Tuesday, December 08, 2015

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 2 (Part III)::-

(Amaran: Ini adalah diary perjalanan bagpacker ke Tokyo. Diary ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis bersama sahabat sahaja. Perjalanan selama 6 hari 5 malam)

Sambungan hari ke 2 (Part III)

Entry sebelum sila klik SINl

(amboi ko, bukan main panjang lagi entry untuk hari ke-2 kan, ber 'part-part' haha, sorilah kengkawan kalau bosan baca entri ni yer)

Sampai di Ubako, kami di kehendaki naik Hakone Tozan Bus sekali lagi untuk ke Sounzan. Sedih pulak kan, tak dapat naik Hakone Ropeway untuk ke Owakudani. Takpelah kan..Safety first. Percaya, perancangan Allah much2 better from us. Sementara tunggu Hakone Tozan Bus nie datang, kami pun ambik gambar lah.

Sekali lagi, kami buat perangai 'Orang Malaysia' yang jakun haha. Orang lain semua tunggu bus kat dalam Ubako station nie, kitorang melilau ambik gambar (walhal sejuk sebenarnye) ^_^ Rugilah kalau tak ambik gambar kan. Kat luar Ubako nie ada replika the old Hakone Ropeway. Kecik je, mungkin muat dalam 4 orang or less. Hakone Ropeway skang muat sampai 8 orang tau, besar and InsyaAllah tak gayat hehe. Disebabkan sejuk sangat kat luar nie, dalam Ubako station ada disediakan "Pendiang Api' elektrik. Semua orang dok pakat2 kumpul dekat situ.





Dari sini sampai ke Sounzan dalam 30 minute jugak. Jangan risau, untuk naik bas nie, both Hakone Free Pass and Fuji Hakone Free Pass boleh naik bus nie.

Sampai di Sounzan, kami naik Hakone Cable Car sampai ke Gora station. Besar tul Cable Car nie, boleh naik ramai2. Tak yah risau kalau ramai orang. Kalau nak berdiri pun selesa jer. Sepanjang nak ke Gora Station nie, memang cantik sangat pemandangan. Ada juga station2 kecil sebelum sampai ke Gora. Boleh jer kalau korang nak turun ambik gambar pastu tunggu another cable car kan. Tapi kitorang tak buat pun. Actually boleh jugak kalau nak turun and pergi ke kawasan attraction sekitar Gora nie. Tapi kitorang tak buat pun, sebab kitorang berkejar untuk ke Gotemba Premium Outlet pulak lepas ni ^_^





Di Gora station, ada lebih dari 3 kedai kecil yang jual souvenier tau. Kami pun, sementara tunggu bus untuk ke Gotemba Premium Outlet, kami shopping sikit souvenier kat sini. Nak naik bas ke Gotemba Premium Outlet pun depan sikit jer dari kedai2 ni.



Nak pergi ke Gotemba Premium Outlet, boleh tunggu bas logo S nie (kat Platform 2). Tapi perlu diingat yer, tak semua bas logo S pergi ke Gotemba Premium Outlet. Ada certain time sahaja ^_^. Bus last ke Gotemba Premium Outlet pukul 5.27 pm. Korang ikut jer schedule die (refer picture atas nie yer). Kitorang sempat naik bas pukul 4.20 pm ke Gotemba Premium Outlet. Bus nie juga termasuk dalam package Fuji Hakone Free pass/ Hakone Free Pass tau.

Sampai di Gotemba Premium Outlet, hari dah gelap pun. Mood nak shopping  window shopping pun dah takde (ceh, padahal memang nak jalan2 jer) ^_^. Bagi korang yang 'poket tebal' mungkin kat sini tempat yg sesuai. kitorang Jalan2 cuci mata jer. Buat hilang kempunan. Ezan tengok rmai orang Malaysia kat butik GAP jer. Ezan masuk jugak, jalan2 tengok harga. Honestly, harga lebih kurang harga Malaysia jer. Tapi kalau guna Kredit Kad boleh dapat diskaun lagi. Gotemba Premium Outlet ni lagi besar dari JPO kiter tau. Kalau suka shopping memang puas lah :)





End for day trip ke Hakone. Kalau ikut plan kami, dari Gotemba Premium Outlet kami sepatutnya boleh  naik bas dari sini terus ke Kawaguchiko Station. Tapi sebab bas last dari GPO ke Kawaguchiko pukul 5:45pm, kami terlepas waktu tu sbb sibuk window shopping hehe. Tapi don't worry, dari GPO ada disediakan bas transit (Free) ke Gotemba. Dari Gotemba kami akan naik bas terus ke Kawaguchiko Station.

