terus ke masjid wat solat jamak siap2.




Dah makan & solat semua kami bergerak ke Kilang Pasu Sarawak Yong Huat Heng. Korang boleh tengok macamane diorang wat pasu..Dari raw sampai siap. Klu berminat boleh jer try buat. Rsnya kena charge dlm RM10 kot. Klu berminat :) Tapi kami tak buat pun. Dari tempat buat pasu (raw) kami masuk ke kedai lah pulak. Bnyk wei pasu2 sarawak nie. Klu tak memikirkan naik kapal terbang pastu nak bawak balik agak susah, sure Ezan dah beli bnyk haha (Duit pun sgt penting ok)




Dari kilang pasu kami ke Kedai borong tikar Sarawak. Memang cantik rupanya tikar Sarawak ni. Bnyk gred tau. Nak yg halus atau tak. Dengar explanation dari owner tue sampai terlupa nak ambik gmbr. Kat sini pun kami tak beli aper2. Tapi kami ade ambik kad dr die..manalah tahu satu hari nnti leh ambik dari die. cantik wei...

Settle kat sini kat kedai borong tikar Sarawak, kami terus ke Waterfront. lepak2...ambik angin smbil dengar baskin. best wooo suara mamat Sarawak. Kitorang siap suh die masuk AF lagi tau haha. Dah bosan kat situ, Ezan bwk mak & adik2 ke Kg Boyan...menyeberang bot/ sampan Sarawak. Mak n adik2 takut naik sampan nie hehe..Padahal tak sampai 5 minit pun naik ^_^ ..RM1 jer setiap passenger. Lupa nak bgth kat Kg Boyan tue ada Foodcourt..korang boleh lepak2 sambil minum petang hehe..dari foodcourt tue boleh jalan kaki ke kedai kek lapis Dayang Salhah.



Last stop kami utk 2nd day kami ke Kubah Ria (Medan Niaga Satok). FYI, Pasar minggu Satok dah tak ade. Semuanya telah berpindah kat sini. Tapi kan, memang tak se best mcm Pasar Minggu Satok :( kami sempat beli ikan terubuk masin jer kat sini. Mak n adik perempuan dok sibuk nak shopping barang basah, nak masak kat umah. sebab kaki dah tak larat nak jalan dah. Ezan apa lagi pening kepala lah kan..



Sampai umah, tak sempat wat aper..terus ttdo. Kesian mak masak sensorang. Bangun2 semua mak dah siapkan hehe.


End of Day 2

Thursday, June 12, 2014

-::FaMily VacatIoN @ KucHinG 16-19 May 2014 (DaY 1)::-

Erm, satu lagi cite bertangguh hehe
kire throwback nyer citer lah nie haha

Nie kira percutian kami sekeluarga ke Kuching. Dapat ticket murah lah kan. setahun peram hehe..tapi berbaloi sebab kami dapat tiket RM50 return tau (utk seorang). Infant (less than 2 years) charge die mahal sikit RM100 (seorang)

Flight kami kul 9.45 naik di KLIA 2. Siyes cantik betul KLIA 2 nie. Bile kat KLIA 2 nie sure korang tak rasa nak naik kapal terbang, rasa macam nak gi shopping jer haha. En hubby and adik Ezan no 4 tak dapat join sebab tuntutan kerja. So cuma kami bertujuh sajer termasuk baby :) Kami semua bergerak daripada Putra Height kul 6.30 pagi (Malam sebelum mak & adik2 dah datang tido rumah Ezan di Putra Height)




Muka excited nak naik belon hehe. dekat KLIA 2 nie ada disediakan ruang legar utk lepak2 kat luar, ambik gambar macam kami nie lah hehe. Kami sempat breakfast jugak kat KLIA 2 nie. McD lah apa lagi kan. Peringatan juga utk sahabat2 semua dari kaunter check in ke Gate menunggu tue agak jauh di KLIA 2 nie. so better gerak ke Gate menunggu tue awal sikit k.

Dekat KLIA 2 nie convenient sikit, dari gate menunggu ke kapal terbang (boarding) mcm kite naik kat KLIA jugak. kirenya terus masuk kapal terbang lah ^_^ tak perlu nak berjalan jauh mcm kat LCCT dl tue hehe.

