Showing posts with label Bagpacker ke China dan Hong Kong. Show all posts
Showing posts with label Bagpacker ke China dan Hong Kong. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

-::Hari ke 3, bercuti ke Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong::-

Entry bersambung dari SINI

Warh berepisod bagai ko nie Ezan :P rajin sangat orang nak baca yer. Takpelah, niat Ezan ikhlas nak share pengalaman sendiri, tolong kawan2 yang bakal menjejakkan kaki kat 3 tempat nie ^_^ Sebab Ezan dulu pun macam tue jugak. Pergi review blog orang lain jugak. Terima kasih sangat kat blogger2 nie..Hanya Allah yg dapat membalasnya..Amin

Ok. Hari ke-3 nie, pagi2 lagi kami dah terus check-out. Even dah check-out kami masih boleh simpan barang lagi dalam bilik tau. Alhamdulillah...Misi kami pagi nie nak jengah dulu Avenue of Star :) Saja nak tengok Hong Kong daripada persisir laut. cantik wei...Ezan rasa klu pergi malam sure lagi cantik..cuma kami tak berkesempatan nak g malam. waktu sangat2 mencemburui hehe

Macamana nak pergi, dari Chungkin Mansion @ Nathan Road korang boleh masuk balik tunnel Metro and ikut jer signboard exit ke Avenue of Star, insyaAllah jumpa, dekat jer 10-15 minit jalan ;) ok meh layan gmbar




Macam dah tugu batu dah haha

Dari Avenue of Star kami ke Harbour City, macamana nak pergi? kami jalan kaki jer ke MTR stesen Tsim Sha Tsui Exit A1. Member Ezan nie sibuk nak cari barang2 sukan. Dalam Harbour City, mmg ada banyak kedai sukan. Member Ezan kata, semuanya latest (not even kuar lagi kat Malaysia). Tapi harga lebih kurang jer harga Malaysia. so end up tak beli apa2 pun huhu..adui penat tau berjalan hehe :P

So now time untuk tinggalkan Hong Kong..2 hari kat Hong Kong memang tak sempat nak jalan2 ke mana2. Rasa macam tak puas datang Hong Kong. Erm, klu ada rezeki lebih Ezan ingt nak datang HK lagi lah..kali nie dgn En Hubby lah :P

Dari Hong Kong, kami akan ke Shenzhen. How nak pergi sana?? kami ambik metro dari stesen East Tsim Sha Tsui, kami ambik train ke Hung Hom Station. Dari sini, kami ambik Metro Line Biru (MTR East Rail) terus ke stesen Lo Wu (last stop di HK before masuk ke China). Kat stesen Lo Wu nie jugak korang boleh pulangkan Octopus Card korang and boleh dapat balik balance duit. Dari Lo Wu stesen, korang kena jalan kaki masuk stesen Luohu (Shenzhen). Of coz lah, bila masuk sempadan , korang kena melalui imigresen Hong Kong and China k. Macam biasa kena isi arrival card untuk serahkan kat imigresen China.

MTR Shenzhen

So plan di Shenzhen, kami nak melawat Window of The World. Tapi sebelum tue, korang boleh beli tiket untuk ke Guangzhou. Kami beli tiket kul 5 petang. Sempat lagi kami makan, pastu simpan beg (ada perkhidmatan simpan beg kat sini). How to go WoTW?? Dari stesen Louhu (Line Hijau), korang berhenti kat stesen Window of The World (WoTW). Jauh jugak, kena lepas 15 stesen from Luohu. Dalam 40 minit jugak. Dalam MTR kami tak dapat duduk pun. Punyalah ramai manusia kat Shenzhen nie huhu.

Sampai di WoTW, kenalah beli tiket nak masuk kan ^_^ mahal jugak. CNY 160 sorang..ada jugak 'tragedi' kat sini haha. Honestly, bila dah masuk China nie, masalah komunikasi sangatlah teruk. SANGAT TERUK..adoii. Lain entry Ezan cite k.

Window of the World nie best sebenarnya. segala tempat2 menarik di seluruh dunia ada kat sini. Cuma kecil sedikit dari original size macam Piramid, Taj Mahal, Niagara Waterfall . Poor for us, kami tak dapat nak pergi ke semua tempat. Kami rushing sebab nak kejar tren balik ke Guangzhou. InsyaAllah, ada rezeki, boleh singgah lagi kat sini..





