Thursday, July 04, 2013

-::HatyAI nIGhT mARkEt..mUST go::-

Erm, sambungan episode yang lepas huhu

Balik dr Floating Market, kami terus balik hotel. Tidur smpi tak ingat dunia lah, kepenatan. Sedar2 dah kul 8 lebih dah. Bersiap ala kadar jer, kami berjalan kaki ke Hatyai Night Market (HNM). HNM nie ‘berpusat’ di Lee Garden Plaza, sepanjang jalan ke Lee Garden Plaza, memang ada banyak gerai2 jualan. Ada jual T-shirt Hatyai, souvenier, makanan, beg, buah2an & etc

Best woo..mesti kena pergi tau. Tapi, ramainya manusia..majoritinya pelancong Malaysia ler huhu. Rasanya orang Thailand Cuma peniaga2 jer. Kat sini korang mesti kena try pulut mangga and pulut durian diorang. Marveles wei..Wajib kena try. Pastu, beli Nasi lemak & the tarik Hatyai..pun sedap jugak. Ada banyak lagi makanan yang u all boleh try. Cuma kat sini kebanyakkan nyer dah fixed harga. Peniaga2 nie pun dah cerdik dah..kalau korang boleh dapat diskaun lagi memang hebat ar..kitorang pun hampir2 bergaduh jer dgn peniaga2 nie.

Baju T-shirt Hatyai..sangatlah mahal ok. Ikut saiz. Klu saiz L & XL boleh cecah RM18 sehelai. Saiz S & M RM12..adui menyesal tak beli masa kat Floating Market. Lebih murah tau huhu
Rasanya semua lorong pasar malam tue kami masuk. Dari plan nak beli makanan, kami Berjaya menghabiskan duit beli beg, baju, jajan…

Tapi really worth it..


Must Go






-::MAkaN-mAkAN @ FLoATiNG mARkET::-

Tempat ke-3 kami

Pasaraya Big C

Ini tak termasuk dalam plan kami sebenarnya. Saje kami singgah disini. Plan nak ke Cable Car. Kebetulan masa kami pegi nie, Cable Car tutup pulak.. kami kat sini Rehat2 sementara menunggu ke Floating Market. Big C macam Tesco kita kat Malaysia nie. Besar jugak. Tak jauh dari Floating Market. Dalam 10 minit dah sampai ke Floating Market..

Floating Market

Pukul 2.30 petang kami bergerak ke Floating Market. Sebelum kami sampai ke Floating Market, kita akan jumpa gerai2 di sepanjang jalan. Pastu Kita kena menyeberang jambatan sebelum sampai ke Floating Market (FM). FM nie dibuka pukul 4 petang sampai malam tau. Kawan2 kena datang awal tau. Boleh dapat tempat duduk. Lagipun kat sini, kebanyakkan peniaga dah sampai awal pun. Memang berbaloi2 tau datang sini.

Kat sini kena cuba SomTam diorang, air dalam buluh or bekas2 tanah yang sgt cute mute, jelly, kueh. Korang kena try semua makanan tau. Ezan rs kebanyakkan peniaga kat sini Muslim. InsyaAllah Halal J
Atas Floating Market nie ada jugak kedai2 jualan. Ada jual T-shirt Hatyai, kasut2, souvenier2 Thailand. Erm, Kawan2 boleh beli T-shirt Hatyai (I love Thailand) kat sini. Murah klu nak dibandingkan kat town Hatyai. Menyesal Ezan tak beli kat sini. Ingatkan kat sini lagi mahal.

