Thursday, January 28, 2016

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 6 (last Day):-

Hari last kami di Tokyo hari nie.,huhu sedihnyer.

Kami check out pukul 10 pagi. Kami minta kebenaran dari receptionist utk tinggal barang kat hotel. Malas kami nak angkut beg gedabak besar tu hehe. Lagipun hari nie banyak jugak plan kami.

Sebelum kuar hotel sempat kami ambik gmbr hotel. Mana lah tahu ada sapa2 yang nak duduk hotel nie. senang cari nanti hehe. Ok 1st stop kami adalah ke Shinjuku Gyoen National Garden (SGNG) Tokyo Largest Most Popular Park. Memang cantik sngt taman nie. Sambil jalan2 hirup udara segar korang boleh juga berhenti ambik gambar. Memang banyak sangat port utk korang ambik gambar. Ni kalau musim sakura/ cheery blossom memang penuh orang.. Orang2 Jepun nie suka berkelah bawah pokok2 sakura ni. Masa kami pergi ni tak ramai orang..dah hujung autumn pun, sejuk banget..sesekali bile angin tiup, mahu menggigil ko. memang cantik sangat utk. Disebabkan taman nie besar sangat, banyak jugak kami buat jalan shortcut sendiri haha. penat wei kalau nak pusing 1 taman. Lagipun nak kena kejar masa kan.











(hehe,, gigih nak ambik gmbr pokok. Yg kat atas tu pulak saki baki bunga sakura kot)

Ok, dari sini kami terus ke Harajuku pulak. Tujuan kami nak ke Takeshita Street Kat sini memang happening. Kalau nak tengok fashion street remaja jepun, memang kena singgah. Kat sini jugak korang kena try Creepe jugak tau. Memang sedap..Tapi nasihat Ezan, korang jangan tamak pulak, creepe nie portion besar tau. Boleh share jer. Baju2 hipster pun bersepah ok kat sini...kasut2 but2 cantik pun banyak. Dekat sini jugak, Ezan beli coklat kit kat pelbagai perisa. Betul2 selepas korang lalu signboard/arch pintu utama Takeshita Street. Kedai farmasi sebelah kiri. Memang murah tau...Kat sini pun ada Daiso besar (3-4 tingkat). Kalau nak shopping souvenier boleh jugak. Tapi ada logo Daiso lah hehe. Ezan beli jugak chopstik chomel2 buat kenangan (entah2 ada kat Daiso Malaysia). Takpelah yg penting niat tu kan. Nak bagi souvenier kat orang ^_^










Teringat2 creepe nie. Bila lah lagi dapat rasa huhu


Dah habis melantak kami ke Odaiba pulak. Haruslah kena singgah sini kan. Misi nak ambik gambar kat Robot Gundam besar, Statue Liberty and Rainbow Bridge. Masa kami sampai kat sini hari dah gelap pun (dalam pukul 4 lebih). Masa ni pun kaki dah lenguh habis huhu). Tapi misi kena settlekan jugak kan. Kami heret jugak kaki. Alhamdulillah tercapai jugak impian haha








Mission accomplished haha. Puas hati Den ^_^. Actually klu ikut plan kami nak singgah ke Ginza. Saja jalan2 kan. Tapi masa dah suntuk sangat pulak. Dari Odaiba kami terus patah balik ke Hotel Kuramae untuk ambik balik beg gedabak kami dan terus ke airport. Kami naik Subway je..mudah & senang.

straight to Haneda Airport
-From Kuramae station take Toei Asakusa Line (station A17) and straight to Sengakuji station (A7)
-From Sengakuji station take Keikyu Main line to Haneda International Airport

Alhamdulillah. dipermudahkan perjalanan. Kami terus ke airport. Flight kami pukul 11.45 malam. Ezan nak ingatkan kwn2 kalau boleh datanglah awal kat airport tau. Sebab kat sini sgt cerewet. Sgt leceh. Staff airasia yg jg kaunter (mostly org Jepun) nie sgt tegas ok. Die akan check luggage korang. Muatan beg. Beg yang naik atas pun diorang akan tgk jugak. Diorang akan makesure muatan tak lebih 7kg. Satu lagi Q untuk check in memang ramai...masa tu lah baru kita jumpa ramai pulak orang melayu dtg sama masa dengan kita. Tapi sepanjang Ezan jalan2 kat jepun nie boleh dikira berapa kali je jumpa orang melayu hehe. Masa Ezan pergi hari tue ada satu family nie muatan diorang dah lebih. Staff airasia ni suruh diorang bukak beg and kurangkan muatan. kesian & malu diorang...semua nmpk kot. Terpaksalah diorang bukak beb & agih2kan dekat anak beranak...jenuh wei. Nasihat Ezan tak payahlah kedekut nak beli luggage kat bawah tu. Untuk keselamatan jugak...jgn pentingkan diri.