Dari WoTW kami bergegas balik ke Luohu. Dari WoTW kami dah agak lambat kul 4.30pm sedangkan tiket ke Guangzhou kul 5.05pm. Masa nie kitorang berdoa sangat tren ke Guangzhou delay. Sampai kat Luohu station, kami berlari nak ambik beg, pastu berlari lagi nak ke stesen keretapi nak ke Guangzhou..

Sampai di stesen keretapi ke Guangzhou dah pukul 5.15pm. Orang dah ramai berkumpul kat gate masuk. Bila kami tengok tiket orang lain, tiket diorang kul 5.27pm. Kami dah redha, ingatkan kami dah terlepas tren :( Nasib baik tergerak hati nak tanya kat Guard (bukan tanya, tunjuk tiket) Dia suruh kami naik tren sama ngan diorang. Kitorang pelik jugak, tapi selamba naik tren tue haha. Dalam tren tak putus2 berdoa supaya tren cepat jalan haha..pastu kan....

Alhamdulillah..itu memang tren kami rupanya ^_^ memang banyak tren nak ke Guangzhou. Patutlah masa dekat2 jer. Dalam tren kami tertido jer..penat wei hehe. Finally kami sampai jugak kat GUANGZHOU :) Untuk makluman, Tren berhenti kat Guangzhou East Railway Station (GERS). Untuk memudahkan korang Ezan share Metro Map Guangzhou kat bawah nie :)


Sampai di GERS, kami ambik Metro Line Kuning and berhenti kat Peasant Movement Institute. Hotel kami betul2 opposite dengan station nie tau :) Ezan memang recommend hotel nie kat korang semua. Review untuk Hotel nanti Ezan cite k. Kite combine skali hotel/ guesthouse kat HK and Guangzhou.  kami duduk di 4th Zhongshan Road Garden Inn. Murah jer rate yg kami dapat. Rasanya dalam RM106 semalam.

Urusan check-inn kat hotel nie ambik masa lama jugak. Diorang sangat detail ok. Tengok passport korang, diorang akan potostat skali passport korang. Lepas urusan semua kami rehat jap, makan dulu :) solat, update kat semua yang kami dah sampai kat Guangzhou :P Malam tue kami jalan2 area hotel..saja nak ambik Feel hehe. Mostly semua kedai jual baju sejuk jer kengkawan. Ye lah dah datang musim sejuk kan hehe.

Jalan sekejap jer, Window shopping jer. Settle balik hotel...TIDO haha =)

Kite sambung lagi next entry k

Tuesday, March 04, 2014

-::Day 2, Bercuti Ke Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong::-

Entry bersambung dari SINI

Aduii...jenuh nak buat travelog ke China & Hong Kong nie. Kawan2 jangan muntah darah pulak baca k. Ignore jer gambar2 yang syok sendiri tue ^_^

Hari kedua kami di Hong Kong. Pagi lagi kami dah keluar untuk ke Disneyland. Misi pagi nie kami nak beli tiket dari travel agent di Hung Hom station. Untuk mudahkan kalian semua Ezan re-post Hong Kong Metro map lagi. Yes, perjalanan kami sepanjang di Hong Kong cuma menggunakan Metro jer


Untuk ke Hung Hom station, korang kena naik Metro from East Tsim Sha Tsui ke Hung Hom station (Metro West Rail Line @ warna purple pekat tue). Untuk pembaca baru (Eh ada ker hehe) Ezan duduk hotel di Chungkin Mansion area Nathan Road. Metro terdekat adalah di East Tsim Sha Tsui. Sampai di Hung Hom station korang kena naik lif, untuk ke Lobby. Travel agent yang Ezan beli tiket nie, lokasinya betul2 sebelah customer service yang jual Octopus Card. Kami dapat tiket ke Disneyland dengan harga HKD 405 per pax. If beli kat kaunter pun boleh, cuma mahal sikit. Harga di Kaunter HKD 450 per pax.

