Monday, August 10, 2015

-::Buat sendiri steamboat di rumah ^_^::-

Monday blues huhu..Bila hari Isnin jer memang rasa malas jer semua nyer. Nak2 pulak pagi nie Ezan sakit perut cam sebu/ kembong. Aduhhh...tensen gua. Siap beli teh tarik halia pagi ni..letak minyak angin lagi.

Dah melalut pulak pagi nie.

Sebenarnya nak share dengan korang pasal steamboat. Last weekend Ezan ngan adik2 plan buat makan2 kat rumah mak. First time nie kitorang try steamboat+grill. Tapi main menu kitorang Steamboat lah. Yg buat special sangat kitorang buat sos ala-ala Sos Johnny's tau. Itu yang buat sedap tau...

Honestly, memang berbaloi kalau kita buat sendiri kat rumah. Puas hati..Makanan banyak, sedap. Berbaloi sangat. Siap buat dessert lagi tau. Tak susah sebenarnya nak buat steamboat sendiri kat rumah. Korang cuma perlu buat kuah untuk steamboat & sos ala2 Johnny's tu jer. Bahan2 lain boleh beli jer. Senang kan :)

Meh Ezan share resepi utk buat sos ala2 Johnny's tu

RESEPI SOS JOHNNY'S
Utk 8 pax

12 cili merah
*6 ulas bawang putih
*6 sb sos ikan
*6 sb minyak bijan
*6 sb cuka
*2 sb sos tiram
*2 sb kicap
1 sudu tepung jagung/ kastard
1 sudu sunquick
bijan (disangai)
daun ketumbar (potong kecil)
bahan perasa (garam & gula)

cara2:
1. Blend kan cili merah dan bawang putih (blend basah) air agak2 lah ek.
2. Campurkan cili merah yg di  blend tadi di dalam kuali. masukkan semua bahan yg bertanda *.
3. Masukkan sunquick (utk rasa masam) dan perasakan dengan gula dan garam
4. last sekali masukkan 1 sudu tepung jagung (utk pekat)

Masa nak hidang nanti bolehlah masukkan bijan yg disangai & daun ketumbar tadi ^_^ sure menjadi punya...

Utk kuah steamboat tu, Ezan cuma masukkan beberapa ketul ayam + kiub ayam+ air. Tak perlu masin sangat macam masak sup ayam tu tau.









memang terbaik plan kitorang kali nie. Siap ada dessert Puding roti kastard berkuah lagi...kenyang, alhamdulillah :)

Nota kaki: Tiada dalam gambar - Ayam grill black pepper. Fuhhh terbaik dari ladang tu hehe. Lupa plak utk kuah steamboat, Ezan dah rebus siap2 atas dapur gas dulu. Pastu baru masukkan dalam rice cooker (sebab takde periuk utk steamboat). Masak nak masak bahan2, korang letakkan kat COOK.

Meh..jemput tengok k :)



4 comments:

ajax85 said...

singgah pagi..sedapnya..heheh..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Jari Manis said...

buat sendiri baru puas hati makan kan

Nurulaizanhusin said...

betul2 JM..puas hati dapat mkn banyak hehe

lalabiestory said...

Bestnya buat sendiri kt rumah jimat dan boleh makan banyak,,jemput ke blog saya lalabiestory.blogspot.com