Wednesday, March 12, 2014

-::Hari ke 3, bercuti ke Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong::-

Entry bersambung dari SINI

Warh berepisod bagai ko nie Ezan :P rajin sangat orang nak baca yer. Takpelah, niat Ezan ikhlas nak share pengalaman sendiri, tolong kawan2 yang bakal menjejakkan kaki kat 3 tempat nie ^_^ Sebab Ezan dulu pun macam tue jugak. Pergi review blog orang lain jugak. Terima kasih sangat kat blogger2 nie..Hanya Allah yg dapat membalasnya..Amin

Ok. Hari ke-3 nie, pagi2 lagi kami dah terus check-out. Even dah check-out kami masih boleh simpan barang lagi dalam bilik tau. Alhamdulillah...Misi kami pagi nie nak jengah dulu Avenue of Star :) Saja nak tengok Hong Kong daripada persisir laut. cantik wei...Ezan rasa klu pergi malam sure lagi cantik..cuma kami tak berkesempatan nak g malam. waktu sangat2 mencemburui hehe

Macamana nak pergi, dari Chungkin Mansion @ Nathan Road korang boleh masuk balik tunnel Metro and ikut jer signboard exit ke Avenue of Star, insyaAllah jumpa, dekat jer 10-15 minit jalan ;) ok meh layan gmbar




Macam dah tugu batu dah haha

Dari Avenue of Star kami ke Harbour City, macamana nak pergi? kami jalan kaki jer ke MTR stesen Tsim Sha Tsui Exit A1. Member Ezan nie sibuk nak cari barang2 sukan. Dalam Harbour City, mmg ada banyak kedai sukan. Member Ezan kata, semuanya latest (not even kuar lagi kat Malaysia). Tapi harga lebih kurang jer harga Malaysia. so end up tak beli apa2 pun huhu..adui penat tau berjalan hehe :P

So now time untuk tinggalkan Hong Kong..2 hari kat Hong Kong memang tak sempat nak jalan2 ke mana2. Rasa macam tak puas datang Hong Kong. Erm, klu ada rezeki lebih Ezan ingt nak datang HK lagi lah..kali nie dgn En Hubby lah :P

Dari Hong Kong, kami akan ke Shenzhen. How nak pergi sana?? kami ambik metro dari stesen East Tsim Sha Tsui, kami ambik train ke Hung Hom Station. Dari sini, kami ambik Metro Line Biru (MTR East Rail) terus ke stesen Lo Wu (last stop di HK before masuk ke China). Kat stesen Lo Wu nie jugak korang boleh pulangkan Octopus Card korang and boleh dapat balik balance duit. Dari Lo Wu stesen, korang kena jalan kaki masuk stesen Luohu (Shenzhen). Of coz lah, bila masuk sempadan , korang kena melalui imigresen Hong Kong and China k. Macam biasa kena isi arrival card untuk serahkan kat imigresen China.

MTR Shenzhen

So plan di Shenzhen, kami nak melawat Window of The World. Tapi sebelum tue, korang boleh beli tiket untuk ke Guangzhou. Kami beli tiket kul 5 petang. Sempat lagi kami makan, pastu simpan beg (ada perkhidmatan simpan beg kat sini). How to go WoTW?? Dari stesen Louhu (Line Hijau), korang berhenti kat stesen Window of The World (WoTW). Jauh jugak, kena lepas 15 stesen from Luohu. Dalam 40 minit jugak. Dalam MTR kami tak dapat duduk pun. Punyalah ramai manusia kat Shenzhen nie huhu.

Sampai di WoTW, kenalah beli tiket nak masuk kan ^_^ mahal jugak. CNY 160 sorang..ada jugak 'tragedi' kat sini haha. Honestly, bila dah masuk China nie, masalah komunikasi sangatlah teruk. SANGAT TERUK..adoii. Lain entry Ezan cite k.

Window of the World nie best sebenarnya. segala tempat2 menarik di seluruh dunia ada kat sini. Cuma kecil sedikit dari original size macam Piramid, Taj Mahal, Niagara Waterfall . Poor for us, kami tak dapat nak pergi ke semua tempat. Kami rushing sebab nak kejar tren balik ke Guangzhou. InsyaAllah, ada rezeki, boleh singgah lagi kat sini..