Satu lagi, kat airport haneda nie mmg susah nak dapat makanan halal. Memang ada disediakan makanan berasaskan seafood. Kalau yakin, bolehlah makan. Ezan tak makan pun. Kitorang beli sushi jer. Sambil2 tu kami shopping sikit kat airport ni. habiskan duit syiling jepun hehe. Bawak balik pun bukan boleh tukar kat Malaysia pun..Kalau nak simpan buat kenangan pun ambik 1-2 jelah kan





Last sekali, nak share toilet Bidet kat Jepun (orang lain share, Ezan pun nak share jugak lah haha)



Habis sudah travelogue bagpacker Ezan & sahabat kat Tokyo nie. Nanti kalau rajin Ezan share lagi tip2 sepanjang kat Jepun nie k. hotel and perbelanjaan kami kat Jepun. Siapa kata mahal...tak mahal wei :) kalau korang bagpacker lah kan.

Nanti Ezan cite pergi Sabah pulak ek.. Jalan2 dengan family pulak.


Wednesday, January 13, 2016

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 5:-

Adui jenuh jugak nak menghabiskan cite samarinda ke Jepun nie hehe (ada ke yang baca oiii)

Hari ke 5 kami di Jepun..

Hari ni pagi2 lagi kami dah terpacak kat Sensoji Temple & Nakamise Shopping Street. Satu tempat pun. Masa kami sampai orang tak ramai lagi. Smpat jugak kami round kedai2 kat sini. Survey utk souvenier. Banyak jugak yang berkenan kat hati hehe. Nak sampai di Sensoji Temple nie memang korang kena lalu pun kedai2 nie. Kami tak masuk pun kat dalam, cuma tengok dari luar je ^_^ sempatlah tengok adat budaya agama di Jepun nie. By the time kami nak patah balik, orang dah start ramai. Nasib baik kami dah aim tempat2 nak beli souvenier. Alhamdulillah kami dapat harga bargain. memang boleh kata 70% kitorang shopping kat sini.

Bile sampai di Tokyo, korang kena singgah sini. Senang jer wei nak pegi sini pun

* Fr. Kuramae Station take Asakusa Line A17 to Asakusa Station A18.
* Sensoji Temple boleh jalan kaki dari Asakusa station. Korang follow je signage











Dari sini kami terus ke Ueno Park

Actually Ueno Park ni kawasan nyer sangat besar tau. Kat sini ada macam2 attraction tau. Ada zoo, museum (ada lebih kurang 5 museum kat sini) & paling penting kat sini adalah tempat orang berpicnic masa musim Sakura/ cherry blossom. Tapi memandang masa Ezan pergi nie musim luruh, jadi kami hanya dapat lihat daun2 musim luruh jer...daun2 pokok kebanyakkan nyer sudah bertukar dari kaler kuning ke Orange. Cantik sangat. Kami juga sempat singgah di National Science Museum (Ezan memang sgt recommend utk singgah kat Museum nie) siap ada tayangan 3D tau. Memang berbaloi sangat2. Sempat juga kami singgah di Saigo Takamori Statue, Kiyomizu Kannon Temple . Nie semua kat Ueno Park sahaja tau.Kami malas nak masuk tempat2 yang lain sebab nak kejar masa punya pasal hehe. Kami juga sempat singgah makan Matcha Ice cream (Green tea Ice cream) di Ueno Park. Kalau korang rajin (sempat), boleh juga singgah di Ameyayokocho market. Dari blogger2 review di Ameyayokocho nie ala2 Petaling Street. Bolehlah kalau nak cuci2 mata beli souvenier kan.








 Orang kata this is the real Hachiko (selepas diawetkan)

Matcha Ice Cream


Lepas dari Ueno Park, kami singgah di Akihabara pulak. Center of electronic shop. Saja lah nak tengok harga barang2 elektrik kan. Dulu sebelum sampai kat Jepun orang kata barang2 elektrik kat Jepun diorang jual lelong lah, separuh harga kononnyer because of rapid changing of the technology development. Tapi hakikatnye uolls, same jer harga kalau kita convert to RM, same jer harganye hehe. Tapi Ezan & sahabat memang tak ada plan nak beli apa2 pun. Saje jalan2 jer :)

Kemudian kami ke Shibuya. Kami excited nak ke sini, first nak tengok Hachiko statue & the large intersection in the world ^_^ Nak shopping pun iya jugak haha. Ya Allah punyalah ramai umat manusia. Mana taknya kat Shibuya sahaja ada banyak shopping place boleh korang pergi i.e HnM, Uniqlo memang murah kat sini. Sempat juga kami jengah kat sini..Kata nak shopping kan


Hachiko Statue

 Orang kata port baik nak ambik gmbr cross intersection nie dari Starbuck tu ^_^

Tokyu Plaza


Kaki dah tak larat jalan. Dari Shibuya kami terus balik ke hotel. Habis dah pusing satu hari nie, besok last day kami kat Tokyo huhu. sedihnya..