Dari Hung Hom station, kami naik metro terus ke Nam Cheong (Metro West Rail Line @ Line purple pekat). Sampai di Nam Cheong kami terus exchange Metro Tung Chung Line @ Line Oren. Dari sini kami naik sampai ke station Sunny Bay. Dari sini korang dah tak perlu risau, memang ada satu Metro jer hendak ke Disneyland. Special line untuk ke Disneyland. Metro Line Pink ^_^ Korang jangan lupa ambik gmbar dalam Metro nie tau. semua pasal Mickey Mouse and kawan2 die jer hehe 



Gambar kat bawah nie,  masa mula2 sampai kat Pintu Masuk Disneyland :)



Macam biasalah, bile nak masuk, diorang akan check beg kita. NO FOOD OUTSIDE ALLOWED ^_^

Bile dah masuk ke Disneyland, bermulalah episod pengembaraan kami hehe. Jangan lupa ambik flyers di customer service untuk memudahkan perjalanan korang.

Pengembaraan kami bermula di TOMORROW LAND.
Best jugak kat sini, kami main semua game kecuali Autopia (sebab nampak cam bosan giler, bwk kete pusing2 jer) Game yang kami main; 1. Buzz Lightyear Astro Blasters - Game nie seronok wei. Korang kena tembak makhluk2 alien and Emperor Zurg. Ada markah hookey. Korang boleh compare markah dengan partner korang. Korang kena main tau. 2. Orbitron- Nie korang kena naik spaceship, korang boleh gerak2kan spaceship korang nak naik or turun (Masa nie kelakar giler, sebab kitorang nyer spaceship tak naik2 pun, baru perasan rupanya ada button untuk gerakkan hehe). 3. Space Mountain - Uish yang nie seram giler, indoor rollercoaster. Kami pun terkena, ingatkan biasa2 jer, dah naik rasa macam tak cukup suara nak jerit. Dengan gelapnye, pastu rollercoaster gelap giler. Takut giler wei huhu. Kalau berani, silalah naik huhu.





Park ke -2, kami ke FANTASY LAND
Must go ok ;) Kat sini kami naik 1. Cinderella Carousel- Ini macam naik kuda kat IOI mall tue lah kengkawan (nak jugak naik kan). Cumanya kat sini lebih besar and cantik hehe. Adult pun boleh naik k. Pastu korang kena g 2. Mickey Philharmagic- 3D show, best jugak lah. 3. The Golden Mickey- Nie best giler. Korang jangan tak pergi yer. Broadway Musical Disney. Semua cartoon ada. Klu korang terlepas memang rugi hookey. 4. Winnie Pooh Adventures - Honestly, ride nie bosan giler. Sia2 beratur dekat 40 minit k. Tak berbaloi. Budak2 pun bosan Ezan rasa huhu. Itu jer sempat kami naik kat sini. Ada lagi 2-3 games rasanya yg kami tak naik :P sebab masa nie kami kejar masa nak tengok Cartoon Parade. Sekali sehari jer tau, pukul 3 petang. Nie pun rugi kalau korang tak tengok. Big Event for the day huhu



Cartoon Parade @ 3pm
Nie korang kena tunggu tau..Jangan termiss pulak. Klu termiss nie, kira rugi lah tiket yang korang beli huhu. Best woo ^_^ korang boleh refer schedule dari Flyers (Please take one!!) the path also, don't miss it. Kami berkumpul kat castle nie.













Park ke -3, kami ke ADVENTURE LAND
1. Jungle River Cruise - Kat sini must be prepared to be wet ^_^. Best jugak, korang akan dibawa naik boat@ cruise, ala2 pengambaraan sungai. Ada tour guide yang bwk and terangkan semua. Di penghujung 'pengambaraan' akan ada letupan air hehe. Macam kami tak nak basah so kami duduk kat tengah hehe :)
2. Tarzan's Treehouse -Best jugak. Nak sampai kat sini, korang akan dibawa naik rakit. Kat Tarzan treehouse nie korang boleh tengok dalam rumah tarzan ^_^, dari bilik tidor, dapur & semua lah. Korang kena naik tangga, jambatan gantung jugak.
Itu jer yg kami sempat pergi. Kat Adventure Land, mmg nie jer pun. Yang lain2 cuma pertunjukkan. Tapi Ezan terbaca dlm website "Disneyland Hong Kong' kat sini ada musical theatre Lion King. Pelik jugak, macamana kitorang boleh termiss haha


Kat sini, ada restoran halal. So bolehlah korang makan kat sini..Tahitian Terrace..Masakan Asean. Bolehlah untuk tekak kite makan :) Tapi rege standard Hong Kong lah kan..lebih kurang RM50 per plate huhu. Satu hari kami duk kat sini, sekali nie jer kami makan huhu..JIMAT punya pasal.