Ok, Tapi in paper nmpk senang kan. Tapi sebenarnya tidak haha. Sesat barat kami. Sebabnya kami tersilap turun jer. Dari GPO sepatutnya kami turun kat Gotemba. Disebabkan 'kepandaian' kami, kami tersilap turun station huhu. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan utk kami..Ada 2 org remaja jepun nie (actually couple hehe sebab diorang mengaku) tolong kami utk ke Gotemba. Siap hntar lagi kami smpi ke tempat tunggu bus lagi. Ya Allah jujur sangat diorang nie. Tak sempat kami nak say Thank you huhu. Sempat diorang ambikkan gambar kitorang lagi. Sampai sekarang teringat2 lagi muka couple nie. Hensem + cute couple nie :)



Sampai di Gotemba station, kami di duga lagi huhu. Rupanya di Gotemba nie ada 2 side tempat menunggu bus. Punya lah lama kami tunggu bus, bus tak datang2 jugak. Bila kami tnya information counter, die tunjuk tangan jer. Kami assume betullah kan. Seriously kami pelik betul, sebab bile waktu yang sepatutnya, bas still tak sampai2. Jepun kan punctual. Sngt2 ok. korang tak payah risau pasal waktu. Ikut jer jadual masa yg ditetapkan. Rupanya kami tunggu kat tempat yang salah. Bas dari Gotemba ke Kawaguchiko station kena tggu di other side (menghadap jalan raya) & bukan dalam kawasan Gotemba station. Masa tu kami dah berpeluh jugak, sebab bas last ke kawaguchiko station pukul 8.10 malam huhu. Masa tu dah pukul 7 lebih dah. Fuh..berpeluh ko hahaha..Tapi Alhamdulillah, kami sempat naik bas terakhir ke Kawaguchiko station. (8.10 malam  sampai di Kawaguchiko pukul 9.20 malam).

Lega.....


Hotel kami Koe House, cuma jalan dalam 5 minit dari Kawaguchiko station. Review utk Hotel nanti Ezan buat  tau.

End Day 2 ^_^

Total Expenses: Ticket Shinagawa to Shinjuku: Y310 (RM11.13) + Fuji Hakone Free Pass (inclusive highway bus Kawaguchiko to Shinjuku) Y7400 (RM265.66) + Romance Car Y890 (RM32) + Coin locker Y800 (RM28.72) + Ticket Gotemba to Kawaguchiko Y1510 (RM54.21) + Hotel Koe House Kawaguchiko RM178.24 (RM89.12 per pax) = RM480.84

(Total expenses merujuk kepada Ground Expenses (tiket sahaja) tidak termasuk makan & minum)


Friday, December 04, 2015

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 2 (Part II)::-

(Amaran: Ini adalah diary perjalanan bagpacker ke Tokyo. Diary ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis bersama sahabat sahaja. Perjalanan selama 6 hari 5 malam)

Sambungan untuk hari ke-2 ^_^

Perjalanan kami menggunakan Fuji Hakone Free Pass bermula dengan menaiki Romance Car daripada Shinjuku ke Hakone-Yumoto. Korang memang serious cantik sangat pemandangan sepanjang naik Romance Car nie. Untuk kenangan ada kami rakam video sikit. Jadilah kan dari takde hehe


Sampai di Hakone-Yumoto kami kena ambik Hakone Tozan Bus untuk ke Motohakone-ko. Kena tunggu kat platform 2. Sempat jugak kami singgak ambik gambar kat sini sementara tunggu bas sampai kan. Kat sini dah start rasa sejuk dah.






Hehe..cukuplah sikit2 kan. kang orang kata syok sendiri pulak post gambar banyak2 haha

Macam Ezan bagitahu, dari sini kitorang naik Hakone Tozan Bus ke Motohakone-ko (lebih kurang 40 minit ride). Pun same, sepanjang naik bas nie memang cantik sangat pemandangan. Ya Allah sampai sekarang teringat2 sangat pengalaman sepanjang kat Hakone nie :)

Sampai di Motohakone-ko, kena jalan sikit nak ke Jeti Motohakone-Ko. Dari sini kena Cruise untuk pusing Lake Ashi. Dari jauh kami nampak Cruise yang kami naik dah pergi. Aduhai..teringat pengalaman K'Nori ( http://touchdowntokyo.blogspot.my/ ) sekeluarga pun terlepas Cruise jugak. Hehe samalah kite kak :) Tapi takpelah, sementara menunggu tu, kami sempat ambik gambar, makan2 dulu. Kat sini sejuk giler wei..dah kena pkai glove. Tapi bile tengok orang lain xde pun beriya pakai glove macam kami :)








Sementara tunggu kami sempat pergi family mart kat situ (lupa lah Seven E ke atau family mart). Beli lah onigiri ngan air panas. Nikmat betul dapat minum air panas time sejuk. Actually ada je kdai makan kat sini, tapi kitorang takut pulak nak makan haha (takut mahal pun iya jugak haha)

Ok dari sini kami akan naik Cruise sampai Togendai-Ko (40 minit jugak ride). Cruise nie ala2 pirate cruise lah uolls. Sejuk tahap Gaban punya. Orang lain pun sampai deck atas. Kitorang selamba jer haha




Macam gitulah rupa Cruise yang kami naik 




Dalam happy2 kami sebenarnya kami sedih (kecewa) tak dapat pun tengok Mt. Fuji. Masa hari kami pergi nie, hujan sikit ditambah pulak kabus tebal. Memang tersorok lansung Mt. Fuji. Jeles kami dengan blogger2 yang dapat tgk Mt. Fuji. rezeki masing2 kan. Mungkin nak suruh datang lagi kot.

Dari Togendai-Ko, kalau ikut plan, dari sini kami akan naik Hakone Ropeway sampai ke Sounzan. Sebelum sampai ke Sounzan, Kami juga akan singgah di Owakudani (The Hell Valley). Tapi perancangan Allah lebih tepat kan. Kami diberitahu area Owakudani tidak boleh masuk (for safety purpose). Disebabkan itu, kami hanya boleh naik Hakone Ropeway till Ubako sahaja. Sekali lagi kami xdapat nak lihat Mt. Fuji lebih dekat. Memang nak kena repeat lagi ke sini ni ^_^


Adalah sikit ambik gambar kat Hakone Ropeway :) Dari Togendai-Ko ke Ubako




Adui, kita sambung part III boleh tak ^_^

Entry sebelum kat  SINI


Thursday, December 03, 2015

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 2 (Part I)::-


(Amaran: Ini adalah diary perjalanan bagpacker ke Tokyo. Diary ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis bersama sahabat sahaja. Perjalanan selama 6 hari 5 malam)

Hari kedua di Jepun

19 November 2015.

Awal pagi lagi kami dah check out hotel.  Sempat breakfast dulu kat hotel. Pukul 6.30 pg (waktu Malaysia) kami dah keluar hotel.  Tapi yang kelakarnya kami boleh sesat lagi masa keluar hotel. Aduhai...berpusing2  kami  cari jalan ke Kamata Station. Walaupun kami dah tahu jalan ke Kamata Station tapi sebab kami sibuk follow orang2 Jepun nie, kami sesat lagi haha.

Sebelum tu nak share gmbr hotel dulu kat korang semua. Semalam waktu sampai dah tak larat nak ambik gmbr. Lapar punya pasal..Pagi nie masa nak check out baru sempat nak ambik gambar.




Of coz lah, toilet jenis Bidet kan ^_^

Itulah mini kettle tu..sekali masak bolehlah utk rendam meggi satu

Katil pun nak kata Queen size pun bukan..kecik sikit dr Queen size



Posing dulu kat Kamata Station.



Kamata Station ini adalah JR station tau kengkawan. Jadinya sebab kami tak beli Pasmo or Suica Card, so kami terpaksa beli tiket di kaunter. Almaklumlah, hari first berjalan guna JR tak pandai lagi beli tiket kat mesin ^_^. Misi kami adalah hendak ke Shinjuku Station. So perjalanan kami dari Kamata Station ke Shinjuku Station:



Lebih kurang 31 minit dari Kamata ke Shinjuku Station. Dari Kamata Station korang kena naik JR Keihin-Tohoku to Shinagawa. Pastu korang kena exchange train naik JR Yamanote Line to Shinjuku (JR).  Senang  jer uolls ^_^. Tapi malangnyer, sebab kami keluar waktu orang keluar pergi kerja, jadinya JR train nie tersangatlah padat. Dah lah kami nie bawa beg besar gedabak nie. Aduhai memang terseksa sungguh huhu.

Tip
Hari first berjalan nie juga, kami banyak belajar pasal org Jepun. Naik escalator, if you are not rush then you should stand at the left side. Bagi peluang orang yang nak cepat gunakan laluan kanan. Orang Jepun sangat mementingkan masa yer kawan2.
Oh ya, sebelum naik train korang kena beratur. Jangan pulak buat perangai kita cam kat Malaysia pulak yer.  Dalam train memang ada seat khas utk OKU, orang tua, pregnant ladies..jadi utk korang yang sihat jangan pulak memandai2 duduk yer ^_^

Arrived at Shinjuku (JR) station, first sekali kami hendak ke Odakyu Sightseeing Service Center  (OSSC) nak beli Fuji Hakone Pass. OSSC kedudukan dia betul2 sebelah kanan lepas korang naik escalator kat Shinjuku JR ni. Tapi korang jangan risau, banyak signage Odakyu ni. Yang penting korang kena berada kat Shinjuku (JR) station, jangan pergi kat Shinjuku Metro or Toei pulak. Sesat barat dah tu. Kami terus Q utk beli Hakone Free Pass ni. Ingtkan kami dah awal dah..Tapi dah ramai yang Q. Target kami untuk naik Romance Car pukul 09.27 am, tapi disebabkan Q yang ramai, kami terlepas time tu. Kenalah tunggu train pukul 10 pagi. Lagipun kami kena simpan beg gedabak nie kat Coin locker pulak lepas nie.

Di OSSC nie korang boleh beli either Hakone Free Pass or Fuji Hakone Free Pass. Actually kami pun dah tersilap beli huhu. Sepatutnya kami beli tiket untuk Hakone free Pass sahaja instead of Fuji Hakone Free Pass. Membazir jer..dekat Y510 jugak tue. Sebab masa kami suntuk sangat pun. Kalau korang banyak masa kat Kawaguchiko tu, Ezan suggest korang beli Fuji Hakone Pass. Sbb korang boleh pergi visit 5 lakes kat Kawaguchiko.



Train time Shinjuku-Hakone- Yumoto (Romance Car)
07:00 am --> 08:40 am
07:27 am --> 09:01 am
08:53 am --> 10:35 am
09:27 am --> 11:05 am
10:00 am --> 11:23 am
10:40 am --> 12:10 am


Apa Hakone Free Pass nie??? Bawah ni ayat cedok dari website Odakyu. Korang boleh refer kat sini utk detail k http://www.odakyu.jp/english/deels/freepass/hakone/

" Hakone, one of Japan´s most famous hot spring (onsen) areas and rich in unspoiled nature, is within easy traveling distance of Tokyo. The Hakone Freepass is a discount excursion ticket offering full coverage of the popular sightseeing destinations in Hakone. Hakone Freepass allows you to get on and off freely within a specified area, as well as providing discount admission to various attractions in the area, and also includes return transportation on the Odakyu Line. Validity is for 2 or 3 days. With Hakone Freepass, you can also ride on 8 different types of transport in the area, such as the Hakone Tozan Line and the Hakone Ropeway, allowing you the freedom to thoroughly explore Hakone. Enjoy your trip to Hakone with the convenient and economical Hakone Freepass" 




Senang kata, misi kami ke Hakone nie adalah melihat Mt. Fuji secara dekat. Ada 2 tempat yang boleh utk kita lihat Mt. Fuji secara dekat iaitu di Hakone & Lake Kawaguchiko.

Ok, nak share harga tiket utk Fuji Hakone Free Pass nie (Per Pax)

Fuji Hakone Free Pass (2 days validity) + Highway Bus (Kawaguchiko to Shinjuku) : Y7400
Romance Car : Y890
TOTAL         : Y8290

(Note: Ticket highway bus berharga Y1750 per pax. Korang boleh buat reservation kat sini https://www.highwaybus.com/rs-web01-prd-rel/gp/foreign/frgSelectLine?lang=en 1 month before expected departure)

Lepas dah beli Fuji Hakone Pass nie, kami bekejar pulak nak cari coin locker. Berpusing jugak kami cari. At last terpaksa jugak minta tolong orang. Terima kasih banyak2 auntie. So untuk korang kalau nak simpan beg cari Exit A13 nie. Kat sini untuk simpan Large coin locker Y800 (1 day). Besar wei, nmpk jer kecik. Boleh muat 2 beg deuter besar tu. Bayar pun tru mesin jer. Yang penting kena pakai coins tau.