Lame kami kat sini. Rasanya sampai kul 6 lebih. Nasib baik Tuk-tuk kami memang sabar menunggu kami hehe. Kami terus balik hotel dari sini. Aktiviti malam kami??? Kena tunggu next episode k

Jom layan gambar kami








Kite jumpa next entry k. Night Market Hatyai

Wednesday, July 03, 2013

-::JournEY BEgiN, 1sT dAY tRIP hATyAI::-

Journey begin
Sambungan from last episode..Jgn muntah darah pulak baca travelog Ezan nie k

Selesai beli tiket, kami breakfast kat Hamid Restaurant. Penuh orang Malaysia jer dalam nie. Makanan Sedap jugak..tapi harga die boleh tahan wei. Nasi Goreng RM7 tau/ 70THB. Air coffee..RM3. Breakfast utk sorang RM10 hengget tau..Hari2 mau bangkrap nie hehe

Settle makan, kami cari hotel pulak. Color Hotel. Adui..berpusing2 kami cari hotel nie. Tanya orang pun tak tahu. Masalah orang Thai nie, diorang tak pandai English hookey. Kalau nasib baik, boleh jumpa orang Thai yang pandai cakap melayu sikit2. Tapi English mmg out diorang nie. At last kitorang Tanya driver Tuk-tuk sebab dah tak larat berpusing2 kat dalam Pekan Hatyai. Rasanya dah puas kami tawaf haha.
Kebetulan driver Tuk-tuk nie boleh ckp melayu sikit-sikit. & die tahu pulak hotel nie. Mmg jauh sikit dr kawasan central Hatyai (area Lee Garden hotel). Kami terima jer, sebab dh beli tru Agoda. Kami dapat RM90 semalam. Boleh lah ek. Selesai urusan check-in kami terus masuk, mandi, bersiap utk keluar pulak. Pasal hotel nie, nanti Ezan wat entry khas untuk review k

Ice Dome Hatyai
Kami book Tuk-tuk 800THB untuk perjalan kami hari tue. Itupun setelah adegan pujuk memujuk berlaku yer. Dari 1500THB, kami dapat 800THB huhu..

Tempat pertama, kami ke Ice Dome. Serius best wei..jangan tak pergi hookey. Ticket masuk 300THB. Tapi berbaloi. Macam2 ada dalam nie, semuanya dibuat dari Ice. Sebelum masuk korang akan diberi jacket & glove. Itupun tak cukup lagi..sejuk giler dalam tue huhu. Recommended utk korang masuk k.

Jangan lupa beli souvenier kat luar. Kami beli gambar yang diorang ambik tue. saju buat kenang2an

Jom layan gambar dulu







Tempat Kedua kami..

Chang Puak Camp ..

Kat sini, kiranya tempat untuk Kem gajah2 lah kengkawan.

Kat sini jugak, u all boleh ‘menunggang gajah’ eh..eh betul ke word nie ek. Lantaklah lah kan haha. Kat sini jugak u all boleh ambik gambar dengan gajah , macam kami lah tue haha. Disebabkan percutian kali nie adalah berkonsepkan budget jadi kami takdelah naik gajah tue. Lagipun masa kami kat sini, memang tengahari buta yer. Memang tak sanggup lah naik..Tapi rasa cam rugi pulak kan tak naik. Erm takpelah maybe next time hehehe. Tunggu makcik Kayo dulu haha

Erm, recommended jugak utk pegi yer :)


Meh layan gambar dulu






Erm, panjang pulak entry. kite sambung next episod lah k. Tunggu.....

-::bERcUTi hATyaI..D bEgInNiNg::-

Shah Alam - Hatyai
Kami bergerak ke Hatyai menaiki bas Konsortium pukul 10:30 malam. Best woo naik bas nie. Sangat selesa, luas. & paling best ada pramugara tau untuk bagi selimut. Hehe..actually memang betul tau, diorang ada sediakan selimut. Cuma tak cukup wei..still sejuk giler
(pramugara : sila read as assistant driver)

Bas akan singgah di Pudu untuk ambil penumpang lain. Kiranya bergerak dari KL – Hatyai pukul 12 lah jugak. Sepanjang jalan, Ezan tak dapat nak tidur sangat pun, sejuk sangat huhu (walaupun sebenarnya dah pakai sweater, stoking, selimut)

Changlun
Sebelum sampai Hatyai, bas akan berhenti di Changlun. Kami sampai kat sini pukul 5:15 pagi. Dekat sini driver akan minta passport. Don’t worry pihak Konsortium akan uruskan untuk border pass. Kite semua relax jer. Dekat sejam jugak kat sini. Pada sapa2 nak minum, tukar duit..semua ada kat sini. Money Changer dibuka dari pukul 5 pagi tau.

