Tuesday, April 15, 2014

-::TaBahLah HaTi KerAnA KamU PerLukaN keKuaTan::-

ikhsan fr. Google

Kadang2 hati ini terlalu payah untuk menerima ketentuan, takdir, dugaan hidup. Sering kali kita menyalahkan takdir. "kenapa harus kita yang menerima dugaan ini, sedangkan sudah banyak dugaan yang kita hadapi" apatah lagi bila kita mula membandingkan kekurangan diri berbanding sahabat2 kita, orang2 di sekeliling kita. Di mata kita mereka kelihatan terlalu bahagia dengan kehidupan masing2. Sesungguhnya kita terlupa..

Ada kala kite terpaksa menyembunyikan kenyataan..ketawa di sebalik kesedihan. Begitu payah untuk diri ini untuk menerimanya. Hati ini juga seringkali tewas...hingga kaki ini tidak mampu melangkah seinci pun.


Picture taken fr. Google

Tabahlah wahai hati,

Di saat kesedihan ini, sesungguhnya Allah terlalu menyayangimu..Allah mahu kamu dekatkan hati mu padanya. Allah mahu kamu menangis memohon kepadanya.

picture taken fr. google

Allah Maha Adil. Allah tidak pernah membebankan hambanya. Ujian kepada orang yang beriman, hambanya yang terpilih

Surah Al- Ankabut:2-3
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
[al-Ankabut: 2-3]

Sesungguhnya Allah telah berjanji bahawa semakin besar dugaan yang dihadapinya, semakin besar ganjaran yang akan diperolehnya sekiranya kita betul2 ikhlas, sabar dan redha menerimanya. Janji Allah itu pasti. Ganjaran buat mereka yang di uji

Surah Al- Baqarah:214
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 
[Al-Baqarah: 214]

Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Quran. Hanya kita manusia yang sering lalai, sering menyalahkan keadaan. Allah memilih kita berbanding mereka2 di luar sana. Allah memilih kita kerana sifat sayangnya kepada kita.

Yakinlah dengan KekuasaanNYA..Maha menentukan baik dan buruknya untuk KAMU. dekatkan lah diri dengan denganNYA. InsyaAllah Allah akan kabulkan doa dan permintaan kamu. setiap saat ALLAH sentiasa bersamamu

PadaMu aku Bersujud
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud




Terima kasih Ya Allah, kerana KAU tidak pernah melupakan diri ini...berilah kekuatan kepadaku untuk menempuh dugaan ini