Park ke -4, kami ke MYSTIC POINT
Masa kitorang kat sini, dah malam dah wei. Kat sini malam cepat. Kul 6 lebih tue dah gelap dah. Tapi semangat lagi dah main semua ride haha. Kat sini kami try Mystic Manor- Ride nie akan bawa korang tengok Lord Henry Mystic collection. Memang cool. superb hehe. FYI, Mystic Point nie baru lagi. Tak banyak game/ride. Rasanya ini satu jer. Yang lain korang boleh ambil gmbar kat area mystic point nie. Ada antique collection in 3D. Kami sampai dah malam, so tak sempat nak ambik gmbar. Tambah pulak, hujan renyai2, & sejuk bawah 3 darjah celcius ok. Sejuk giler.Gambar non-ado. Kitorang rushing nak keja penutup pulak hehe

 Before "pengambaraan' bermula. Pic. taken fr Google

Istana Lord Henry - Pic taken fr. Google

Park ke-5, GRIZZLE GULCH
Nie pun park baru. Cuma ada ride Runaway Mine Cars. Tapi kitorang tak naik pun. Seram wei. roller coaster laju giler. Siap reverse lagi. Kitorang tengok pun menjerit, apatah lag nak naik. Jadinya kitorang tgk orang main jer haha. Nak ambik gambar dalam penjara pun boleh jugak. Kitorang tak ambik pun :P


Pic taken fr.Google


Nak lagi trill, korang tengok video nie. Giler ar

Park ke-6, TOY STORY LAND
1.Slinky Dog Spin - Ride nie, semua orang boleh main ;) tapi boleh tahan jugak laju die wei hehe. Kat sini pun kami menjerit jugak haha





Sebab kami sampai dah malam sgt. Kitorang cuma dapat naik slinky dog nie jer. Yang lain mcm RC Racer and Toy Solder Parachute Drop (which memang kitorang tak nak naik pun) sebab agak 'ngeri jugak' haha

Last sekali kami pergi kat MAIN STREET USA. Biasalah kami ambik gmbar, beli souvenier hehe..Jangan tertipu, bile korang nampak banyak kedai2 kan, sebenarnya dalam tue kedai bersambung jual cenderahati. Rambang mata giler wei haha. Jangan lupa jugak penutup di Disneyland nie akan ada Big Fireworks. Best wooooo...Cantik giler





Best ek. Berbaloi giler beli tiket. 1 hari kami duduk kat sini ^_^ dari siang smpai ke malam. Kalau orang tanya nak pergi lagi ker? Ezan dengan rasa bangga cakapp...YES i want!!! haha. Tapi with a free ticket ler hehe

Tak habis lagi berjalan....

Dari Disneyland kami ker Ladies Market pulak. Macamana nak pergi??? Dari Disneyland Resort, korang stop kat Sunny Bay (mmg 1 stop jer pun hehe). Pastu dari Sunny Bay, ambik Metro Line oren, berhenti kat Lai King. Kat sini korang interchange Metro Line Merah, berhenti kat Mongkok Station.

Senang jer kan :) yang penting korang kena sentiasa ada map Hong Kong Metro. sure tak sesat lah :) kat Ladies Market, korang boleh dapat mcm2 cenderahati. Kitorang dapat beli Pen Drive yang sgt chomel, T-shirt Hong Kong, FM, Travel tag and bnyk lagi accessories perempuan..nama kan Ladies Market haha. Best...


Penat wei berjalan, seharian tue. Tapi memang best...I LOikeee..

