Tuesday, June 30, 2009

-::TafAkur sEjENak::-

Sebenarnya, Ezan br terbaca post dr Hajar, sahabat di alam maya nie. 25 June 2009 genap tiga tahun usia perkahwinan diorang. Tahniah, smoga ikatan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sayu hati, bile terbaca hajat dan doanye kepada Allah S.W.T memohon di kurniakan zuriat..Selama lebih 3 tahun dan mungkin ada sahabat2 yg lain juga mengalami nasib yg same. atau mungkin lebih lame..Perkahwinan Ezan & suami yg baru menginjak bulan ke 7 pd Julai nie juga mengharapkan agar diberi kesempatan, kegembiraan dan kemuliaan menjadi ibu dan ayah kepada bakal zuriat kami. tabahnye sahabat spt hajar dan mungkin rmai lagi kwn2 di luar sane. Semoga ezan dan suami di beri ketabahan seperti kalian.

Jauh di sudut hati, kami mengharapkan kehadirannya agar dpt melengkaplan ikatan perkahwinan ini. Pengikat kasih syg kami. Itu juga doa Ezan dan suami setiap masa..Mungkin belum rezeki kami lagi kan. Kami percaya setiap aturan yg Allah tetapkan pasti ada hikmah dah jawapan di sebalik segalanyer.

Sbb itu, kami tidak akan pernah bhenti berusaha, berdoa..sbb kami percaya, di sebalik mendung hujan itu, akan ada cahaya pelangi utk kami..amiin

kata2 ini juga sy hadiahkan utk Hajar dan rakan2 lain yg msh ternanti2kan zuriat. InsyaAllah, satu hari nanti kebahagiaan itu pasti muncul utk kt smua

Amiiin


Wednesday, June 24, 2009

-::KelEbIHAn bULAn rEjaB::-

Selamat datang Bulan Rejab

Alhamdulillah, rasa sekejap jer puasa Bulan Rejab tahun lepas..nie dah masuk balik. Lpas nie Sya'ban, Ramadhan & Syawal.

Rs sayu sgt..Tahun lepas, sy dn en Hubby (tahun lpas blum lagi jd suami isteri) rajin jg kami puasa same2 then berbuka sm. Kali nie sy puasa sorang2 jer :( Mungkin bulan puasa pun kami cuma dpt beberapa hari jer sama2 bpuasa. Student baru masuk..Sbuk sikit lah lecturer2 nie

takpelah yg penting, sy sempat ambil sunat Rejab nie :) sempat jugak sms En hubby mlm td, bgth hari nie masuk Bulan Rejab

Owh, bawah nie ada sikit info psl Bulan Rejab. Smoga kwn2 termasuk dr sy sendiri dpt menghayati keberkatan dan kemuliaan Bulan Rejab ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BULAN REJAB Insyaallah…. Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

KELEBIHAN BULAN REJAB
-----------------------------
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu: a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal. c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Rejab

Thursday, June 11, 2009

-:: BaLaS Tag DuLu2::-

Ada 2@3 lagi yg tak di bayar..so kali nie, kite 'lunaskan' dulu tag nie k :)
rasanye Lama Ezan simpan tag dr Pn Amiys nie :) Br sekarang dpt jwb (sbnrnya 2-3 hari jugak nak buat tag kali nie :P) Terima kasih ek Amiys..
Serius, ms buat/ jawab tag nie mcm rasa sessi luahan perasaan pulak "wink" :P jenuh jugak nak pikir cite2 lame nie (lame ke ek :P). Tapi best jugak kan, boleh lah tahu cite2 kawan2 yg lain..sapa ek Ezan nak suh jwb tag nie :) sile tengok nm anda semua yg terpilih kat bwh yer :)

So, Amiys enjoy my answer k :)

  • Tempat pertemuan anda dan suami untuk pertama kalinya

Kami berkenalan di ’alam maya’..secara tak sengaja..Rsnyer hujung tahun 2004.. :P yg sy ingat ms tue weekend, sy balik rumah. Tgh malam, ms tengah bosan sj jer masuk YahooMessenger..then kat situ lah kami ’berjumpa’ .


