(Amaran: Ini adalah diary perjalanan bagpacker ke Tokyo. Diary ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis bersama sahabat sahaja. Perjalanan selama 6 hari 5 malam)
18 November 2015.
Hari nie 1st day trip weolls ke Jepun (or specifically ke
Tokyo) ^_^ . Flight from KUL to Haneda pukul 2.40pm.
Untuk ke airport, kitorang drive and parking kereta kat
Putrajaya Sentral. Dari sini kami naik KLIA Transit to KLIA 2. Ticket RM6.20
per person
Tip:
Korang boleh parking kat Putrajaya Sentral untuk ke KLIA2 or
KLIA. Dari sini boleh naik KLIA transit (or train) dengan tiket cuma RM6.20 per
person. Untuk Ezan sendiri parking from 18/11 - 24/11 cuma kena bayar RM14
sahaja. Details korang boleh tgk kat sini. Sgt mudah yer kawan2 semua. Train
berhenti betul2 di KLIA 2.
Details korang leh tengok kat sini http://www.lcct.com.my/transportation/klia-transit/about-klia-transit
Kitorang sampai kat KLIA 2 dalam pukul 12. Lepas check in
luggage, kitorang terus pergi makan (since kitorang tak ambik pun food kat
flight) . Sempat jugak kita solat sebelum boarding. Utk ke Haneda, boarding
start pukul 1.40 pm tau.
(Untuk korang yang tak tahu, perjalanan ke Jepun ambik masa
7 jam tau. So Ezan suggest korang singgahlah toilet airport siap2 sebelum
boarding yer)
Flight Airasis X KUL - Haneda (2:40 pm - 10:30 pm)
FYI, Waktu Jepun awal sejam dari Malaysia
Arrived at Haneda airport pukul 10.30 malam waktu Jepun
(9.30 malam waktu Malaysia). Alhamdulillah urusan kami di kaunter imigresen
sangat mudah & pantas. Walaupun ramai tapi smooth jer. Kaunter pun bnyk
yang bukak.
Tip
Bawaklah pen siap2. Sebab, sebelum keluar dari flight,
korang akan dapat imigration form. Kena tulis siap2 sebelum ke kaunter
imigration. Satu lagi tip berguna, kalau boleh pilihlah kaunter imigration yang
muka 'manis' tau. Kami alhamdulillah, beg kami diorang tak buka pun. Tapi
kaunter sebelah kami sangat strict. Dia suruh buka beg and check / declare
semua barang.
First sekali yang kami buat selepas settle di kaunter
imigresen ialah cari kaunter Tourist
Information Center. Apa yang kitorang buat kat sini:
Tourist Information Center (Refer to sign ?) (kat 2/F)
Nak tunggu bas ke Kamata Station kat bus stop 11 (kat 1/F)
1. Nak beli Traveller Pass (Tokyo Subway Ticket)
Sangat berbaloi yer kawan2. Kami pakai nie saje untuk ulang
alik subway kat Tokyo. Cuma perlu diingat, Traveller Pass hanya boleh digunakan
untuk Tokyo Metro Line & Toei Line sahaja. JR Line & Private Line tak
boleh guna pass nie. Why we buy this traveller pass?? Sebab pertama both Tokyo
Metro & Toei Line dah cover 90% of the line. Yes ada jugak we have to use
JR & Private Line (for certain tempat) tapi don't worri korang boleh beli
tiket JR terus dari machine JR ticket jer. Sebab kedua kitorang dah study untuk
trip kami di Tokyo (1 day) mostly cost us more than Y1000 tau (almaklumlah kami
punya itinerary sangat padat) yer kawan2.
Harga utk Traveller Pass:
Tokyo Subway 1 day ticket: Y800
Tokyo Subway 2 day ticket: Y1200
Tokyo Subway 3 day ticket: Y1500
So untuk trip kami, Ezan cuma beli:
Tokyo Subway 1 day ticket: Y800 (for 20/11)
Tokyo Subway 3 day ticket: Y1500 (for 21 - 23/11)
TOTAL: Y2300
Details info kat sini http://www.tokyometro.jp/en/ticket/value/travel/
2. Free Wifi Card
FYI, Jepun ada sediakan free Wifi card utk tourist yang
masuk ke Jepun. Dengan syarat, you have to show your passport to the kaunter. Untuk
lebih senang, korang kena download apps Free Wifi Jepun siap2 kat Malaysia.
Pastu korang register email korang. Sampai di Jepun korang just masukkan
password given in Free Wifi card. Korang boleh access internet whenever you see
logo free wifi. Most of 24 hours mart/ shop ada sediakan free wifi. Banyak lagi
tempat yang offer free wifi.
Ok, settle urusan di Tourist Information Center, kami terus
ke 1F bust stop no 11, untuk tunggu bas ke Kamata Station. Kat sini memang
kelakar..Kitorang dok tunggu lah kat bus stop nie (Bus stop 11) memang ada die
tulis to Kamata Station. Tapi kami tak tahu rupanya die dah pindahkan ke bus
stop 6 untuk ke Kamata Station. Nasib baik ada 'Pakcik Jepun' ni tegur kitorang.
Die tanya kami nak kemana. Bila kitorang bagitahu nak ke Kamata Station. Cepat2
die suruh kami ke bus stop no.6...Fuhh nasib baik. Sebab kitorang memang tgh
tggu bus last ke Kamata Station.
Bus schedule to Kamata Station
-Bus depart 10:05
-Bus depart 10:20
-Bus depart 10:35
-Bus depart 10:55
-Bus depart 11:10
-Bus depart 11:30
-Bus depart 11:45
-Bus depart 12:30
Fuhhhh nasib baik kami tak terlepas bus pukul 12:30 am tu ^_^ Sebab transportation kat Jepun sgt effecient & punctual tau. Oh yer, tiket korang boleh bayar kat dalam bas jer. Y280 jer tiketnyer untuk seorang.
Kat sini kitorang book hotel di Hotel Grand Panex Tokyo untuk semalam. Boleh jer kalau korang nak tidur kat airport. Jimat hotel utk smalam kan.. Tapi Ezan lebih prefer duduk kat hotel. Dapat rehat sikit. Boleh makan, segarkan badan, solat...Kami duduk smlm jer. Sebab besok nak jalan kaki ker Hakone pulak. 1 full day trip..
End day 1 trip.
Total Expenses: Y2300 (RM83) + Y280 (RM10) + RM278.88 (RM139.44 per pax) =RM232.44