Tuesday, August 25, 2015

-::Info tentang Jepun/Tokyo Part 1::-

(Entry ini akan sentiasa berupdate yer ^_^)

Assalamualaikum..selamat pagi korang2 semua. Ezan doakan korang sihat, insyaAllah..
Pagi lagi dah singgah sini..hari nie free sikit, so bolehlah mengular jap haha

Errrm, insyaAllah lagi 2 bulan lagi trip Ezan ke Jepun/ Tokyo. Tahun nie, selain bercuti dalam negara, ini satu jer trip over the sea Ezan. Itupun booked tiket nie awal tahun hari tu. Pergi pun tak dapat lame. Cuti non-adooo hehe (tapi sibuk nak berjalan) . So untuk trip kali nie cuma 6 hari 5 malam jer sob...sob sedih. tak dapat nak round bnyk tempat.

berapa harga tiket Ezan dapat??? RM 935..mahal ke? Tapi nie dah inclusive luggage pergi n balik. Balik kitorang ambik 25 kg each (RM99). Harga luggage berbeza tau utk Airasia & Airasia X. Airasia X mahal sikit huhu.. Masa pergi jer kitorang share utk 25 kg (share). Harga tiket without luggage cuma RM786 jer :)

Ok, meh nak share apa yg Ezan dah prepare untuk ke Tokyo nie. Nie Ezan dah prepare sejak dari bulan 2 lagi.. Basic information yg kite kena tahu.

(Peringatan: Info ini adalah hasil terjahan2 kat blog2 lain, saya belum sampai lagi di Jepun yer ^_^, InsyaAllah will update dengan pengalaman sendiri lepas balik dr jepun nnti k)

1. Di Jepun ada 4 musim (Untuk Asian countries, hanya Korea & Jepun mengalami 4 musim nie)

Jepun bermula dengan musim panas (sekitar bulan June)

Picture ehsan: En Google :)

Kemudian Musim Luruh (sekitar akhir September hingga November). 
InsyaAllah masa Ezan pergi nanti Ezan akan jumpa Autumn season nie. Based on review dari blogger2 lain yang pernah sampai sini, Autumn season nie sangat cantik. Masa nie kita akan nampak daun2 pokok berwarna kekuningan kemerahan. Dan yang paling Ezan teruja, Waktu Autumn season nie adalah waktu terbaik untuk lihat Mt. Fuji secara jelas. Tak semua orang berpeluang lihat Mt. Fuji tau..selalunya dilitupi kabus jer. Hanya Autum and Winter season adalah waktu yang terbaik. Melawat kt Mt. Fuji memang termasuk dari itinerary Ezan nanti....wahhhhh tak sabarnyer

Picture ehsan: Mr. Google
Subhanallah...cantiknyer


Diikuti oleh musim sejuk/ Winter (bermula bulan Disember)
Time nie pun adalah waktu yang best utk datang melancong ke Jepun. Untuk sesiapa yg nak tgk salji bolehlah datang time season winter nie. Snow akan turun di penghujung januari. Waktu winter ini juga Mt. Fuji juga akan jelas kelihatan. Subhanallah....

Picture ehsan: Mr. Google


Musim terakhir di Jepun..Musim Bunga
Untuk sahabat2 yang nak lihat bunga sakura, bolehlah datang ketika musim bunga nie. Pokok sakura akan mula merimbun sekitar bulan April. Tapi perlu diingat pohon sakura nie tak lama yer..cuma sekitar 3 minggu jer. Selepas itu semua pokok akan berwarna hijau dan bermula semula musim panas di Jepun :)


Picture Ehsan: Mr. google

2. Weather forecast 
Ok now Ezan dah tahu, waktu Ezan pergi nanti adalah Autumn season. Ezan pergi nanti dah nak penghujung musim luruh nie. Waktu nie Jepun dah nak start musim sejuk jugak nie. Klu ikut weather forecast


korang boleh check weather forecast kat SINI
Cer korang tengok suhu kat Tokyo nie. Suhu dah start drop dari Mid November tau huhu..Suhu nie lebih kurang masa Ezan pergi Hong Kong & China tahun lepas. Sejuk weiii...klu pergi waktu winter sure lagi sejuk. suhu drop to minus 1

3. Waktu Solat di Tokyo
Pergi mana pun, solat jgn lupa k (Pesanan utk diri sendiri jugak nie). Komen dari blogger2 yang pernah sampai, Jepun/ Tokyo sangat menghormati orang muslim. Semua airport di jepun ada sediakn surau utk solat. Alhamdulillah..