Kami sampai di airport kuching kul 11.30 am. Driver kami (Fadhirol) dah menunggu kami. Ezan dah booked for homestay+transport+driver RM1*** untuk 4 hari 3 malam kami di Kuching. Sangat berbaloi utk rumah yg sgt cantik dan bersih. transport kami Van Kia Pregio (utk 10 seater) Driver kami Fadhirol juga sgt bagus. Menjaga solat dan sgt peramah. Berminat boleh contact EN RIZHAN 012-884 8490 (recommended)

1st stop kami, makan tengahari di restoran Kopi O Conner. macam2 kami order termasuklah MEE KOLOK. Utk first time rasa, kitorang adik beradik termasuk mak agree yg MEE KOLOK nie sedap hookey. korang kena try tau ^_^ erm, cumanya kat sini mahal sikit tapi ok, sbb bnyk pilihan. Klu bagi rating boleh bagi 3/5 hehe


 My bro order ape ntah nie...sedap jugak huhu


Winner of the day..MEE KOLOK

Sementara kami makan, Fadhirol (driver kami) gi solat Jumaat dulu. Bagus kan..settle makan kami ke Muzium Kuching. Tapi kat sini mengecewakan jer..Rasanya kat sini lebih kepada pameran lukisan and hasil kreatif. Not real pasal sejarah kuching pun huhu. Lagipun Ezan pernah dtg kat sini dulu. Sj bawak mak n adik2 melawat ^_^ utk info Muzium Kuching kat Dewan Bandaraya Kuching Utara tau

Kemudian kami ke Dayang Salhah. Kat sini kami booking kek lapis siap2. Nnti datang collect masa nak fly balik nanti. Kat sini bestnyer korang boleh makan semua sample2 kek lapis. Sedap wei..sampai kenyang2 kitorang makan haha

Nie baru separuh k..ade satu lagi meja hehe

Dah melantak kek lapis barulah kami check in ke homestay kami. owner yg same utk transport kami. Siyes korang akan rs macam rumah sendiri. sangat selesa. Dapur lengkap, katil, tuala pun diorang bg..memang best lah :) tak jauh pun dari town. Dalam 10 minit plus jer kot

Lepas maghrib kami keluar makan kat Restoran Tom Yam (Lp dah nama rstoran tue)..bolehlah tapi terkena jugak huhu. Mahal giler wei. Maybe sebab kat Kuching tak banyak restoran Tom Yam hehe. Malam tue Ezan & adik2 lelaki wat keje gile g tengok cite GODZILLA lak. Buat macam tempat sendiri pulak hehe. Kitorang ambik tiket kul 10:30 malam. Yang bagusnya Fadhirol nie siap temankan kami pergi manalah tahu tiket habis kan. Bile dah dapat tiket baru die balik...itupun die dah siap deal dgn pakcik taxi utk ambil kami balik. Habis tengok movie, uncle taxi dah tggu kami pun..senang haha

End of Day 1

Tuesday, June 03, 2014

-::AE Glam Couture::-

Assalamualaikum...warh lamenya tak singgah sini ^_^

Rindu nak update blog nie tapi malas jer lebih huhu. Dalam malas2 sempat lagi jejak kaki kat blog sahabat lain2. cuma mungkin jarang nak tinggalkan komen hehe. Minta maaf bebanyak..bile orang malas wat keje macam tue ler.

Lagipun, sekarang nie Ezan sbuk update untuk blog biz hehe. So alang2 dah beritahu nie Ezan nak promote kat kawan2 blog biz Ezan k. Wat biz kecil2an..baru nak menapak je uolls hehe. Doakan untuk Ezan k.

Ezan jual shawl and tudung ^_^ ok..ok memang banyak orang jual shawl kan. Cuma bezanya semua shawl and tudung Ezan jual semuanya Ezan wat sendiri. Dari cari kain, potong kain, jahit lace..cuma hantar kedai jahit tepi jer (tak mampu nak beli machine jahit tepi huhu) . So klu korang beli memang special edition lah..takde jual kat tempat lain nie. InsyaAllah, bila kite buat sendiri kepuasan die lain sikit kan :) dan of coz material yg kt gunakan lagi berkualiti..insyaAllah. Sebab Ezan pun kdg2 cerewet bile bab tudung nie. asyik 'terkena' jer kan ^_^

So bile2 jer korang free, meh singgah blog biz Ezan k. Kalau korang berminat, boleh booking terus kat Ezan k. InsyaAllah ade discount lagi tue :) klu rajin meh click link below k

AE Glam Couture



Jemput singgah semua ^_^