Sebenarnya, sy tak pernah th nak guna YM ms tue..Sj cb2 masuk. Tak sangka pulak 1st time mencuba YM then sy bjumpa jodoh sy disane :P the truth is Cuma die seorang yg bukan kawan sy pd asalnye jd my listing member kat YM sy.


Kami berkawan selama lebih dr setahun..tidak pernah bjumpa. Kami bersahabat, berkongsi masalah keluarga pelajaran & khidupan di universiti.
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan kan..Jodoh sy telah ditetapkan dgn cara begini. Alhamdulillah, sy bersyukur dipertemukan dgn En Hubby.

  • Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…

Die seorang yg family oriented..sgt sayangkan family die. Die slalu ceritakan psl family die. How he care about his mum..adik2 die yg masih bersekolah. Mungkin sifat tanggungjawab dan anak sulung yg ada pd die buat kami serasi. Sbbnyer, sy pun anak sulung then sbb itu kami selesa bercerita psl family dan keluarga.


Very helpful...bg nasihat terutamanyer. Mungkin sbb sy slalu share prob dgn die. Maybe sbb kt tak kenal then lg senang nak bercerita @ share everything. Sedangkan ms tue kami br je kenal


Owh, buat sy ‘terjatuh hati” dgn die sgt iyelah when look at how he treated me..how he care to me :P sgt ambil berat yer kengkawan. Kami mcm dah bersahabat lame..wpun hakikatnye kami br berkawan dan tak pernah bjumpa.

  • Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …


Klu sy tak terlebih perasan lah..rsnye En Hubby pernah bg hint yg sy lebih dr seorang sahabat dah lame. wpun hakikatnye, sy dah ‘terjatuh kasih’ kat die, tapi sy pendamkan jer perasaan tue sbb kami berdua in final year (warh kononnyer lah :P) pastu sy th sebenarnye die ‘berkawan baik’ dgn seseorang di Universiti nye (ceh, bunyi mcm jauh hati sbenarnye) dan sy th, siapalah sy berbanding sahabat2 perempuan die yg lain.


Yg sy ingat ms tue En Hubby bekerja di Ipoh..die sanggup balik kg (rumah parent die kat klang) semata2 nak jumpa sy nak settlekan something important lah kononnyer. Die dtg kat rumah sewa sy then kitorang jalan2 kat tasik dpan rumah sewa sy. Kat situlah die meluahkan perasaan die.

  • Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …

Die Tanya sy awk nk kawin umur brape? :P sy dgn jujur ckp umur 27 tahun, klu lewat dr tue sy nak suh mak yg carikan jodoh sy (sbb ms tue kami bkawan jer kan) manalah sy th itu ayat utk ‘tackle2’ nie :P


Dan seterusnya meleret2 lah sesi luahan perasaan tue :P secara rasminya kami lebih dr seorang sahabat sejak dr saat itu.
(kwn2 nak tahu apa yg sy ckp kat En Hubby selepas kami ‘mendeclaredkan’ diri lebih seorang sahabat tue..sy cm bgth nie “ hati perempuan sgt tipis mcm kulit bawang, sekali terluka slamanyer akan ttp ada kesannyer”..sy Cuma harapkan spy die dpt menjaga hati n perasaan sy..dan sy ckp, masih tak terlewat lg jika die nak tarik diri @ cr yg lebih baik dr sy :P)

  • Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?