Imigresen Malaysia & Thailand
Dari Changlun ke imigresen Kayu Hitam ambil masa sejam. Ramai wei, ada setengah jam jugak kat sini. Dari imigeresen Malaysia – ke Imigeresen Thailand dalam 10 minit. Macam biasa bile sampai imigresen Thailand we all kena turun bawak beg sekali tau. Kat Malaysia lenggang kangkung bawak passport jer.

Dari imigresen Thailand ke pekan Hatyai, ada dalam sejam jugak. Sempat tertido jugak kat sini haha.

Hatyai
Sampai di Pekan Hatyai, bas akan berhenti betul2 depan Konsortium ofis. Kat sini we all beli tiket balik ke S.Alam. Cuma tiket balik ke S.Alam Cuma ada pagi jer. Jadi kami ambil balik tiket terus ke Klang, pukul 6 petang (waktu Thailand)

(note: Thailand lewat sejam dari Malaysia)

Monday, July 01, 2013

-::boN vOyAgE To LUvLY bOss::-

last Friday, we all kat opis buat sambutan meraikan birthday & last day utk Pn Zau. even sambutan meriah sgt, tapi sebenarnya semua orang sedih. Pn. Zau very good person, humble, caring dgn all staff..
Ezan sendiri, banyak sangat kenangan bekerja dgn Pn Zau..7 tahun bekerja, walaupun bertukar2 bos, but dengan Pn Zau yang paling  best. Siyess..terasa sgt kehilangan die.








Untuk Pn Zau

Terima kasih untuk segala nasihat, tunjuk ajar kepada saya selama ini
Hanya Allah yang dapat membalasnya
Sayang Pn Zau
Muah...muah :)

Friday, May 31, 2013

-::BandUNg tRIp - Day 2::-

After solat subuh kul 5 lebih dah tak boleh nak tido, so kitorang layan tengok tv jer. Best wooo..sebab kat sini dapat banyak channel..kitorang layan movie dulu hehe. Kami breakfast kul 8 pagi. Actually sebenarnya kul 7 lebih kami dah terpacak kat depan tempat makan tue haha. Breakfast, even Cuma nasi goreng and roti bakar..tapi terbaik haha. Coffee die memang best hehe

Kul 8.30 Pak Sam dah datang jemput kami (wpun janji pukul 9) tapi Pak Sam sangat efficient. Awal pagi dah sampai, katanya mau elakkan macet hehe. & kitorang straightly pegi ker Transtudio Bandung. Which is take 45 minit to arrive. Transtudio Bandung bukak pukul 10 pagi..so kami jalan2 ambik gmbr dulu yer.

Tips kat sini.
1. Transtudio Bandung adalah indoor park..so don’t worry about weather hookay J ko takkan basah punya klu hujan hehe
2. Bukak pukul 10 pagi, tapi don’t worry kaunter tiket bukak awal. So terus jer beli tiket. Harga tiket klu weekday 150k rupiah..hari liburan 250k rupiah. Info kat sini jugak, once u all beli tiket akan dapat Mega Cash card. 1 kad utk 2 orang. Korang boleh topup kat dalam Transtudio tue if nak beli aper2 kat dalam tue contohnya makanan lah kan. & if masa keluar nanti masih ada balance, u all boleh tukar kat dalam BSM tue (Bandung Supermall). Owh BTW, Transtudio nie dalam BSM nie lah. So lepas habis main kat dalam tue, boleh lah jalan2 cuci mata pulak hehe
3. Honestly, nie memanglah tempat utk kanak2..janganlah korang expect macam Universal Studio Singapore tue. Memang tak same lansung hookey.
So kitorang kat dalam nie dari pukul 10 pagi smpai kul 2 petang. Habis main dah rasanya. Bolehlah, ada jugak pertunjukan teater (nie must watch tau) layan jugak J

Habis kat dalam Transtudio kitorang jalan2 kat dalam BSM..sempat shopping lagi tue

End Transtudio trip….