So pengembaraan kami ke Hakone, cuma bawak 'beg sekolah' jer. Tak payah nak angkut beg besar tu ^_^ . Lepas settle kami terus ke tempat menunggu Romance Car tu. Jangan risau, bile kite beli Romance Car ni, memang dah reserved seat. Korang ikut je no seat kat tiket tu yer
\

Mula2 ingat nak tidur je dalam train nie. Sbb perjalanan akan ambik masa dekat 1 jam setengah. Tapi rasa sayang pulak kan. Cantik wei permandangan kat luar. Auntum lah katakan. Daun2 banyak dah tukar kaler dah.

Oklah kt sambung Part II pulak lah. Dah panjang sangat nie haha

Untuk entry sebelum, sila klik di Day 1

Monday, November 30, 2015

-::Bagpacker ke Jepun 2015 (Autumn in My Heart) Day 1::-


(Amaran: Ini adalah diary perjalanan bagpacker ke Tokyo. Diary ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis bersama sahabat sahaja. Perjalanan selama 6 hari 5 malam)

18 November 2015.

Hari nie 1st day trip weolls ke Jepun (or specifically ke Tokyo) ^_^ . Flight from KUL to Haneda pukul 2.40pm.
Untuk ke airport, kitorang drive and parking kereta kat Putrajaya Sentral. Dari sini kami naik KLIA Transit to KLIA 2. Ticket RM6.20 per person

Tip:
Korang boleh parking kat Putrajaya Sentral untuk ke KLIA2 or KLIA. Dari sini boleh naik KLIA transit (or train) dengan tiket cuma RM6.20 per person. Untuk Ezan sendiri parking from 18/11 - 24/11 cuma kena bayar RM14 sahaja. Details korang boleh tgk kat sini. Sgt mudah yer kawan2 semua. Train berhenti betul2 di KLIA 2.



Kitorang sampai kat KLIA 2 dalam pukul 12. Lepas check in luggage, kitorang terus pergi makan (since kitorang tak ambik pun food kat flight) . Sempat jugak kita solat sebelum boarding. Utk ke Haneda, boarding start pukul 1.40 pm tau.
(Untuk korang yang tak tahu, perjalanan ke Jepun ambik masa 7 jam tau. So Ezan suggest korang singgahlah toilet airport siap2 sebelum boarding yer)

Flight Airasis X KUL - Haneda (2:40 pm - 10:30 pm)



Cik Kiah xcited nak ke Jepun ^_^


FYI, Waktu Jepun awal sejam dari Malaysia

Arrived at Haneda airport pukul 10.30 malam waktu Jepun (9.30 malam waktu Malaysia). Alhamdulillah urusan kami di kaunter imigresen sangat mudah & pantas. Walaupun ramai tapi smooth jer. Kaunter pun bnyk yang bukak.

Tip
Bawaklah pen siap2. Sebab, sebelum keluar dari flight, korang akan dapat imigration form. Kena tulis siap2 sebelum ke kaunter imigration. Satu lagi tip berguna, kalau boleh pilihlah kaunter imigration yang muka 'manis' tau. Kami alhamdulillah, beg kami diorang tak buka pun. Tapi kaunter sebelah kami sangat strict. Dia suruh buka beg and check / declare semua barang.

First sekali yang kami buat selepas settle di kaunter imigresen ialah cari kaunter Tourist Information Center. Apa yang kitorang buat kat sini:


Tourist Information Center (Refer to sign ?) (kat 2/F)
Nak tunggu bas ke Kamata Station kat bus stop 11 (kat 1/F)


1. Nak beli Traveller Pass (Tokyo Subway Ticket)
Sangat berbaloi yer kawan2. Kami pakai nie saje untuk ulang alik subway kat Tokyo. Cuma perlu diingat, Traveller Pass hanya boleh digunakan untuk Tokyo Metro Line & Toei Line sahaja. JR Line & Private Line tak boleh guna pass nie. Why we buy this traveller pass?? Sebab pertama both Tokyo Metro & Toei Line dah cover 90% of the line. Yes ada jugak we have to use JR & Private Line (for certain tempat) tapi don't worri korang boleh beli tiket JR terus dari machine JR ticket jer. Sebab kedua kitorang dah study untuk trip kami di Tokyo (1 day) mostly cost us more than Y1000 tau (almaklumlah kami punya itinerary sangat padat) yer kawan2.

