Showing posts with label steamboat. Show all posts
Showing posts with label steamboat. Show all posts

Monday, August 10, 2015

-::Buat sendiri steamboat di rumah ^_^::-

Monday blues huhu..Bila hari Isnin jer memang rasa malas jer semua nyer. Nak2 pulak pagi nie Ezan sakit perut cam sebu/ kembong. Aduhhh...tensen gua. Siap beli teh tarik halia pagi ni..letak minyak angin lagi.

Dah melalut pulak pagi nie.

Sebenarnya nak share dengan korang pasal steamboat. Last weekend Ezan ngan adik2 plan buat makan2 kat rumah mak. First time nie kitorang try steamboat+grill. Tapi main menu kitorang Steamboat lah. Yg buat special sangat kitorang buat sos ala-ala Sos Johnny's tau. Itu yang buat sedap tau...

Honestly, memang berbaloi kalau kita buat sendiri kat rumah. Puas hati..Makanan banyak, sedap. Berbaloi sangat. Siap buat dessert lagi tau. Tak susah sebenarnya nak buat steamboat sendiri kat rumah. Korang cuma perlu buat kuah untuk steamboat & sos ala2 Johnny's tu jer. Bahan2 lain boleh beli jer. Senang kan :)

Meh Ezan share resepi utk buat sos ala2 Johnny's tu

RESEPI SOS JOHNNY'S
Utk 8 pax

12 cili merah
*6 ulas bawang putih
*6 sb sos ikan
*6 sb minyak bijan
*6 sb cuka
*2 sb sos tiram
*2 sb kicap
1 sudu tepung jagung/ kastard
1 sudu sunquick
bijan (disangai)
daun ketumbar (potong kecil)
bahan perasa (garam & gula)

cara2:
1. Blend kan cili merah dan bawang putih (blend basah) air agak2 lah ek.
2. Campurkan cili merah yg di  blend tadi di dalam kuali. masukkan semua bahan yg bertanda *.
3. Masukkan sunquick (utk rasa masam) dan perasakan dengan gula dan garam
4. last sekali masukkan 1 sudu tepung jagung (utk pekat)

Masa nak hidang nanti bolehlah masukkan bijan yg disangai & daun ketumbar tadi ^_^ sure menjadi punya...

Utk kuah steamboat tu, Ezan cuma masukkan beberapa ketul ayam + kiub ayam+ air. Tak perlu masin sangat macam masak sup ayam tu tau.









memang terbaik plan kitorang kali nie. Siap ada dessert Puding roti kastard berkuah lagi...kenyang, alhamdulillah :)

Nota kaki: Tiada dalam gambar - Ayam grill black pepper. Fuhhh terbaik dari ladang tu hehe. Lupa plak utk kuah steamboat, Ezan dah rebus siap2 atas dapur gas dulu. Pastu baru masukkan dalam rice cooker (sebab takde periuk utk steamboat). Masak nak masak bahan2, korang letakkan kat COOK.

Meh..jemput tengok k :)



Monday, May 05, 2014

-::Review For FLamIng SteamboaT RestauRant::-

Warh kali nie kite kembali dengan episod makanan k hehe
Korang pernah pergi Flaming steamboat restaurant..Ezan rasa ada 2 lagi restaurant francais Flaming di Kl and PJ (Sebelah Sunway Piramid). Usually Ezan pergi yg dekat sek.33 Shah Alam jer..

First kite review pasal location k..Untuk cawangan di Shah Alam (sek.33) sangat mudah kalau korang nak singgah. Kawasan luas and besar..parking pun senang huhu. Kat bwh nie bagi location map and GPS skali..lagi senang klu korang nak g ^_^



ok, kali nie kite review pasal makanan..korang sure tggu yang ini kan hehe. Korang jangan risau walaupun namanya restaurant steamboat tapi di Flaming juga disediakan makanan buffet..nasi, nasi goreng, lauk pauk (not as heavy macam Ikan Masak kari lah kan) ayam goreng, mee goreng, Dim Sum, Buah2an..

Utk menu steamboat...ada pelbagai menu yang korang boleh try..ketam, udang, segala siput (yg bercenkerang mcm lala, kepah) ayam, ikan, sayuran, mee, maggi..Yang dbuatkan berasaskan tepung seperti bebola ketam, ayam, daging pun banyak jugak. Tapi percayalah, klu korang pergi sini korang tak akan makan pun makanan yg dibuat dari tepung..baik makan yg Fresh kan hehe

dessert? Pun ada jugak..ada mashmallow ngan coklat, aiskrim pun ade. Air pun ade pelbagai jenis...

Utk kuah steamboat..ada dua jenis iaitu Tomyam and sup biasa. Memang diletakkan bersebelahan pun..





Price? Erm, Ezan rs agak berbaloi utk yang dibayar..sebab kat sini memang ada pelbagai jenis menu steamboat yang korang boleh try, tambahan pula disediakan menu menu buffet, dessert and minuman. Jadinya Ezan rasa untuk harga RM30 sangat berbaloi *****


Utk Ezan..Ezan will recommend this place kat korang :) sangat berbaloi..cuma samada korang larat atau tidak nak try semua makanan kat situ kan ^_^ Untuk lagi senang korang boleh terus booking (secure your seat hehe)

Klu korang nak Ezan temankan pun boleh jugak haha

Da~~~ Assalamualaikum