Korang boleh check waktu solat kat SINI k
FYI, beza waktu Jepun & Malaysia 1 jam jer tau. So tak yah nak risau betul2 kan jam k. Cumanya, bila waktu musim sejuk, waktu solat awal. Sebab gelap awal kan. Jangan terlajak pulak k :)

4. Pengangkutan di Tokyo
Nie part paling mencabar yang paling kite semua kena study before sampai ke sana. Cer korang sistem Tokyo Metro subway nie. Berselirat kan hehe. Ezan mula2 dulu pun pening kepala jugak nak belajar map subway diorang nie. Tapi alhamdulillah pengalaman semasa di Hong Kong & China bnyk sangat membantu. Yang penting korang kena tahu, nama tempat yang korang plan nak pergi, Lepas tu korang kn tahu jugak station subway yang paling dekat. Pening ek..

Satu lagi korang kena tahu..Selain Metro Subway nie, ada jugak pengangkutan lain..Contohnya Private rail/ JR Rail (yang warna kelabu) and JR Yamanote Line. Memang kena tahu betul2 cara nak baca map diorang nie hehe.


Gambar lagi clear korang boleh download dari SINI
Kat Jepun diorang sediakan card utk kita naik all the transportation kat sana. Nie ala-ala card TnG lah klu kat Malaysia nie. Boleh topup2 everyday. Machine top up ada di setiap station. Card nie mmg untuk traveller2 lah (short term period in Japan) ..Boleh beli card SUICA Card or PASMO card. Jangan risau if ada balance masa kite nak pulangkan kad, diorang akan pulangkan balik balance card. Rupa card cam kat bawah nie



Lagi info pasal Pasmo card cthnye kat mana nak beli, cara2 nak topup, penggunaan & etc korang boleh klink SINI

Ok, next entry kite cite pasal penginapan k


Tuesday, August 18, 2015

-::Selamat Hari Lahir::-



Terima kasih Ya Allah, untuk semua kasih sayang MU
ku panjatkan kesyukuran kepadaMu utk semua kurniaanMU
Aku tidak akan berhenti memohon kepadaMu Ya Allah..Aku hambaMu yg lemah yg memerlukan pertolonganMu sangat ku susah dan senang
Pimpinlah tanganku sekiranya aku terjatuh Ya Allah
agar aku akan terus bangun..untuk melangkah
bimbinglah daku seperti tahun-tahun yg lepas..
tanpa henti

Mak,
Terima kasih mak kerana melahirkan Along, jaga along.. Tak terbalas walau dengan segala harta yang along  ada
tidak akan cukup untuk membayarnya
Hanya doa, kasih sayang yg tidak putus along berikan

Abah, mungkin sekejap waktu untuk kita berdua..tapi percayalah Abah sentiasa dlm ingatan. Masih terngiang2 semuanya..Semoga Abah ditempatkan di kalangan yang beriman..di Jannah..ameen

Suami.
Terima kasih Ya Allah..kerana memberi dia sebagai suami ku
Aku tidak akan memohon lebih darinya, kerana aku juga punya banyak kekurangan
Aku bersyukur..kerana dia sentiasa memberiku kekuatan
Semoga kasih sayang ini akan terus berkekalan..


Selamat Hari Lahir..
16 Ogos 2015
Terima Kasih Ya Allah

Monday, August 10, 2015

-::Buat sendiri steamboat di rumah ^_^::-

Monday blues huhu..Bila hari Isnin jer memang rasa malas jer semua nyer. Nak2 pulak pagi nie Ezan sakit perut cam sebu/ kembong. Aduhhh...tensen gua. Siap beli teh tarik halia pagi ni..letak minyak angin lagi.

Dah melalut pulak pagi nie.

Sebenarnya nak share dengan korang pasal steamboat. Last weekend Ezan ngan adik2 plan buat makan2 kat rumah mak. First time nie kitorang try steamboat+grill. Tapi main menu kitorang Steamboat lah. Yg buat special sangat kitorang buat sos ala-ala Sos Johnny's tau. Itu yang buat sedap tau...

