Tuesday, February 25, 2014

-::Day 1 Bercuti Ke Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong Episode 1::-

Alhamdulillah, flight yang ditunggu hampir setahun yg lepas. Standard lah bagpacker kan..beli harga promotion lah. Kitorang dapat return flight RM351 per person. Daripada 4 orang yang sepatutnya pergi, last2 hanya kami berdua jer yang pergi huhu. Gamble giler kan



Flight ke Guangzhou pukul 5:30 pagi. Seawal 2:30 pagi kami dah ada kat airport ^_^ sempat lagi singgah makan KFC kat airport before check-inn. Kali nie terpaksa ambik luggage bawah, sebab awl2 lagi beg kami dah berat yer kengkawan. Bawak baju sikit jer...Beg penuh ngan makanan jer nie hehe.

Kami sampai di Guangzhou pukul 9:30 pagi (4 hours perjalanan). Suhu kat Guangzhou, sejuk giler wei (below 10 celcius). Sampai jer, terus 'melawat' toilet diorang. Mungkin sbb pagi lagi, jadinya toilet agak bersih sedikit. Wpun seperti diberitahu oleh rakan2 blogger lain, kat China & Hong Kong mmg takde paip dalam toilet diorang (adui ini pun nak cerita kehehe)

                 
Untuk ke Metro korang kena ikut exit ke P2 & P3 (tengok signage kt belakan Ezan tue)

First sekali kitorang buat, cari port baik untuk makan breakfast. Makan Nasi Lemak Pak Naseer Airasia hehe. Settle makan kami naik tren/ metro dari airport ke Guangzhou East Railway Station (GERS). Tiket dalam CNY7 per person.

Sampai di GERS terus beli tiket ke Hong Kong/ Kawloon. The earliest train kami dapat pukul 2:04 petang. Before tue kul 12 pm, which kitorang terlepas train tue. Korang boleh refer below schedule yer:


Tiket fare CNY150 yer utk sorang


Ok sementara nak menunggu train kami tue, kami sempat makan kat Mc Cafe McD. Sejuk kan, so pi pekena Hot Coffe lah ^_^ sambil menggunakan WiFi (maklumlah nak bgth satu dunia keluarga yang dah sampai kt Guangzhou.

Mahal jugak wei..CNY22 satu cawan. RM10 hengget jugak duit kita.

Sementara tunggu tue, kami sempat ambik gambar kat luar..best woo. Udara sejuk2 kan. Tapi tak leh duduk lama kat luar. sejuk giler. Jari2 semua rasa cam nak beku huhu. Tapi bergambar tetap bergambar jugak haha.

Nie sebenarnya tgh menahan kesejukkan huhu

Habis bergambar, kitorang terus masuk since dah nak dekat kul 2. Rupanya orang dah beratur panjang. Nasib baik tak terlepas. Just peringatan kat korang semua (supaya tak jadi mcm kami :P) kena check inn 1/2 jam before tau. Tren dah ada pun...Sebabnya urusan check inn pun kira lama jugak tau. Dalam tren, rasanya macam biasa jer kot. Katanya Express train, tapi sama laju mcm komuter kite jer hehe. Cuma nyer tren nie tak berhenti2. Kelas wei, siap ada pramugari tau ^_^ Untuk sampai HK dalam 2 jam perjalanan.

 My travel partner..K'Gee


Ada Tv dalam tren..tapi tak phm, semuanya bahasa die jer huhu

Dalam tren tido jer, sedar2 dah smpi Hong Kong. Ngantuk giler wei :) . End episode 1, tggu sambungan Episode 2 k...tggu....

-::LuKisAn ALaM - hIJJaZ::-

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu



Nota Kaki: Nasihat untuk diri sendiri dan untuk sahabat2 sekalian..Kadangkala kita terlupa tentang hukum alam..Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah..

Monday, February 24, 2014

-::AlhamdULiLLAh, sELaMAT pULAng dR gUANGzHOU-HoNG kOnG - sHENzHEn - gUANGzHOU::-

Alhamdulillah..selamat sudah pulang dari Guangzhou :)
Guangzhou - Hongkong - Shenzhen - Guangzhou
Memang pengalaman yang tak boleh lupa..
Banyak nak cite dengan korang semua, InsyaAllah, nanti ada masa Ezan akan cerita kat korang semua
moga jadi panduan untuk korang-korang yang bakal menjejak kan kaki ke sana nanti

Pengalaman 5 hari 4 malam

Susah & senang pengalaman bagpacker

Teaser :)

Nie baru sampai Baiyun Airport ^_^

Ticket train from Guangzhou to Hong Kong CNY150 per person

Disneyland Hong Kong HKD 405 per entry


Next entry Ezan cerita details k
See Ya ~~

Monday, February 10, 2014

-::SaFiQ RahIm & ZanDra WedDing::-

Semalam g wed Safiq Rahim and Zandra
^_^
Safiq Rahim nie kira 2 pupu dengan Ezan. Ezan pun panggil mak ayah die Pak Teh and Mak Teh. Walaupun jarang jumpa tapi usually raya mesti jumpa punya lah

Huish, ramai betul orang. Ada jugak media yang datang, kawan2 artis die. Cuma pemain bola tak nampak hehe. Agaknya diorang dah datang masa die buat kat Golf Resort hari tue. Kat sini maybe untuk jiran2 and keluarga..Nasib baik rumah sedara mara kat sini dekat, sementara tggu pengantin, Ezan lepak dulu kat rumah makcik yang lain :) panas wooo klu nak tunggu bawah khemah. Lagipun orang dah Q nak duduk pulak.

Oklah malas nak cite banyak, jom kite layan gambar jer k



Wedding card Safiq & Zandra





Yang bawah nie pulak, pre-wed photo frame yang diletakkan di laluan utama khemah pengantin




& pelamin Safiq Rahim & Zandra..Nice kan


dah lah kot ek..banyak dah rasa gambar wed die. Ezan pun tak dapat ambik gambar dengan pengantin :) ramai orang sangat. Beruntung makcik2 Ezan yang pegi night before. Ada malam berinai utk family members. So sakanlah makcik Ezan ambik gambar hehe

Nota Kaki: Tinggal seminggu jer lagi nak ke Guangzhou..Horey ^_^

Thursday, February 06, 2014

-::PreParatiOn Ke GuaNGZhou-ShenZhen-Hong KonG::-

Warh tajuk entry berkobar-kobar
Ini kira entry nak lawan sahabat Ezan yang nak ke Gold Cost..which die pegi lebih kurang sama date ngan Ezan nak ke Guangzhou-Shenzhen-Hong Kong

Minta maaf banyak2 yer Pn Airin hehe

So entry nie pasal preparation nak ke sana lah
InsyaAllah Ezan akan ke Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong pada 18 Feb till 22 Feb nie..semangat berkobar2 nie. Kali nie kitorang akan cover 3 tempat skali. Baru berbaloi2 beli tiket haha

Okay, since percutian Ezan nie adalah percutian budget, jadi semuanya adalah dibuat oleh "Myself" hookay. Tiada bantuan daripada tour agent bagai ^_^ dari book tiket, hotel, itinerary n bla..bla semuanya dibuat sendiri.

But don't Panic, kite wat macam biasa (walaupun sebenarnya 1st time nak gi China nie hehe)


Untuk first timer macam Ezan nie, mestilah kite dok men'google' untuk cari tip2 untuk ke sana kan. Penat akak godek2..segala blog, forum semua Ezan cover hookey hehe. BTW, nak ucapkan terima kasih jugak kat blogger2 yg rajin update pasal diorang nyer vacation..memang sangat2 membantu..Hanya Allah dapat membalasnye..aminn.

Daripada hasil pembacaan Ezan, untuk pengangkutan dekat Hong Kong and Guangzhou memang sangat mudah. Sebabnye dekat sana diorang guna MRT (Hong Kong) and Guangzhou Subway. Which lebih kurang macam LRT, Star kita lah. Korang jangan tak percaya, Ezan memang study betul2 diorang nyer station2 kat 2 tempat2 nie hehe. Korang boleh rujuk kat sini:

1. Hong Kong (Hong Kong MTR)
2. Guangzhou (Guangzhou Subway Map)

Yes, mula2 korang kena tahu mana tempat korang nak pergi and kena tahu station2 terdekat. Fuhhhh...jenuh nak khatam pasal nie tau. Our plan to Hong Kong cuma nak pergi ke The Peak, Madame Tussoud, Avenue of Star, ladies market of DISNEYLAND...sebab nie lah pun kitorang nak gi Hong Kong hehe.




Hotel, korang boleh book dari http://www.agoda.com/ , http://www.booking.com/ and banyak lagi website2 yang boleh tengok. Ezan lebih suka guna Agoda. Alhamdulillah, setakat ini berbaloi seperti yang kita bayar. Nak lg murah, korang kn daftar as member. Korang akan dapat diskaun lagi.

Sebelum travel, korang kena tahu jugak cuaca kat tempat korang pegi nanti. Important nie, sebab senang nak prepare apa2 yang patut kan. Contohnya, macam nak pergi China nie. Bila tengok weather forecast barulah kite tahu rupanya masa tue musim sejuk hookey.

Nie dekat Guangzhou..sejuk wooooo


Yang nie pulak dekat Hong Kong...pun sejuk huhu


Jadinya memang nak kena bwk baju sejuk jugak kan. Rain coat pun nak kena sediakan jugak huhu. haruslah Ezan shopping dulu kat sini hehe.

Waktu solat pun kena tahu jugak. Walaupun masa kat China same jer dengan kita kat sini, tapi waktu solat different. Korang boleh review kat sini World Prayer time. Senang kan. Untuk yang ada smart phone, boleh install compass untuk tentukan kiblat. Yeh, semua di hujung jari kan hehe

Satu lagi yang penting. Visa. Before korang ke China, korang kena apply utk visa. Untuk ke Hong Kong tidak perlu yer :) Macam Ezan kena apply double entry visa, sebabnye Ezan akan pergi ke Guangzhou ke hong kong. and patah balik Hong Kong ke Guangzhou :) kalau korang nak masuk China jer, boleh apply single entry. Murah sikit :) Korang boleh pergi sini untuk maklumat lanjut [Application Visa ke China]. Ezan suruh Zahafiz Travel untuk buatkan visa. Malas wei nak ke KL tue. kena bayar charge runner dalam RM20..oklah kan :)

Ok, itu rasanya yang basic harus kita tahu ^_^. Yang lain macam makanan, things to bring..Ezan akan review dekat next entry k.


Da ~

Assalamualaikum :)

Wednesday, January 15, 2014

-::AzaM Di 2014..HeHEHE::-

Salam Isnin kawan-kawan :)

Hari nie tiba-tiba nak update pasal azam 2014 hehe..Yes, Ezan mengaku banyak sangat azam2 yang lepas yang ter 'miss'..sama ada terlupa, buat2 tak tahu or sikap sambil lewa Ezan sendiri kan (mengaku ikhlas punya haha)

Semua orang ada perancangan masing2 kan. Ada yang nak memiliki rumah sendiri, punya kereta besar, meluaskan perniagaan, nak kuruskan badan..Uish banyak lah..

Ezan pun sendiri tak terlepas jugak nak ada azam untuk tahun nie. Meh Ezan share dengan kawan2 k:

1. Nak kuruskan badan dan sihat
Actually nie azam setiap tahun pun ^_^ cuma kali nie semangat tue lebih sikit. I'm not hope kurus macam model. Enough untuk badan tue rasa fresh, and you can walk with confident. Tak payah nak risah your big tummy (unless i'm pregnant), peha yang besar (which nampak sangat buruk when you wear jeans) and muka yang temban sangat2. Honestly and having all these problem :( The worst part, when people keep asking you, Dah pregnant ker? just because badan you dah bertambah besar. Yes, setiap cakap orang tu adalah doa..which Ezan pun really hope for that..cuma malu nya bila it is not true..it is because of my big tummy jer..huhu malunya :(

Ezan juga terlalu malas nak senaman. That's why i'm become a true fat huhu..tahun nie, meh kt senaman ramai ^_^


2. Berjimat dan tambahkan wang simpanan, investment
Alhamdulillah, sehingga ke hari nie, Ezan dapat menyimpan sedikit duit. Untuk disiplin, Ezan memang tolak duit saving fr. gaji Ezan every month. Double alhamdulillah, Ezan masih dapat memberi duit bulanan kepada emak..Cuma kadang2, bile perlukan duit lebih, Ezan terpaksa korek balik duit saving tu kan. Jadinya azam tahun nie, Ezan nak kurangkan perbelanjaan yang mengarut2 nie. Habiskan hutang kad kredit secepat mungkin. Penting nie kawan2.

