Monday, December 09, 2013

-::HepI bEsDaY uTK eN. huBbY::-

Selamat Hari Lahir utk En B sayer ^_^
Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberkati Allah dalam segala pekerjaan..amin

Syg sayang B dunia akhirat



Terima Kasih Ya Allah..Kehadiran En B, adalah kurniaan yang terbaik dan terindah untuk diri ini

Semoga kasih sayang ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah

(mode: Jiwang geli geleman)

Friday, December 06, 2013

-::BiG BaD wOLF 2013::-


Ezan nak pergi kat BBW nie
Tapi tahun nie tak de sapa nak bawak huhu
selalu pergi dgn kawan2..
tahun nie semua sibuk pulak 

Tahun nie buat kat MIECC @ The Mines
Rasanya dah 2-3 tahun buat kat sini
sebelum tue kat Serdang
The best part
this event is non-stop
24 HOURS
kengkawan boleh click this link
siyes best 
buku2 semua murah2
kalau kat luar harga RM60-70
you can get RM10 at BBW ^_^

warh
I loikeee

Sapa nak temankan Ezan nie 
huhu

Wednesday, December 04, 2013

-::KeNduRI AkiKah aFiF IrSYAduDDiN::-


Me with Afif ^_^

Masa cuti Deepavali (3/11/2013) yang lepas, my sis buat kenduri akikah untuk anak die
Afif Irsyaduddin
Anak buah Ezan yang pertama
Kehadiran yang sgt dinanti buat kami sekeluarga
Alhamdulillah..buat penyeri
InsyaAllah, dengan izin Allah, satu hari nanti anak Ezan pulak kan
Amin...

Since Afif nie cucu sulung
lelaki pulak tue, preparation utk kenduri akikah Afif nie kira 'sibuk' jugak
dari mencari kambing (2 ekor kambing)
buaian berendoi - Sekarang buaian berendoi pun macam sewa pelamin tau..
khemah - nie penting, sbb karang jemputan nak makan kat mana pulak kan
marhaban - Nasib baik, sebab mak memang ahli marhaban. Panggil kumpulan mak jer hehe
tukang masak - Pun nasib baik jugak, menggunakan khidmat Pakcik & makcik Ezan jer

uish rasa macam kenduri kawin pulak :) baru jer tahun lepas buat kenduri kawin utk emaknya. Alhamdulillah, tahun nie rezeki utk kenduri Afif pulak kan.

Family Ezan jugak decide utk buat kenduri tahlil arwah Abah selepas Zohor. Jadinya kenduri nie dari Pagi sampai ke Petang. memang penat giler. Pagi buat marhaban + akikah, Makan tengahari, kenduri tahlil, makan tengahari utk jemputan kenduri pulak.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. meriah habis hehe. Menu kami hari tue Kari kambing, ayam goreng rempah, acar jelatah, gulai lemak nangka, bubur kacang, kuih muih, limau sunkist. Ramai yang puji kari kambing sgt sedap, daging sgt lembut and tak berbau lansung.  Alhamdulillah..mula2 kami ingtkan lauk kari kambing tak habis, almaklumlah 2 ekor kan. Tapi rupanya licin ^_^...syukur. Nasi pun sampai habis. Kami masak lagi 2 periuk besar utk topup...Terima kasih kepada tukang2 masak i.e Mak Lang, Mak De, Mak Uda, Pak Uda, Mak Ngah, Mak Long, K'Zah & suami...terima kasih banyak2. Air tangan anda sgt sedap tau :P

Jom layan gambar Kenduri Akikah Afif ^_^


















hehe
gambar Mak Long mestilah special...kat atas sekali kan
ooo BTW Afif kena panggil Ezan, Umi tau :)

Da~~~~

Assalamualaikum

Thursday, November 21, 2013

-::ALLah kNoWs wHAT iS bEsT FoR yOU::-



But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not. [2:216]

Thursday, November 14, 2013

-::LaGu Macam CantIk Jer..MaCam ComeL JeR::-




 Alhamdulillah someone did it with a better way
 Thanks Amar
 U did a great job
 Terima kasih Ya Allah
^_^

 

-::uNtUk rEnUNGan bERsAmA::-

“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”
[HR Bukhari]

Sumber: langitilahi.com

Betulkan kengkawan
kadang-kadang kite sering tersalah sangka
pada mereka yang sentiasa bersama kita
susah-senang

Kebaikan mereka sering disalah anggap
kejayaan mereka menjadi sakit di hati kita
menjadi cemburu buat kita

Apa yang kite terlupa
orang yang kita sangka 
jahat, berpura-pura
boleh jadi, suatu hari nanti
menjadi peneman kala susah dan senang
menjadi teman utk kita sandarkan bahu ketika kesedihan
Allah itu Maha Adil
Maha mengetahui

^_^
         

Thursday, November 07, 2013

-::ReViEw mOvIE eScApE pLaN::-


Salam Khamis :) hehehe
Cepat ek dah hari khamis. Kalau setiap minggu macam nie kan best ^_^
Keje rabu, khamis n jumaat jer haha

Ok..straight to point k
last weekend pegi tgk movie dgn Encik Hubby
"Escape Plan"
boleh tahan jugak cite die
Ezan boleh bagi 3.5/5 kot (boleh tak :P)
sebab rasanya mcm ada yang missing
maybe action tak banyak sangat kot
sbb i loikeeee action movie hehehe

Movie nie mengisahkan Ray Breslin, bekas peguam yang mempunyai syarikat sekuriti yang kerjanya untuk test tahap keselamatan maksimum penjara. Sepanjang kerjayanya, Breslin keluar masuk penjara dengan bantuan staff dan rakan2 nye. Breslin juga menghasilkan sebuah buku hasil dari penyelidikannya.

Kepakarannya menarik minat pihak CIA yang kemudian menawarkan sejumlah wang kepada syarikatnya untuk menguji keselamatan sebuah penjara. Bagaimanapun pekerja dan rakan kongsi Breslin tidak boleh tahu lokasi penjara itu.

Breslin bersetuju dan dia ditangkap pihak CIA atas identiti penjenayah yang paling dikehendaki. pada mulanya staff telah meletakkan Mikrocip  di lengan Breslin untuk mengesan lokasi dirinya. Walau bagaimanapun, pihak CIA telah membuang mikrocip itu mengelakkan breslin dapat dikesan.

Malah, pihak CIA turut menyuntik dadah bagi membuatkan Breslin pengsan supaya tidak dapat mengesan lokasi sebenar penjara berkenaan.

Sebaik sedar, Breslin berada di sebuah penjara yang aneh dalam kotak kaca yang tiada dinding. Di situ Breslin bertemu Emil Rottmayer lakonan Arnold Schwarzenegger yang juga banduan di penjara yang sama.

Breslin mula merancang cara untuk melepaskan dirinya dengan bantuan Rottmayer walaupun dia kemudian terjerat dengan komplot pihak CIA dan rakan kongsinya yang berpaling tadah dengan perjanjian asal mereka.

(sumber asal Harian Metro + olahan sikit2 dari Ezan hehe)

So, tak rugi klu kawan2 nak pergi tengok ek :P

Best wooo...