Lunch, Pak Sam bawak kami makan nasi padang..terbaek… boleh solat sekali kat sini. Pastu kami straight ke Jalan Dago..shopping tak hingat punya..sampai ke malam haha. Dinner pun, Pak Sam bwk kami ke restoran.

Tips
Kat sini tak payahlah nak makan makanan kat tepi2 jalan. Bukan berlagak, tapi diragui kebersihannya. Kitorang pun makan kat restoran2 jer..rasa cam orang kaya jap haha. Usually klu makan dalam RM100 hengget lebih utk 6 orang makan..standard lah kan

Ok end of day 2 :)

Sunday, March 24, 2013

-::BerCuti kE BAndUng, DaY 1::-

Lama dah nak update cite bercuti ke Bandung hari tue
Ezan dan kawan-kawan pegi Bandung 26 February yang lepas..Kitorang pegi 5 hari 4 malam.
Macam biasa kitorang book ticket dekat setahun lepas..rasanya ms promotion bulan 5 hari tue :)

Itinerary 1st day 26 February 2013
Kami bertolak dr LCCT pukul 3:10pm. sampai kat Airport Husein Sastranegara pukul 4:15 petang waktu Bandung. Well, waktu Malaysia kul 5:15 petang (Indonesia lewat sejam dr kita). Urusan imigresen ambil masa setengah jam. Alhamdulillah, kebetulan masa kami sampai cuma flight kami sj yang ada. so takdelah ambik masa yang lame. Sebab Ezan pernah terbaca, ada blogger yang ke Bandung, masa urusan imigresen diorang stuck sampai 2jam..so we're lucky that day :) BTW, just peringatan utk sahabat2 semua, kat sini urusan imigresen sangat ketat ok..sebab semua pekerja adalah tentera.trust me...

Kami keluar sj, Pak Sam (Supir kami yg telah di booked masa kat M'sia lagi) dah tunggu kami. Kami terus ke Rumah MODE. walaupun targetnya tak nak bershopping lg, tapi rsnya kami dh melanggar kata2 kami tue yer :) shopping..Lagipun kami memang kena shopping jugak sebab, kami cuma bwk 2 helai baju shj. Sebab nk jimat bag utk beli barang2 shopping nanti haha.

Habis shopping, kami dinner kat Kampung Daun..memang best kat sini. rugi woo klu tak pegi. Restoran di atas puncak bukit. & semestinya sangat sejuk disini. Sila bwk shawl or sweater siap2 yer. pemandangan pun sgt cantik. Dekat sini, setiap tempat makan disediakan pondok2 khas. Semasa mendaftar masuk, kita akan diberi no pondok kite. Again, lucky for us, tempat makan kami dekat dengan air terjun, tempat membayar. Maybe, sebab that day bukan hari liburan (sabtu ahad) jadi kami dapat tempat yang best :)

Jom Layan gmbar that day






;:


End of day 1. Habis dinner kami terus ke hotel kami. baru nak wat chek-inn. Kami dah call dulu untuk masuk check-inn. Kami stay kat Retanata Homestay. Hotel budget tapi service superb. Sangat berbaloi. Recommended utk semua. Retanata Homestay di Jalan Setiabudi..10 minit dari Rumah Mode. why berbaloi, nnti Ezan post entry khas hotel nie yer.

Da~~~