Thursday, November 07, 2013

-::ReViEw mOvIE eScApE pLaN::-


Salam Khamis :) hehehe
Cepat ek dah hari khamis. Kalau setiap minggu macam nie kan best ^_^
Keje rabu, khamis n jumaat jer haha

Ok..straight to point k
last weekend pegi tgk movie dgn Encik Hubby
"Escape Plan"
boleh tahan jugak cite die
Ezan boleh bagi 3.5/5 kot (boleh tak :P)
sebab rasanya mcm ada yang missing
maybe action tak banyak sangat kot
sbb i loikeeee action movie hehehe

Movie nie mengisahkan Ray Breslin, bekas peguam yang mempunyai syarikat sekuriti yang kerjanya untuk test tahap keselamatan maksimum penjara. Sepanjang kerjayanya, Breslin keluar masuk penjara dengan bantuan staff dan rakan2 nye. Breslin juga menghasilkan sebuah buku hasil dari penyelidikannya.

Kepakarannya menarik minat pihak CIA yang kemudian menawarkan sejumlah wang kepada syarikatnya untuk menguji keselamatan sebuah penjara. Bagaimanapun pekerja dan rakan kongsi Breslin tidak boleh tahu lokasi penjara itu.

Breslin bersetuju dan dia ditangkap pihak CIA atas identiti penjenayah yang paling dikehendaki. pada mulanya staff telah meletakkan Mikrocip  di lengan Breslin untuk mengesan lokasi dirinya. Walau bagaimanapun, pihak CIA telah membuang mikrocip itu mengelakkan breslin dapat dikesan.

Malah, pihak CIA turut menyuntik dadah bagi membuatkan Breslin pengsan supaya tidak dapat mengesan lokasi sebenar penjara berkenaan.

Sebaik sedar, Breslin berada di sebuah penjara yang aneh dalam kotak kaca yang tiada dinding. Di situ Breslin bertemu Emil Rottmayer lakonan Arnold Schwarzenegger yang juga banduan di penjara yang sama.

Breslin mula merancang cara untuk melepaskan dirinya dengan bantuan Rottmayer walaupun dia kemudian terjerat dengan komplot pihak CIA dan rakan kongsinya yang berpaling tadah dengan perjanjian asal mereka.

(sumber asal Harian Metro + olahan sikit2 dari Ezan hehe)

So, tak rugi klu kawan2 nak pergi tengok ek :P

Best wooo...

No comments: