Friday, May 31, 2013

-::BandUNg tRIp - Day 2::-

After solat subuh kul 5 lebih dah tak boleh nak tido, so kitorang layan tengok tv jer. Best wooo..sebab kat sini dapat banyak channel..kitorang layan movie dulu hehe. Kami breakfast kul 8 pagi. Actually sebenarnya kul 7 lebih kami dah terpacak kat depan tempat makan tue haha. Breakfast, even Cuma nasi goreng and roti bakar..tapi terbaik haha. Coffee die memang best hehe

Kul 8.30 Pak Sam dah datang jemput kami (wpun janji pukul 9) tapi Pak Sam sangat efficient. Awal pagi dah sampai, katanya mau elakkan macet hehe. & kitorang straightly pegi ker Transtudio Bandung. Which is take 45 minit to arrive. Transtudio Bandung bukak pukul 10 pagi..so kami jalan2 ambik gmbr dulu yer.

Tips kat sini.
1. Transtudio Bandung adalah indoor park..so don’t worry about weather hookay J ko takkan basah punya klu hujan hehe
2. Bukak pukul 10 pagi, tapi don’t worry kaunter tiket bukak awal. So terus jer beli tiket. Harga tiket klu weekday 150k rupiah..hari liburan 250k rupiah. Info kat sini jugak, once u all beli tiket akan dapat Mega Cash card. 1 kad utk 2 orang. Korang boleh topup kat dalam Transtudio tue if nak beli aper2 kat dalam tue contohnya makanan lah kan. & if masa keluar nanti masih ada balance, u all boleh tukar kat dalam BSM tue (Bandung Supermall). Owh BTW, Transtudio nie dalam BSM nie lah. So lepas habis main kat dalam tue, boleh lah jalan2 cuci mata pulak hehe
3. Honestly, nie memanglah tempat utk kanak2..janganlah korang expect macam Universal Studio Singapore tue. Memang tak same lansung hookey.
So kitorang kat dalam nie dari pukul 10 pagi smpai kul 2 petang. Habis main dah rasanya. Bolehlah, ada jugak pertunjukan teater (nie must watch tau) layan jugak J

Habis kat dalam Transtudio kitorang jalan2 kat dalam BSM..sempat shopping lagi tue

End Transtudio trip….

Lunch, Pak Sam bawak kami makan nasi padang..terbaek… boleh solat sekali kat sini. Pastu kami straight ke Jalan Dago..shopping tak hingat punya..sampai ke malam haha. Dinner pun, Pak Sam bwk kami ke restoran.

Tips
Kat sini tak payahlah nak makan makanan kat tepi2 jalan. Bukan berlagak, tapi diragui kebersihannya. Kitorang pun makan kat restoran2 jer..rasa cam orang kaya jap haha. Usually klu makan dalam RM100 hengget lebih utk 6 orang makan..standard lah kan

Ok end of day 2 :)

Sunday, March 24, 2013

-::BerCuti kE BAndUng, DaY 1::-

Lama dah nak update cite bercuti ke Bandung hari tue
Ezan dan kawan-kawan pegi Bandung 26 February yang lepas..Kitorang pegi 5 hari 4 malam.
Macam biasa kitorang book ticket dekat setahun lepas..rasanya ms promotion bulan 5 hari tue :)

Itinerary 1st day 26 February 2013
Kami bertolak dr LCCT pukul 3:10pm. sampai kat Airport Husein Sastranegara pukul 4:15 petang waktu Bandung. Well, waktu Malaysia kul 5:15 petang (Indonesia lewat sejam dr kita). Urusan imigresen ambil masa setengah jam. Alhamdulillah, kebetulan masa kami sampai cuma flight kami sj yang ada. so takdelah ambik masa yang lame. Sebab Ezan pernah terbaca, ada blogger yang ke Bandung, masa urusan imigresen diorang stuck sampai 2jam..so we're lucky that day :) BTW, just peringatan utk sahabat2 semua, kat sini urusan imigresen sangat ketat ok..sebab semua pekerja adalah tentera.trust me...

Kami keluar sj, Pak Sam (Supir kami yg telah di booked masa kat M'sia lagi) dah tunggu kami. Kami terus ke Rumah MODE. walaupun targetnya tak nak bershopping lg, tapi rsnya kami dh melanggar kata2 kami tue yer :) shopping..Lagipun kami memang kena shopping jugak sebab, kami cuma bwk 2 helai baju shj. Sebab nk jimat bag utk beli barang2 shopping nanti haha.

Habis shopping, kami dinner kat Kampung Daun..memang best kat sini. rugi woo klu tak pegi. Restoran di atas puncak bukit. & semestinya sangat sejuk disini. Sila bwk shawl or sweater siap2 yer. pemandangan pun sgt cantik. Dekat sini, setiap tempat makan disediakan pondok2 khas. Semasa mendaftar masuk, kita akan diberi no pondok kite. Again, lucky for us, tempat makan kami dekat dengan air terjun, tempat membayar. Maybe, sebab that day bukan hari liburan (sabtu ahad) jadi kami dapat tempat yang best :)

Jom Layan gmbar that day






;:


End of day 1. Habis dinner kami terus ke hotel kami. baru nak wat chek-inn. Kami dah call dulu untuk masuk check-inn. Kami stay kat Retanata Homestay. Hotel budget tapi service superb. Sangat berbaloi. Recommended utk semua. Retanata Homestay di Jalan Setiabudi..10 minit dari Rumah Mode. why berbaloi, nnti Ezan post entry khas hotel nie yer.

Da~~~

Thursday, February 21, 2013

-::HupDatE untuk Ke BanDUng::-

warh kelas ko Jah..
mcm nak pegi London
:)
Quick updates utk preparation ke Bandung nie:

Web-check in – Ezan dah buat utk pegi KUL-BDO..tapi tak buat lagi utk balik nanti BDO-KUL . Sekarang Airasia dah buat rule baru untuk web check-in. Kena buat separate..dulu return boleh buat sekali masa check in pergi..takut terlupa jer nak wat check-in return nanti huhu

SUPIR pun dah booking jugak. Kami ambik Pak Sam. Tapi untuk kawan2 yang prefer nak bag packer boleh jer naik ‘angkutan kota’. Kali nie kami ambik full service dari Pak Sam..5 hari 4 malam. Charge Cuma RM500 sahaja J

HOTEL- pun dah booked jugak. Kami akan menginap di Retanata Homestay. Total RM768 untuk 2 bilik.

DUIT RUPIAH- pun dah tukar jer J (smalam pun br tukar) kami dapat rate 324 utk sejuta rupiah. Ini pun setelah kami survey banyak Money Changer read: Pengurup Wang.

TRAVEL ADAPTER- Ini belum beli lagi..dah cari. Jumpa kat Ace Hardware..dalam RM13-20 jugak.

ITINERARY – pun dah buat jugak. Ini penting yer kawan2 J bile dah ada itinerary nie, senang kite nak control masa yer..takdelah hari2 dok kat Pasar Baru jer nanti haha

UBAT- haruslah berjaga2 yer. Takut2 kat sn kn mcm2 sakit pulak. Especially cirit birit n demam nie..

PASSPORT – Ini pun nak kena check jugak. Takut2 xpired date dah nak dekat. Usually 6 bulan sebelum expired, most countries dah tak accept passport kite yer/ tak allowed yer



Tuesday, February 19, 2013

-::LaSt dAY aNiZA::-

Mood yang malas nak bercerita :P
Nie gambar2 last day budak opis
huhu sorang2 berhenti
Good for her..
Family first..






Me????

-::XciTed Nak PeGi BaNduNg::-


Halo..halo
warh skang dalam mood "tak sabar nak pegi Bandung" 
hehehe

Hati dah meroyan nak ke sana
Walaupun cuti tak approve lagi pun
tapi "ada aku kisah ker" :P
erm, boleh ker cakap macam tue ek
Pastu, diorang nak bayar tiket kite yang dah beli
Ezan nak pg hujung bulan nie tapi dah apply hujung bln 1 hari tue
so takde concept "ko lambat hantor"

dah siap wat list utk pg sn
sgl preparation hehe

nntilah bile tak Busy nnti Ezan share dgn kwn2 k
Hasil dr google menggoogle

:P

Lots of Lurve
DA~~


Wednesday, February 13, 2013

-::PopLOoK dan PoPloOk again & aGaIn::-

Salam Hari Rabu..

