Showing posts with label Hatyai. Show all posts
Showing posts with label Hatyai. Show all posts

Friday, July 05, 2013

-::2nd DaY JourNey @ HatyaI::-

2nd day @ Hatyai

Salma  Restaurant

Pagi nie kami breakfast di Salma Restaurant. Actually Salma restaurant nie dekat jer dengan Hamit Restaurant. Saje nak try tempat lain pulak. Landmark untuk Salma Restaurant, rest. Nie kat corner jalan & ada traffic light skali dalam restaurant die J

Review utk makanan…bagi Ezan, Hamit Restaurant punya makanan lagi sedap compared dgn Salma. Yes, harga makanan di Salma lagi murah. Tapi lain tekak, lain rasa kan..so korang boleh try jugak makanan kat sini

Salma restaurant nie kecik sikit compared dengan Hamit Restaurant. Jadinya kalau penuh, kite kenalah tunggu kat luar. Dalam restaurant sgtlah kecik..

Sj nak cite dengan u all kan..erm, masa kami tgh tunggu untuk meja kosong, ada satu family nie (of coz lah Malaysia kan) selamba jer masuk. Pastu siap berdiri2 depan guest yang tgh makan2 tue..takde adab betul kan. Kesian kitorang tengok family yang tgh makan tue. Mestilah u all tak selesa kan, ada orang
tggu u all makan.. besides family yang berdiri nie agak tidak beradap sebab bukannyer diorang tak Nampak kami tunggu luar nie…buat malu orang Malaysia and orang Melayu hokeee..

Santisuk & YongDae Market

Habis breakfast, kami meneruskan perjalanan ker Santisuk and YongDae Market. Actually adalah gerai2 ditepi2 jalan and depan shop lot. Sepanjang kaki lima tue u all akan jumpa gerai2 jual segala jajan, kacang, tshirt, buah2an, senjata (pisau, pistol pun ada jugak) dannnnnnnnnnnnnnnnn segala CD, DVD lu$@#..berleluasa okey. Alat mainan s%6s pun senang jer dapat. Malu makcik nengoknya huhuhu


Oh kt sini jugak ada jugak gerai2 jual sutera Thailand..erm, kalau korang berminat boleh beli. Ezan n kengkawan tak beli pun. Kacang2 botak yang mcm2 perisa pun ada. Tapi Ezan suggest u all beli kat dalam shopping complex jer lagi murah. Kalau kat gerai2 diorang jual RM5-5.50. Kami beli kat dalam shoping complex. Dapatlah RM4 lebih jer









Puas shopping kitorang terus balik hotel, berkemas nak check-out pulak. Lepas nie ada jalan lagi. tunggu next episod k

Thursday, July 04, 2013

-::MAkaN-mAkAN @ FLoATiNG mARkET::-

Tempat ke-3 kami

Pasaraya Big C

Ini tak termasuk dalam plan kami sebenarnya. Saje kami singgah disini. Plan nak ke Cable Car. Kebetulan masa kami pegi nie, Cable Car tutup pulak.. kami kat sini Rehat2 sementara menunggu ke Floating Market. Big C macam Tesco kita kat Malaysia nie. Besar jugak. Tak jauh dari Floating Market. Dalam 10 minit dah sampai ke Floating Market..

Floating Market

Pukul 2.30 petang kami bergerak ke Floating Market. Sebelum kami sampai ke Floating Market, kita akan jumpa gerai2 di sepanjang jalan. Pastu Kita kena menyeberang jambatan sebelum sampai ke Floating Market (FM). FM nie dibuka pukul 4 petang sampai malam tau. Kawan2 kena datang awal tau. Boleh dapat tempat duduk. Lagipun kat sini, kebanyakkan peniaga dah sampai awal pun. Memang berbaloi2 tau datang sini.

Kat sini kena cuba SomTam diorang, air dalam buluh or bekas2 tanah yang sgt cute mute, jelly, kueh. Korang kena try semua makanan tau. Ezan rs kebanyakkan peniaga kat sini Muslim. InsyaAllah Halal J
Atas Floating Market nie ada jugak kedai2 jualan. Ada jual T-shirt Hatyai, kasut2, souvenier2 Thailand. Erm, Kawan2 boleh beli T-shirt Hatyai (I love Thailand) kat sini. Murah klu nak dibandingkan kat town Hatyai. Menyesal Ezan tak beli kat sini. Ingatkan kat sini lagi mahal.

Lame kami kat sini. Rasanya sampai kul 6 lebih. Nasib baik Tuk-tuk kami memang sabar menunggu kami hehe. Kami terus balik hotel dari sini. Aktiviti malam kami??? Kena tunggu next episode k

Jom layan gambar kami








Kite jumpa next entry k. Night Market Hatyai

Wednesday, July 03, 2013

-::bERcUTi hATyaI..D bEgInNiNg::-

Shah Alam - Hatyai
Kami bergerak ke Hatyai menaiki bas Konsortium pukul 10:30 malam. Best woo naik bas nie. Sangat selesa, luas. & paling best ada pramugara tau untuk bagi selimut. Hehe..actually memang betul tau, diorang ada sediakan selimut. Cuma tak cukup wei..still sejuk giler
(pramugara : sila read as assistant driver)

Bas akan singgah di Pudu untuk ambil penumpang lain. Kiranya bergerak dari KL – Hatyai pukul 12 lah jugak. Sepanjang jalan, Ezan tak dapat nak tidur sangat pun, sejuk sangat huhu (walaupun sebenarnya dah pakai sweater, stoking, selimut)

Changlun
Sebelum sampai Hatyai, bas akan berhenti di Changlun. Kami sampai kat sini pukul 5:15 pagi. Dekat sini driver akan minta passport. Don’t worry pihak Konsortium akan uruskan untuk border pass. Kite semua relax jer. Dekat sejam jugak kat sini. Pada sapa2 nak minum, tukar duit..semua ada kat sini. Money Changer dibuka dari pukul 5 pagi tau.

Imigresen Malaysia & Thailand
Dari Changlun ke imigresen Kayu Hitam ambil masa sejam. Ramai wei, ada setengah jam jugak kat sini. Dari imigeresen Malaysia – ke Imigeresen Thailand dalam 10 minit. Macam biasa bile sampai imigresen Thailand we all kena turun bawak beg sekali tau. Kat Malaysia lenggang kangkung bawak passport jer.

Dari imigresen Thailand ke pekan Hatyai, ada dalam sejam jugak. Sempat tertido jugak kat sini haha.

Hatyai
Sampai di Pekan Hatyai, bas akan berhenti betul2 depan Konsortium ofis. Kat sini we all beli tiket balik ke S.Alam. Cuma tiket balik ke S.Alam Cuma ada pagi jer. Jadi kami ambil balik tiket terus ke Klang, pukul 6 petang (waktu Thailand)

(note: Thailand lewat sejam dari Malaysia)