Thursday, April 24, 2014

-::RevIEw..oNE cITY, sUBAnG jAyA::-

Korang pernah pegi, One City..
Shopping Mall baru kat Subang Jaya..nak panggil shopping mall ke erk? Sebab kat dalam One City takdelah mall besar cam Jusco ker..just kedai2 kecik jer ^_^

Hasil dari pemerhatian Ezan (skema giler nie)  One City nie berkonsepkan 'Green'. Dalam One City nie korang akan nampak banyak pokok2, air..& klu korang pergi ke tingkat 10..Roof top akan ada lantai kaca. korang boleh pijak or lalu (klu berani lah kan) hehe

Kat tingkat 10 nie or Sky Park nie korang boleh lepak2..boleh nampak USJ, ada open restaurant, boleh nampk jalan2 sekitar USJ. Rasanya klu pergi waktu malam, lagi best kot hehe.

OO lupa plak..One City nie takde lah 'Koman' sangat hehe. Ada jugak Panggung Wayang..rasanya "premium- X" kat level 4. Foodcourt level 3...untuk gadjet2 mcm phone kat level 2 kot..lebih kurang..Kedai2 lain lebih kurang mcm kat Summit. Takder pun lagi kedai2 besar. Maybe very soon kot :) sebab baru jer lagi bukak kan.

Malas nak cite, Jom layan gambar dulu

 Masa Ezan pergi nie..ada jualan utk beg hiking

 klu korang perasan, mmg ada banyak jugak tmpt2 duduk utk korang lepak ^_^

 Charlie Chaplin pun ada bkk kedai jugak kot hehe

 Dalam One City pun ada padang rumput lah hehe

 Mmg banyak jer air kat sini 

 Pun ada air jugak

 Old Town White Coffee kat level 1

 Jual buah2an

 Pandangan dari dalam lift :)

 kedai2 kecik jer uolls

 lantai kaca..boleh nmpk bawah nie..orang bawah boleh nmpk kt tak huhu

 i'm trying to pijak jugak..tapi kat tepi2 jer..takut wei

 Sawah bendang haha

 korang boleh nmpk seluruh USJ

 again...

Sky Park restaurant

klu korang tanya Ezan..honestly i'll say..One City nie biasa jer. cuma tempat die cosy, korang boleh lepak2, borak..klu shopping, this is not the place k...one more, ramai kate panggung wayang die best..erm, tue belum try lagi..maybe one day Ezan try k

Da~~~till next entry k

Assalamualaikum

Wednesday, April 16, 2014

-::FarEWeLL bOSs [eN.aMIn]::-

Ingat lagi post Ezan pasal preparation untuk farewell boss Ezan..tak ingat?? takper..takper. Nie Ezan bagi link k ^_^ [Farewell Preparation]

Actually event nie kami buat last Friday. Buat kat opis jer, dari kul 4 petang sampai kul 6 lebih (aturcara asal cuma sampi kul 5.30 petang) Biasalah bos-bos besar sibuk during office hour, kena tunggu 5.30 barulah diorang nie free hehe. Bos Ezan nie orang lama kat Proton, awal2 Proton baru bukak lagi. Die nie among engineer yang dihantar pergi Jepun untuk belajar from Mitsubishi. Jadi korang boleh agaklah kan..How old my boss kan ^_^

Ezan sekejap jer dengan En Amin nie. But honestly he is good boss. Macam ayah-ayah gitu..selalu bagi nasihat hehe. Kekadang2 kena marah jugak sebab suka melawan haha.

Oklah malas nak cite banyak, meh kite tengok gmbar that day k :)

Goodie for the guest

 Our boss En Amin

 Members..aik En Halimy takde pulak ^_^

 With senior..K'Tina and En Halimy

 Dessert...i Loike

 Main Menu..Roti Jala (kuah kari & kuah durian), bihun, karipap, serimuka, keropok leko


 nasi himpit, buah, sate (not in the picture hehe)


 Me with K'Emi

 Me with dessert table..warna apam polkadot tue same ngan baju Ezan lah pulak haha

Special cake for En Amin

One Team


Nota kaki:
Terima kasih En Amin ^_^ saya akan ingat semua nasihat En Amin. Semoga Allah sentiasa memberkati En Amin

Tuesday, April 15, 2014

-::TaBahLah HaTi KerAnA KamU PerLukaN keKuaTan::-

ikhsan fr. Google

Kadang2 hati ini terlalu payah untuk menerima ketentuan, takdir, dugaan hidup. Sering kali kita menyalahkan takdir. "kenapa harus kita yang menerima dugaan ini, sedangkan sudah banyak dugaan yang kita hadapi" apatah lagi bila kita mula membandingkan kekurangan diri berbanding sahabat2 kita, orang2 di sekeliling kita. Di mata kita mereka kelihatan terlalu bahagia dengan kehidupan masing2. Sesungguhnya kita terlupa..

Ada kala kite terpaksa menyembunyikan kenyataan..ketawa di sebalik kesedihan. Begitu payah untuk diri ini untuk menerimanya. Hati ini juga seringkali tewas...hingga kaki ini tidak mampu melangkah seinci pun.


