Tuesday, March 28, 2017

-::HePi 6 Month birthday Medina::-

well, ini semua sindrom mak2 sangat. Rasa tak boleh move on lagi. Cepat betul Medina dah 6 bulan :)

Now, Medina dah pandai meniarap, dah try nak angkat punggung jugak (macam nak merangkak agaknya), and last week kitorang dah start bagi dia puree pisang. Alhamdulillah, memang selera jer tgk dia makan. Tak menolak lansung. Siap kalau kita lambat bagi makan, dia nak rampas sudu yang kita pegang. Hai lah anak hehe

BTW, sebenarnya post nie ibu buat utk special untuk Medina.

Hepi 6 months birthday sayang
semoga membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada semua perintah Allah, rasul dan ibu & ayah. Ibu dan ayah juga doakan Medina akan cemerlang di dunia dan akhirat insyaAllah. Medina adalah kekuatan & semangat untuk ibu & ayah tau. Medina juga adalah hadiah dari Allah buat ibu & ayah. Hadiah terindah dari sebuah kesabaran.

Semoga Medina akan membesar menjadi anak yang cantik, cerdik dan senantiasa disayangi oleh semua orang disekelilling Medina.

Ibu & Ayah sayang sangat Medina

asam garam gula batu life

dah jadi mak nie, asyik cite pasal anak jelah yer :)

Stay tuned..'
love
Aizan

Friday, March 03, 2017

-::Pengalaman Bersalin::-

uish..nie pun nak cerita ker :) haha
Takper untuk ingatan..Nanti bila Medina dah besar bolehlah dia baca. Susah payah Ibu nak keluarkan die yer...
 
Pengalaman bersalin nie betul2 buat Ezan teringat kat mak sendiri dan semua ibu2 kat luar tu. Susah payah nyer mak kita nak lahirkan kita. Semua perasaan ada...sakit dan teruja huhu. Rasa insaf sgt (Nie ayat tak boleh blah haha) tapi memang betul pun.. Lepas dah lalui sendiri pengalaman bersalin tu buat2 Ezan betul2 menghormati insan yang bergelar ibu..
 
Entri nie mungkin panjang sikit yer. Memang cite details punya haha
 
25 September 2016 (Ahad)
(Malam)
 
Ezan masa nie dah 38 minggu 2 hari dah. Alhamdulillah, tak ada pun tanda2 lagi nak bersalin. Siang tadi Ezan baru jer hantar barang2 baby kat umah mak untuk berpantang nanti.
 
Malam, Ezan n hubby siap kemas barang sikit. Kemas buku2. Ezan duduk je sambil masukkan buku dalam kotak. En hubby yang buat keje lebih. Die yang angkat2 kotak and sorting skali. iolls buat keje senang jer...tak larat dah hehe.
 
Tidur malam lena jer :)
 
 
26 September 2016 (Monday)
 
Pukul 5 pagi dah tersedar. Sakit perut tetiba..Memang nak poo..poo lah haha. Lepas tu terus iron baju keje hubby. Memang rutin setiap hari pun. Tapi perasaan tu dah lain macam sebenarnya. Sebab sakit perut tak elok walaupun dah "membuang". But still controllable lagi..Habis iron kejutkan En Hubby. Ezan turun bawah ingatkan nak buat breakfast En Hubby. Sakit still ada. Tetiba teringat nak guna apps contraction timer. Masa nie monitor memang dah frequent sakitnya..dalam 4 ke 5 minit.

#tipbergunafornewmummy  ....contraction timer!
 
Beritahu kat Hubby. Amboi die punya gelabah boleh buat gelak haha. Die dan..dan tu nak pergi hospital. Ezan siap relax lagi. Ezan bagitahu En Hubby nak mandi & solat dulu. Lepas mandi dah perasan ada "spotting" darah. Ezan solat jugak walaupun masa tu dah dah dapat rasa memang Ezan akan bersalin hari ini jugak.
 
Gerak dari umah Putra Height dalam kul 6.30 pagi. Ezan memang plan nak bersalin kat Hospital Bersalin Razif Klang. Hubby bawak kereta bukan main laju wei..semua traffic light die main langgar haha. Alhamdulillah selamat sampai kul 7 pagi. Nasib baik juga sebab kereta tak banyak lagi masa kami keluar.
 
Sampai kat Hospital, terus pergi kaunter. Citer sikit2 yang kita dah ada tanda2 nak bersalin. lepas tue diorang terus bawak pergi ke bilik. Just to remind, Hospital bersalin Razif tak ambil patient yang bersalin less than 32 weeks. Rasanya few private hospital pun mcm tu. Ezan sempat request bilik single tapi nurse kate bilik full. Untuk temporary Diorang terus bawak pegi bilik shared dulu. Nurse suruh tukar baju. Lepas tu, nurse terus pasang CTG machine untuk monitor heart beat baby. Masa nie boleh control lagi sakit. Diorang siap bagi breakfast roti. Ezan makan sekeping jer. Tak lalu dah nak makan dah huhu.
 
 
Yang paling tak boleh 'Blah' sakit die bila Doc datang check jalan. Untuk first time memang rasa malu wei. First time lah kata kan...Doc siap kate dia minta maaf kena check juga jalan. Lepas tu die kata dia akan tolong bukakan jalan jugak. MasyaAllah sakitnyer bile die check jalan tu. Nak tengok bukaan kita dah berapa kan. Masa ni Doc kate Ezan dah 4 ker 5 cm bukaan dah. Habis Doc check tu, contraction dah makin kerap. Sakit yang tak boleh control dah. Sakitnya...menggigil Ezan tahan sakit. Dah tak sedar siapa yang datang tengok Ezan. Dengar jugak suara adik2 ipar n mak mertua datang. Ezan tak larat nak bukak mata. Setiap kali bile datang contraction tu menggigil menahan..masa nie dah every 2 minit agaknya. Ya Allah sakitnya. Ezan cuma mampu zikir jer.
 