Honestly, memang berbaloi kalau kita buat sendiri kat rumah. Puas hati..Makanan banyak, sedap. Berbaloi sangat. Siap buat dessert lagi tau. Tak susah sebenarnya nak buat steamboat sendiri kat rumah. Korang cuma perlu buat kuah untuk steamboat & sos ala2 Johnny's tu jer. Bahan2 lain boleh beli jer. Senang kan :)

Meh Ezan share resepi utk buat sos ala2 Johnny's tu

RESEPI SOS JOHNNY'S
Utk 8 pax

12 cili merah
*6 ulas bawang putih
*6 sb sos ikan
*6 sb minyak bijan
*6 sb cuka
*2 sb sos tiram
*2 sb kicap
1 sudu tepung jagung/ kastard
1 sudu sunquick
bijan (disangai)
daun ketumbar (potong kecil)
bahan perasa (garam & gula)

cara2:
1. Blend kan cili merah dan bawang putih (blend basah) air agak2 lah ek.
2. Campurkan cili merah yg di  blend tadi di dalam kuali. masukkan semua bahan yg bertanda *.
3. Masukkan sunquick (utk rasa masam) dan perasakan dengan gula dan garam
4. last sekali masukkan 1 sudu tepung jagung (utk pekat)

Masa nak hidang nanti bolehlah masukkan bijan yg disangai & daun ketumbar tadi ^_^ sure menjadi punya...

Utk kuah steamboat tu, Ezan cuma masukkan beberapa ketul ayam + kiub ayam+ air. Tak perlu masin sangat macam masak sup ayam tu tau.









memang terbaik plan kitorang kali nie. Siap ada dessert Puding roti kastard berkuah lagi...kenyang, alhamdulillah :)

Nota kaki: Tiada dalam gambar - Ayam grill black pepper. Fuhhh terbaik dari ladang tu hehe. Lupa plak utk kuah steamboat, Ezan dah rebus siap2 atas dapur gas dulu. Pastu baru masukkan dalam rice cooker (sebab takde periuk utk steamboat). Masak nak masak bahan2, korang letakkan kat COOK.

Meh..jemput tengok k :)



Monday, August 03, 2015

-::Finally it is Mine 'Si Kelabu' ::-

Fuhhhh (lap peluh lelaju ^_^)  Alhamdulillah, settle one thing. 'Si kelabu' Ezan dah habis bayar hehehe. Lama tu nak tunggu. 9 tahun tu...tapi pejam celik dah 9 tahun. cepat masa berlalu (umur pun dah bertambah jugak) . So this month kire final payment untuk 'Si Kelabu'. So hari nie Ezan share prosedur2 yg harus dibuat untuk final payment (installment) untuk kereta.

*Urusan di Bank
1. Sebelum bulan terakhir untuk installment kereta, korang kena call bank untuk tanya last amount yg korang kena bayar (usually ada tambahan sedikit). Macam Ezan sendiri ada tambahan RM10 daripada installment biasa.
2. FYI, installment terakhir kena bayar di kaunter yer kawan. Wpun sebelum tu korang bayar melalui auto debit. Actually bank dah kira siap2 dah. contohnya mcm Ezan - 'Si Kelabu' Ezan ambik utk 9 tahun (108 bulan), tapi bank akan kira auto debit until bulan ke 107 sahaja. Bulan ke 108 (bulan terakhir) kn bayar di kaunter.
3. After dah dapat final amount, korang boleh pergi terus ke bank yg korang buat loan* tu untuk buat settlement amount. Jangan lupa bawak copy IC korang tau. After dah buat settlement amount, bank akan bg surat pembatalan hak milik n geran kereta.

*Actually korang boleh buat final amount tu kat mana2 cawangan bank korang. Cuma leceh sikit sebab original geran cuma ada kat bank yg buat loan korang sahaja. Tapi if korang mmg dah pegang Original geran , korang boleh pg mana2 bank pun.

***Urusan di JPJ
Selepas selesai urusan di bank, korang kena bawak surat pembatalan hak milik dan geran kereta ke JPJ. Tujuan ke sini untuk JPJ matikan pembatalan hak milik bank dalam geran. JPJ akan cop kat geran korang tu.

So selepas tu....WAlaaaaa, now kereta tu dah jadi 100% milik korang #nomorehutang #bebashutang

*** Urusan di JPJ nie boleh buat bila2 pun sebenarnye. Sebab sekarang bank & JPJ dah buat online and link. In system, kereta tu dah mmg milik kita. Evento kita tak pergi cop kat JPJ.

Ada satu lagi Ezan nak share dgn uolls, sekarang original geran kereta dah boleh ambik 1 year after korang beli kereta. Which tak perlu tunggu until final payment. Macam Ezan sendiri, dah ambik 1 year after beli kereta. Tapi Ezan hilang pulak yg Ori. Tinggal yg copy sahaja. Don't worry korang cuma perlu pergi ke JPJ, isi borang JPJ K7, bawak copy of geran (if ade), copy IC and duit RM50.
Itu sahaja....

^_^ mudah kan.

Lega satu perkara...alhamdulillah

#penantian9tahun
#syukurselalu