Picture taken fr. Google

Tabahlah wahai hati,

Di saat kesedihan ini, sesungguhnya Allah terlalu menyayangimu..Allah mahu kamu dekatkan hati mu padanya. Allah mahu kamu menangis memohon kepadanya.

picture taken fr. google

Allah Maha Adil. Allah tidak pernah membebankan hambanya. Ujian kepada orang yang beriman, hambanya yang terpilih

Surah Al- Ankabut:2-3
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
[al-Ankabut: 2-3]

Sesungguhnya Allah telah berjanji bahawa semakin besar dugaan yang dihadapinya, semakin besar ganjaran yang akan diperolehnya sekiranya kita betul2 ikhlas, sabar dan redha menerimanya. Janji Allah itu pasti. Ganjaran buat mereka yang di uji

Surah Al- Baqarah:214
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 
[Al-Baqarah: 214]

Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Quran. Hanya kita manusia yang sering lalai, sering menyalahkan keadaan. Allah memilih kita berbanding mereka2 di luar sana. Allah memilih kita kerana sifat sayangnya kepada kita.

Yakinlah dengan KekuasaanNYA..Maha menentukan baik dan buruknya untuk KAMU. dekatkan lah diri dengan denganNYA. InsyaAllah Allah akan kabulkan doa dan permintaan kamu. setiap saat ALLAH sentiasa bersamamu

PadaMu aku Bersujud
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud




Terima kasih Ya Allah, kerana KAU tidak pernah melupakan diri ini...berilah kekuatan kepadaku untuk menempuh dugaan ini

Thursday, April 10, 2014

-::FareWeLL ParTY PreParatIOn::-

Finally..harinya tiba juga kan. My boss last day..
We're planning this event since last week. Event sempat sekejap jer dgn En Amin, but he is good boss actually compared to my previous (At least ^_^)
so this week dok sibuk wat preparation for tomorrow's event




Maybe this song..just enough to show how we feel right now.



Really hope tomorrow's event going smoothly without any act of 'menangis' haha. Surely my colleague (especially seniors) will sedih kan. Mine??? not sure. tengoklah esok hehe

Wednesday, April 09, 2014


Bahaya tul skang nie. Rasa macam dah jadi 'ratu selfie' haha ^_^
Mcm2 nak update cuma tak berkesempatan
skang sibuk untuk siapkan report, sibuk untuk preparation farewell party Boss
Personal pulak..nak siapkan Family Vacation ke Sarawak
Adoiiiii..

Thursday, April 03, 2014

-::BenGanG GiLer + Nak maRaH SGT!!!!::-

Masuk hari nie dah 4 hari dah..sabar ada tahap batasnye huhu
Ezan bengang giler dengan CLEANER kat opis nie..sangat TIDAK JUJUR + TIDAK AMANAH..
Sebabkan segelintir orang2 macam nie lah perception kita kat CLEANER INDON nie tak pernah berubah huhu


Kawan-kawan, Ezan kehilangan CERMIN MATA. Cam pelik kan, ada ker orang nak curi cermin mata. Lagipun cermin mata Ezan tue ada power hoookey. because i'm seorang yang RABUN JAUH

Cerita nie bermula dari hari Isnin yang lepas. Pagi sampai opis, disebabkan sakit perut, Ezan terus ke toilet (sori ek terpaksa cite tang part nie hehe). Tak sempat simpan cermin mata, Ezan bawak sekali ke toilet, letak kat singki. Selepas selesai hajat, masa keluar Ezan terlupa plak nak ambik cermin mata tue (dasar pelupa). Masa nak balik petang baru teringat Ezan letak cermin mata kat toilet. Terus tanya kat kawan opis (K'Emi), sebab teringat masa Ezan kuar toilet ada bertembung dgn die and dalam toilet masa tue pun ada cleaner Indon nie jugak. and K'Emi bgth memang die nampak cermin mata Ezan before die masuk toilet. After K'Emi keluar toilet, die dah tak nampak. & die sempat tanya kat cleaner tue ada nampak tak cermin mata tadi tapi si Cleaner nie tersenyum2 (or tersengih kerang busuk).

Facts behind the case:
1. My colleague (K'Emi) also in 'crime place' with 'Si Pengambil @ Pencuri'
2. Ada 'evidence' yang memang Ezan ada letak cermin mata kat situ - Sebabnya K'Emi pun nampak
3. Si Cleaner seorang yg tidak jujur lansung - Sebab die dah bawak balik my cermin mata kat rumah die bukannya try to cari or bagi kat orang lain utk cari. I think she try to use it, but too bad sebab cermin mata Ezan ada POWER. Bukannyer cermin mata kosong!!!
4. Since Isnin, baru hari nie, she give it to me. After Ezan gertak..Alasan die, no one asking..what???????

PENGAJARAN:
Pesanan utk kwn2 and myself...Please don't leave your belonging anywhere huhu. It happen to me 2 times. Hari tue Ezan tertinggal jam and gelang dalam surau. Ezan letak kat tempat Quran tau. Bile Ezan nak balik, cuma tinggal gelang jer. JAM DAH TAKDE!!!! memang tak takut dosa betul huhu



but syukur alhamdulillah...I got it back. Ada jugak salah Ezan sebenarnya..PELUPA sangat huhu

itu jer kesah hari nie ^_^

DA~~~~

Nota kaki: Sure korang bosan kan. Minta maaf :)