Dari WoTW kami bergegas balik ke Luohu. Dari WoTW kami dah agak lambat kul 4.30pm sedangkan tiket ke Guangzhou kul 5.05pm. Masa nie kitorang berdoa sangat tren ke Guangzhou delay. Sampai kat Luohu station, kami berlari nak ambik beg, pastu berlari lagi nak ke stesen keretapi nak ke Guangzhou..

Sampai di stesen keretapi ke Guangzhou dah pukul 5.15pm. Orang dah ramai berkumpul kat gate masuk. Bila kami tengok tiket orang lain, tiket diorang kul 5.27pm. Kami dah redha, ingatkan kami dah terlepas tren :( Nasib baik tergerak hati nak tanya kat Guard (bukan tanya, tunjuk tiket) Dia suruh kami naik tren sama ngan diorang. Kitorang pelik jugak, tapi selamba naik tren tue haha. Dalam tren tak putus2 berdoa supaya tren cepat jalan haha..pastu kan....

Alhamdulillah..itu memang tren kami rupanya ^_^ memang banyak tren nak ke Guangzhou. Patutlah masa dekat2 jer. Dalam tren kami tertido jer..penat wei hehe. Finally kami sampai jugak kat GUANGZHOU :) Untuk makluman, Tren berhenti kat Guangzhou East Railway Station (GERS). Untuk memudahkan korang Ezan share Metro Map Guangzhou kat bawah nie :)


Sampai di GERS, kami ambik Metro Line Kuning and berhenti kat Peasant Movement Institute. Hotel kami betul2 opposite dengan station nie tau :) Ezan memang recommend hotel nie kat korang semua. Review untuk Hotel nanti Ezan cite k. Kite combine skali hotel/ guesthouse kat HK and Guangzhou.  kami duduk di 4th Zhongshan Road Garden Inn. Murah jer rate yg kami dapat. Rasanya dalam RM106 semalam.

Urusan check-inn kat hotel nie ambik masa lama jugak. Diorang sangat detail ok. Tengok passport korang, diorang akan potostat skali passport korang. Lepas urusan semua kami rehat jap, makan dulu :) solat, update kat semua yang kami dah sampai kat Guangzhou :P Malam tue kami jalan2 area hotel..saja nak ambik Feel hehe. Mostly semua kedai jual baju sejuk jer kengkawan. Ye lah dah datang musim sejuk kan hehe.

Jalan sekejap jer, Window shopping jer. Settle balik hotel...TIDO haha =)

Kite sambung lagi next entry k

7 comments:

Jari Manis said...

bila baca entry Ezan ni mengimbau kembali kenangan JM ke sana dulu cuma route je berbeza coz JM dari Guangzhou-Shenzhen-HK...ishh...nak repat lah :-)

Byk info di sini boleh di jadikan kepada mereka yg belum sampai di sana...sambung2x :-)

Nurulaizanhusin said...

thanks JM :)

belajar frm the expert cam JM lah :) insyaAllah, hope boleh tolong rmai orang kan..especially for first timer kan

Jea Mohamad said...

Luas sgt WoW tu kan. tak tercover semua tempat..

Masalah bahasa memang kronik kat China ni, tp ada kwn saya berseloroh
"syoknya speaking london kat China ni, tak payah pikir psl grammar"..hehe

Nurulaizanhusin said...

Jea..thanks sudi singgah kat blog Ezan nie :)

Setuju, pasal speaking London kat China mmg best. Rasa macam terer sgt speaking haha

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Bestnya tgk cuaca masa ezan ke WOW ni..tahun lps saya pi, hujan spjg masa..jln berlecak..nasib badan betul

Info perjalanan yg lengkap, boleh jadi rujukan pada sesapa yg nak ke sini..

Nurulaizanhusin said...

Salam En Khairuddin,

thanks sudi singgah sini :)
Alhamdulillah, mmg best bercuti kali nie, sbb tgh musim sejuk, badan tak berpeluh lansung pun

Yup, hopefully dari entry will help sesapa sajer yg nak bercuti nnti..

Unknown said...

Assalamualaikum Intan. Tak ada sambungan citer kat guangzhou ke intan?