Sapa nak offer Ezan jadi tour guide kat Hong Kong??? I boleh jer hahaha

Friday, February 28, 2014

-::Day 1 Bercuti Ke Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong Episode 2::-

Sambungan daripada SINI k

Kami sampai di Kowloon/ Hung Hom station dalam kul 4.30pm. Dari jauh kami dah nampak travel agent. Betul2 sebelah kaunter customer services. Mula-mula kitorang just survey jer tiket untuk ke The Peak, Madame Tussauds, Disneyland kat sini. Mula2 eksyen tak nak beli terus walaupun dah dapat tiket murah hehe. Lepas survey harga tiket, kitorang terus beli octopus card HKD 150. Jangan risau, if tak habis guna korang boleh change back to Cash nanti. Cuma kena charge HKD 9 jer. Rupa card nie ala-ala macam TnG kite jer

Hong Kong MTR Map, Jenuh wei study Map Metro nie ^_^

Dari Hung Hom kami naik Metro ke East Tsim Sha Tsui (West Rail Line) untuk ke Nathan Road. Hotel kami dalam Chungkin Mansion. Kami duduk kat Safari Guesthouse. Block C. Sampai jer di East Tsim Sha Tsui korang terus exit arah ke Nathan Road. Memang dah dekat sangat dengan Chungkin Mansion.

Safari Guest House nie just enough untuk bagpacker. Dalam Chungkin Mansion nie memang banyak guesthouse untuk bagpacker. Rate dalam RM150-200 semalam. Paling murah hookey..korang boleh survey sendiri kat Agoda, Booking.com untuk rate hotel kat Hong Kong. Semua nyer mahal2 belaka huhu. Untuk sekadar nak tido, bolehlah. Tapi siyes memang kecik wei..Untuk kami berdua alhamdulillah. Kami dapat bilik utk 3 orang, dapatlah luas sikit. Mungkin rezeki kami ^_^

Sampai jer di hotel kami terus mandi (selepas seharian tak mandi), solat Jamak siap2, makan (which menu utamanya nasi+telur rebus, serunding, kari ayam dlm tin) sedap wooo. korang tengok menu kitorang mesti dah tahu sebab aper beg kitorang dah berat dr awl kan :P

Ok, first stop kitorang malam nie nak ke The Peak (naik Peak Tram) and Madame Tussauds. Untuk pergi ke The Peak, korang kena naik Metro from stesen Tsim Sha Tsui (Line merah 'Tsuen Wan Line') and stop kat stesen Central. Dari sini korang jalan kaki ikut signboard utk ke The Peak. Dah namanya The Peak, so memang korang kena banyak berjalan untuk sampai kat sini. Jauh jugak lah..ada dalam 20 minit lebih kot. Sampai jer, korang boleh beli tiket. Usually diorang ada buat promotion naik 2x Tram (return)+ tiket masuk ke Madame Tussauds. Kitorang dapat HKD 250 per person. Masa nie menyesal sungguh rasa tak beli kat Travel agent siang tadi huhu. Masa nak beratur naik Tram pun jenuh jugak. Ramai pulak orang, tapi jangan rsau Tram nie kira cepat jugak, tak lama pun tunggu. Lagipun boleh sumbat ramai2 hehe. Best giler naik malam2, boleh tengok seluruh Hong Kong waktu malam, lampu2.

1st stop before sampai ke The Peak, korang akan jmpa this landmark. 
Sorry gambar blur sikit sbb ms nie angin kuat betul ^_^

Purpose ambik gambar nie sebab nak tunjukkan harga tiket :)

Sampai kat Madame Tussauds, bermulalah aktiviti meng'gedik' ambik gambar ^_^ . Banyak giler patung lilin artis2 kat dalam nie. Dari artis Hong Kong, Hollywood, personality (icon), sport man, Cartoon (Ionman, Spiderman & banyak lagi lah). Tak larat nak ambik gmbr semua...mana yang best (mana yng kenal jer) jer hehe. Inilah hasilnya yer....




& paling best sekali

Hehe..bukan main kan bergambar. Banyak lagi wei gmbar2 kat dalam nie. Ezan tunjukkan yang nie jer lah ^_^ (padahal over exposed)

Lupa plak nak bgth, kalau korang berminat nak tengok full Hong Kong kat The Peak 360, korang kena beli tiket lagi kat atas nie. Ezan tak beli pun, sebab malam tue berkabus so rasa macam rugi jer beli tiket utk tengok kan (or sebenarnya kedekut hehe)

Kat atas nie sempat jugak kami beli FM, keychain sikit2. Tak berani nak beli bnyk, sebab memang plan nak gi Ladies market pulak mlm esok, sure lagi murah kot hehe. Puas bergambar kami turun balik naik Tram sampai ke bawah.

Gambar dalam tram ambik pun. orang ramai giler wei hehe

Dari sini, Terus balik hotel and tido hehe.

Next episode lagi best..tunggu :)