Maybe Nampak Ezan macam sakit sangat Nurse datang kat Ezan Tanya if Ezan nak ubat tahan sakit. Nurse kata it is not epidural but ubat tahan sakit jer. Cucuk kat Punggung. Ezan kata nak ubat tahan sakit..sebab dah tak tahan sangat huhu T_T...Masa nie cuma dengar sayup2 En Hubby suruh Ezan selawat, zikir.
 
Lepas tu Nurse datang sekali lagi. Masukkan ubat buang air besar kat punggung. Lepas nurse masukkan, terus Ezan rasa nak membuang. Tak banyak pun yang keluar sebab makan sekeping jer roti kot, pastu pulak kat rumah dah membuang kan. sempat berpaut kan dinding, sinki masa contraction datang. Masa nie Ezan dah perasan ada keluar lendir jernih dah.
 
Keluar toilet, Nurse dah bagi baju untuk labour room dah. Warna putih,ikat belakang. seksi habis...Masa nie Ezan beritahu Nurse ada keluar lender jernih tu. Banyak wei..Nurse siap kata itu memang normal. HUHU manalah Ezan tahu kan..
 
Lepas tukar baju, Nurse terus tolak pergi Labour room. Duduk atas wealchair dah. En Hubby ikut sekali. Padahal sebelum tue die kata tak nak masuk labour room :) Masuk Labour room, bukan main sejuk wei. Masa nie staff nurse yang senior check jalan. Die kata Ezan dah 9 cm dah masa nie. Dia kata kalau nak teran, Ezan boleh teran jer. Masa kat dalam labour room sakit die memang dah double dari bawah. Setiap kali sakit tue Ezan memang berpaut kat En Hubby. Ezan menangis bagitahu kat die, yg Ezan sakit sangat dah..Bile datang contraction tu memang rasa nak meneran jer..Rasa sangat macam ada "air' keluar dari bawah tu. Beberapa kali jugak Ezan suruh En Hubby panggil Doc sebab tak tahan sangat. Teknik pernafasan yang belajar masa kelas antenatal tu dah tak boleh pakai dah. Sama jer sakitnya. Dalam2 sakit tu,  Sempat juga dengar suara baby menangis kat  bilik sebelah.
 
Then Doc datang kat bilik Ezan. Doc siap ajar cara2 nak bersalin. Masa time contraction tu sepatutnya Ezan kena push. Termasuk Doc, ada 2 orang nurse masa Ezan nak bersalin tu. Diorang kata teknik push Ezan dah betul, cuma kena push kuat sikit. Bukan senang rupanya huhu. Banyak kali Ezan cuba push. Siap Doc suruh hubby n nurse urut n tolah perut supaya baby senang keluar. Doc siap bagitahu kepala baby dah Nampak. Bnyk kali cuba tapi still Ezan tak lepas2. Kali ke-5 Doc terpaksa jugak vacuum +push dari Ezan sikit sbb takut distress kat baby. Masa Baby keluar mcm meluncur jer kuar dari perut..plus terasa air panas sekali. Keluar jer Medina Doc letak kat atas perut Ezan. Ya Allah kuatnyer die menangis  :) termasuk ibu pun nak menangis sekali. Doc letak tak lama pun sebab nmpk baby dah biru2 sikit. Allah sahaja yang tahu perasaan waktu...Allah, bersyukur nyer Ezan dapat lalui pengalaman nie. En Hubby pun Nampak teruja, sempat die cium dahi Ezan..mungkin itu cara die berterima kasih :) Sepanjang Doc jahit, Ezan tak terasa pun sakit sebab Ezan dok ralit tengok nurse bersihkan baby. Nurse siap kate baby suka menendang2 haha. Patutlah dalam perut pun sama hehe.
 
Alhamdulillah, Medina selamat dilahirkan pada pukul 11.36 pagi. Normal. Berat Medina masa lahir 2.98 kg. Lepas Nurse dah bersihkan Medina, diorang terus bawa ke bawah. En Hubby ikut sekali untuk azankan. Rasa macam mimpi sangat masa nie. Pantas sangat semuanya. Lepas tue Nurse bersihkan Ezan pulak. Nurse tukarkan baju. Pakaikan Maternity Pad. Dah tak ada malu dah hehe. Dah settle, Nurse tolak Ezan atas katil ke dalam bilik. Alhamdulillah, Ezan dapat jugak single room. Sampai jer bilik tgk En hubby and MIL dah ada dalam bilik.
 
Nurse, bagi bubur untuk lunch. Ezan makan selera. Lapar sangat2. Lepas makan En hubby pergi ambil Medina. Waktu tu lah first time Ezan pegang medina. Allah...rasa macam mimpi semuanya. Ezan try nak bagi susu tapi rs mcm kekok sangat. Susu pun tak keluar lagi waktu tu.
 
Mak Ezan datang petang. Kebetulan Mak mertua pun nak balik. Alhamdulillah,dua2 belah keluarga pun happy. Cucu yang sangat2 ditunggu. Semoga Medina jadi kesayangan semua orang sampai bila2.

Until now, rasa macam mimpi jer semua ni. Pengalaman dari mengandung dan bersalin..Ya Allah indah betul semua pengalaman tu

#sabarituindah
#welcome An'nisa Nur Medina binti Jaafar Sidek
 
 
intanaizan.blogspot.com

intanaizan.blogspot.com

intanaizan.blogspot.com

intanaizan.blogspot.com

intanaizan.blogspot.com


intanaizan.blogspot.com