Halo..halo
Cite basi agaknya..
orang lain dah lama post pasal demam poplook nie
:P

Sejak hujung tahun lepas, Ezan dah berkecimpung beli produk poplook nie
& Ezan memang recommend kat kawan2 untuk beli poplook nie
especially Maxi dress diorang
memang terbaeeeekkkk :P cayalah Poplook
(marketing ikhlas utk Poplook) hoho

kepada kawan2
kalau berminat boleh terus pegi kat http://thepoplook.com 
Sure korang akan termimpi2 nak beli
haha
tapi tak minat pun takpe
so nnti takdelah asyik Out of Stock
siyes...korang kena selalu alert dgn product diorang nie
ramai giler ternanti2 hehe

kat bawah nie hasil rembatan Ezan
cantik tak??
JGN JELES yer





Erm, cuma kan..Ezan tak pernah lagi pakai Maxi Dress
& terpikir kat mana nak pakai dress nie
:P
tapi kan skang trend...
kan..kan

Wednesday, January 02, 2013

-::Welcome 2013::-

Selamat datang 2013..

Nie post pertama Ezan untuk tahun 2013. Hadoiii cepat sungguh masa berlalu kan. terus terang banyak lagi azam, cita2 yang masih tak tercapai..Nop, i not put my fingers to others..all because of me. "semua yang baik    datangnya dari Allah, yang silap adalah dr myself"..always remember this. Ya Allah terlampau banyak masa yang telah Ezan bazirkan..

Ya Allah..bimbinglah aku :(

Yup, this year..2013. Ezan nak lebih tumpukan pada diri sendiri, my hubby, my small family. I'm not person yang nak salahkan takdir. Ezan redha untuk semua perkara2 yang lepas2. Cuma tahun ini, jika diizinkan, Ezan nak lebihkan masa untuk orang2 yang Ezan sayang..my mum, hubby. InsyaAllah, Ezan berdoa juga moga tahun ini Ezan dipermudahkan segala urusan, di luaskan 'rezeki'.

Yup, people keep asking about rezeki is baby...

Hanya dia yang tahu rahsia hati. Hati perempuan mana yang tak teringin menjadi ibu, mama, mummy...& i know rahsia Allah bahawa zuriat2 ini adalah pengerat kasih sayang, pelengkap perkahwinan, dipermudahkan rezeki. Ezan teringin punya zuriat keranaNYA, bukan kerana sebab nak berlumba2 sebab tengok kawan2 yang lain sudah memilikinya. Ezan tak kisah kalau ada yang mengata, mengeji Ezan disebabkan ini..& i know my auntie pun dok sibuk membeza2kan Ezan dengan anak2 mereka.

Jauh dalam hati, Ezan dah lama maafkan semua orang. Diorang semua tak tahu or mungkin terlupa dengan ketentuan Allah. & because of this bukan Ezan yang patut diorang minta maaf..it should be ALLAH. DIA yang telah menetapkan segalanya.

Itu semua rahsia Allah kan...

Allah punya perancangannya tersendiri. Even kita dah plan segalanya..Mungkin tugas Ezan sebagai isteri, anak, kakak masih belum selesai. Mungkin Ezan terlalu leka dengan masa2 Ezan kan. Again Ezan redha untuk semuanya.

My hubby..sangat2 sukakan baby. Alhamdulillah and i know one day he will be a caring father to our child..amin.
(setiap kali kenduri En hubby akan dukung anak2 sepupu dia. Ezan sangat terharu kalau nmpk die time nie)

Banyak lagi cita2 Ezan. InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih ingat nak beli rumah, buat investment sikit2. Well Ezan pun looking forward nak cari keje lain jugak :) insyaAllah.

OOO tahun nie jugak dah banyak plan2 untuk cuti2 Malaysia/over the sea hehe. kat mana?? kena tunggu post update k :)

erm, banyak pulak kali nie Ezan bebel..

Nasihat utk diri sendiri & kawan2

"Allah tidak akan sesekali mengubah nasib hambanya, jika mereka sendiri tidak pernah berusaha untuk memperbaiki kehidupannya sendiri"

InsyaAllah...chayok2 Aizan.