InsyaAllah, tahun nie i'm looking for 'promotion' as promise masa mula2 transfer to ofis baru nie. Doakan untuk Ezan k. Dapatlah tambah sikit duit ^_^ or saving.

Untuk investment, sejak setahun lepas, Ezan dah start wat perlaburan tru Public Mutual..Thanks to my x-colleague Aniza. She's full time agent for Public Mutual (resigned fr. Proton and doing this business). Sesiapa yang berminat, boleh beritahu Ezan k. Nanti i'll pass to Aniza. trust me, she is good agent for you.

Cuma untuk tahun nie Ezan ingat nak tambahkan sikit duit simpanan tue. Yes, Ezan dalam planning untuk buat business kecil-kecilan ni. InsyaAllah...


3. Start a Fresh for everything
Besar maknanya nie kan :)

Susah Ezan nak beritahu semuanya kat sini. Banyak perkara Ezan nak kena lepaskan..I have to start with a fresh way..Honestly i'm a bit clumsy when it comes to start a new thing. Tapi kali ni, Ezan kena try to relax, redha untuk semuanya. Betulkan, sebenarnya kalau kita rasa susah sangat hari ini, sebenarnya ada ramai lagi susah daripada kita. Jadi kawan2 redhalah untuk semua perkara yang hadir dalam diri kita. InsyaAllah ada jalan ketenangan untuk semuanya..amin ^_^

I'm looking forward untuk sambung master. InsyaAllah, after hubby habis sambung Master die, Ezan pulak nak sambung master. InsyaAllah, everything must start with Niat kan...

This year Ezan memang planning for my self development, career development..everything for my inner strength

Moga Allah berkati segalanya




Itu jer kot yang Ezan terpikir hehe. Ini pun rasa berat sangat tanggungjawab nak kena buat..InsyaAllah, doakn untuk Ezan k

^_^ Lurve Ya

Assalamualaikum

Tuesday, January 07, 2014

-::MudaHnYa rEnEW pASsPOrT gUNa kippaS::-

Ai..renew passport nie nak gi mana nie hehe
Passport Ezan dah nak expired bulan 4 nie huhu
haruslah kena renew kengkawan ^_^ (padahal memang nak berjalan)

Tahun nie, Rombongan cik kiah nak ke Guangzhou, Shenzhen, Hong Kong (InsyaAllah ^_^)

Lupakan cite pasal berjalan nie. Ezan sebenarnya nak cerita pasal renew passport kengkawan. Sekarang dah mudah, cepat dan effecient sekali..Terima Kasih Imegresen hehe.

Korang pernah dengar KIPPAS (Kiosk Permbaharuan Passport). Nie ala-ala kiosk (machine) kite nak mintak penyata KWSP tue kengkawan. Apa yang korang perlu bawak:

1. IC
2. Salinan IC
3. Gambar Passport (sekarang background putih tau)
4. Of coz lah passport kan :P
5. Duit RM100 utk 2 tahun @ RM300 utk 5 tahun.

itu jek kengkawan. Pengalaman Ezan buat dekat Putrajaya Presint 15 memang cepat dan pantas. Masa Ezan buat pukul 3.30 petang. Kawan2 ikut jer arahan pada kiosk tue. Don't worry, macam dekat Precint 15 nie memang ada pegawai imigresen duduk dekat kiosk tue. Dia akan monitor kite guna kiosk tue. After dah selesai and dah dapat resit, korang bawak IC, passport and gambar dekat pegawai imigresen yang duduk dekat sebelah kiosk tue. dia akan ambik passport lame kite and suruh kite collect dalam masa sejam lagi..itu jer

Mudah kan, tak perlu nak beratur panjang pun ^_^ . Cuma Ezan rs bg yang 1st time buat passport still kena guna kaunter lagi lah..usually orang mmg ramai lah

Ok..nie gambar kiosk tue (picture taken fr. google k)




Jangan risau jugak kalau korang terlupa ambil gambar, copy IC..Imigresen dah sediakan under 1 roof. Yang penting korang jangan lupa bawak duit jer hehe

Untuk lebih pemahaman, jangan lupa layari Imigresen Malaysia yer