Harga utk Traveller Pass:
Tokyo Subway 1 day ticket: Y800
Tokyo Subway 2 day ticket: Y1200
Tokyo Subway 3 day ticket: Y1500

So untuk trip kami, Ezan cuma beli:
Tokyo Subway 1 day ticket: Y800 (for 20/11)
Tokyo Subway 3 day ticket: Y1500 (for 21 - 23/11)
TOTAL: Y2300



2. Free Wifi Card
FYI, Jepun ada sediakan free Wifi card utk tourist yang masuk ke Jepun. Dengan syarat, you have to show your passport to the kaunter. Untuk lebih senang, korang kena download apps Free Wifi Jepun siap2 kat Malaysia. Pastu korang register email korang. Sampai di Jepun korang just masukkan password given in Free Wifi card. Korang boleh access internet whenever you see logo free wifi. Most of 24 hours mart/ shop ada sediakan free wifi. Banyak lagi tempat yang offer free wifi.


Ok, settle urusan di Tourist Information Center, kami terus ke 1F bust stop no 11, untuk tunggu bas ke Kamata Station. Kat sini memang kelakar..Kitorang dok tunggu lah kat bus stop nie (Bus stop 11) memang ada die tulis to Kamata Station. Tapi kami tak tahu rupanya die dah pindahkan ke bus stop 6 untuk ke Kamata Station. Nasib baik ada 'Pakcik Jepun' ni tegur kitorang. Die tanya kami nak kemana. Bila kitorang bagitahu nak ke Kamata Station. Cepat2 die suruh kami ke bus stop no.6...Fuhh nasib baik. Sebab kitorang memang tgh tggu bus last ke Kamata Station.

Bus schedule to Kamata Station
-Bus depart 10:05
-Bus depart 10:20
-Bus depart 10:35
-Bus depart 10:55                                  
-Bus depart 11:10
-Bus depart 11:30
-Bus depart 11:45

-Bus depart 12:30

Fuhhhh nasib baik kami tak terlepas bus pukul 12:30 am tu ^_^ Sebab transportation kat Jepun sgt effecient & punctual tau. Oh yer, tiket korang boleh bayar kat dalam bas jer. Y280 jer tiketnyer untuk seorang.

Kat sini kitorang book hotel di Hotel Grand Panex Tokyo untuk semalam. Boleh jer kalau korang nak tidur kat airport. Jimat hotel utk smalam kan.. Tapi Ezan lebih prefer duduk kat hotel. Dapat rehat sikit. Boleh makan, segarkan badan, solat...Kami duduk smlm jer. Sebab besok nak jalan kaki ker Hakone pulak. 1 full day trip..

End day 1 trip.

Total Expenses: Y2300 (RM83) + Y280 (RM10) + RM278.88 (RM139.44 per pax) =RM232.44


Wednesday, November 25, 2015

-::Jalan-jalan Jepun (teaser)::-

Hari nie Ezan kasi teaser dulu lah ek.
Actually Ezan baru balik dari Jepun smalam. Alhamdulillah selamat pergi & balik ^_^

Best tak????
Gila tak best...mestilah best kan haha. Rasa rindu pulak dengan Jepun. Siyes..
InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti memang teringin nak gi Jepun lagi. Dah sampai kat Tokyo..maybe next boleh pergi Kyoto or Nara pulak kan..

Nak ambik mood dulu baru nak menulis details perjalanan sepanjang kat sana. Nanti Ezan share jugak perbelanjaan kitorang.

Sementara tu kita layan gambar teaser jer dulu k
(Pesanan: Gambar hnya diambil menggunakan phone saje. Kualiti gmbar mungkin tak secantik kamera uolls2 semua tau)


 Tokyo Sky Tree. 


 Kopi Maxim...coffee paling banyak saya beli :)


 Robot Gundam..Besar bapak :)


Ice Cream Matcha (green Tea ice cream)



Ok..nnti kita share details pulak k :)

Da~~~