Kami berkenalan hujung tahun 2004...
Officially declared lebih dr sahabat...October 2006 (ingt2 lp dah date nyer)
Merisik: January 2007
Bertunang: Raya yg ke-16 (2007)
Akad Nikah: 13/12/2008
Kire sendirilah ek :P
Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
Sabtu nie 13/6/2009...genap 6th month anniversary :)

  • Kejutan yg pernah dia buat pada anda …


Apa ek... Ntahlah ek. En Hubby nie mmg tak boleh nak djangka :P cthnye:
1) Ms masuk Kdai crocs..sj tengok2 then ttiba die kate ambillah satu :)
2) Dlm kereta tetiba die kuarkan something dr beg die..die bg bear starbuck..kecik jer tapi sgt chooomel.smpi skang sy bwk tdo :)
3) Celebrate birthday sy di Melaka..En Hubby jd tourist guide. Such a wonderful day..


Bnyk lg sbnrnye..tapi bukan itu smua yg buat sy “terjatuh hati” .. tapi sikap die..unexpected. I lurve the way he is..sy tak perlukan kejutan pun utk jatuh hati dkt die kan. sy rs kengkawan pun camtu kan? Perempuan nie snang jer kan..yg penting die syg, pandai jg hati n perasaan kite then kite dah hepi sgt dah.

  • Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …


Sudah semestinya sy mengharapkan hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Dikurniakan anak2 pengikat ksh syg..kebahagiaan berpanjangan..amiiin

  • Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?


insyaAllah, die akan menjadi Papa/ayah/abah yg terbaik utk anak2 kami nanti..amiin

  • Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda..


Alhamdulillah..En Hubby sgt pandai mengambil hati mak & adik2 sy. Mak sy pun asyik sebut2 nm en hubby..tak tahulah bcoz ini menantu yg pertama kan. Klu kami sekeluarga nak plan pegi mana tapi en hubby tak balik mesti mak sy tak nak pegi..jenuh kami adik beradik nak pujuk tau :)

Mak sy mmg sayangkan menantu die nie…

Makcik2 sy pun suka kat suami sy nie. Diorang kata, Jaafar nie pandai ambil hati :P

Cukup tak, amiys..habis segala rahsia terbongkar tau hahaha :)

So, kali nie sy dengan berbesar hati, nak suh mereka2 di bawah nie utk menjawabnyer :)

  1. DianaFirdaus: Pengantin baru nie..Selamat Pengantin Baru dear :)
  2. Khairina aka mama Fasha: My old schoolmate, bilelah kite dpt jumpa kan nang :)
  3. Hajarus: Loving couple :P
  4. Farahadura: Die tgh seronok bjalan2 dgn En Hubby tue..merata2 tempat die pegi
  5. are10: sahabat br di alam blogger nie :)
  6. Pn Connie: Bile lah dpt jumpa ek Connie :P
  7. Nani @ Ummi Hafiy: ko dh jwb ke tag nie nani..klu dah ignore jer k :)

Jwb, jangan tak jwb k...owh, kengkawan yg nak jwb pun dipersilakan ek..

Jumpa lg next entry k

Salam...

Monday, June 08, 2009

-::FamilY VAcATiON @ mELaKa::-

alhamdulillah, sampai jugak hajat nak bcuti dgn family. Kami tak pergi jauh. Melaka jer..alhamdulillah, kami slamat pegi n balik (wpun kami terpaksa menempuh jam yg agak lame :P)

tak dpt nak cite bnyk, so hari nie, sy bg teaser dl k. Next entry, kite cite lagi bnyk2 k




saje je nak tulis name sendiri, pastu snap sendiri jugak.. :P

Pengkalan Balak, Melaka Jun 7 2009

Thursday, June 04, 2009

-::BuaT PenGhiLanG RinDu::-

Gmbar gedix ini di ambil sebelum pegi rumah org kawin last week :)
sj je nak tempek gmbr nie
korang semua kan rindu kt sy kan
kan..kan..kan
janganlah malu
so nie sy letak buat ubat rindu lah nie
(warh..terlebih sudah ;P)
ada bnyk lagi cite nak share dgn kengkawan smua
nantilah...ms masih tdak mengizinkan lg
sgt2 bnyk keje skang
nie pun sj singgah skjap :(
see ya